Friday, 7 September 2012

Pasca Ramadhan: Muntah

Sekali lagi emak, ayah dan abang saya tak terkejut menerima berita saya di hospital. Bukanlah kerana mereka tidak kisahkan saya tetapi sebab dah biasa. Saya pun tiadaklah menelefon mengadu-ngadu sakit dan sebagainya.

Tak dinafikan sakit tu Allah yang bagi, tapi asbabnya saya yang cari. Hampir setiap hari menghadiri rumah terbuka kawan-kawan, lepas tu di pejabat dan malamnya pun ada lagi. Akibat pengambilan pelbagai jenis makanan, ditambah dengan kandungan yang tidak seimbang, ditambah lagi dengan keadaan badan yang mudah gastrik, terjadilah episod muntah 24 jam tanpa henti.

Ia biasa, tapi untuk melalui keperitan muntah dan dehidrasi, Allah saja yang tahu. Hampir seluruh otot saya dikerjakan demi memuntahkan apa yang tidak selesa dalam perut. Orang sekeliling yang tengok pun dah tak malu.

930 malam saya mula rasa mual, gosok gigi dan nak solat isyak. Masa tu la saya mula muntah dan seterusnya. Saya cuba gagah bangun mengetuk bilik Indra. Pukul 130 pagi, Indra bawa saya ke Hospital Nukleus. Maafkan saya Indra, nak suruh abang saya nanti apa pula kata Indra sebagai teman serumah. Indra tunggu sampai 5pagi.

Saya dipanggil untuk pemeriksaan, belum pun saya cakap, saya muntah depan dia. Melihatkan muntah sampai tahap tu, dia hanya bertanya bila tarikh akhir datang haid. Saya pun tak ingat sangat dan meletakkan tarikh yang lebih kurang sekitarnya. Bukan apa, rasanya dia expect mengandung kot!!

Sebab itu saya tak nak abang saya bawa saya ke hospital, nanti dia kata tu suami. Hari tu dah kena, sampai abang saya kata, ni adik saya la encik. Memang la, dia pun tak tau.

Itulah pertama kali pengalaman Indra jaga orang sakit. Dia kata, tengok saya muntah sangat menakutkan. Mujurlah katil sebelah tiada orang, bila saya dah disuntik baru muntah kurang dan ada pesakit lelaki datang. Dalam keadaan serabut muntah, kena pulak pakai tudung. Seluruh badan saya berpeluh terasa panas walaupun observation ward tu sejuk.

Kepada Indra, terima kasih banyak. Dia tunggu saya sampai pagi, kalau mak atau abang saya, mereka takkan tunggu, sebab saya dah biasa tunggu sementara nak habiskan drip tu. Sekurang-kurang separuh kesakitan tu hilang bila ada dia di sisi. Thanks Indrani.

Kepada awak semua, jagalah kesihatan, jangan biarkan perut kosong, ambil makanan seimbang. Makan secara besederhana. Tubuh badan kita amanah Allah. Kalau tak sihat, payah nak ibadah, bukan payah, mencetuskan kemalasan beribadah, hatta menunaikan solat dan menutup aurat yang wajib itu pun menjadi rukhsah buatan sendiri. Jangan begitu, sakit penghapus doa, jadi janganlah tambah dosa ketika Allah mahu mengampunkan dosa kita.

Allahu yashfii
Amal Harun
Labuan




No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..