mereka mencalonkan dirimu untuk suatu perkara, seandainya kau memahaminya, maka jagalah dirimu dari hal-hal yang hina...hassan al-banna
Sunday, 2 September 2012
Allah Dekat
Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). al-Baqarah, 2:186
Ayat ini semua orang pernah dengar dan kita selalu jumpa, sering diperingatkan di mana-mana majlis ilmu. Bagaima nak merasa 'kedekatan' kita dengan Allah?
Baru-baru ini saya mengambil satu keputusan untuk melakukan sesuatu, ia adalah rahsia saya tak boleh tulis di sini. Apa yang saya buat tu kiranya daya usaha yang besar (agakla kan kan). Lepas tu saya pun rasa lega. Tak kisahla apa keputusannya, setelah usaha dan doa, ada tawakkal. Mungkin inilah masanya Allah nak uji saya, adakah saya benar-benar tawakkal.
Macam mana nak tawakkal jika berdoa, tapi tak terasa hampir dengan Allah. Dekatnya kita dengan Allah ialah ketika memohon pertolongan terus kepada Allah tanpa medium, tanpa memerlukan nabi, orang alim atau siapa saja sebagai orang tengah. Kita minta terus kepada Allah. Kan dekat??
Dengan usaha yang dilakukan selagi menepati syara', dan dengan doa yang kita panjatkan, kita pun tawakkal. Bukan serah saja semua pada tuhan, tapi meyakini apa juga natijah selepas itu. Kalau positif, alhamdulillah, jika negatif; Allahu Akbar, Allah mahu menguji, mengangkat darjat kerana sayangkan kita.
Kenapa kalau negatif kita kata Allahu Akbar? Hehee... mula-mula pelik juga, tapi rupanya Allah nak ingatkan kita yang harus besar di mata kita bukanlah apa yang kita harap menerusi usaha dan doa, tapi yang besar pada kita ialah Allah. Allah yang Maha Besar. Semoga kita tetap berbaik sangka dengan Allah.
Allahlah yang Maha Tahu apa yang terbaik buat hambanya. Kembali dan teruskan mendekati Allah menerusi sabar dan solat. Serta ibadah khusus yang lain. Inilah yang mendekatkan kita kepada Allah. Dan hakikatnya memang Allah dekat, kita ja tak perasan kadang-kadang. Dan naudzubillah menjadi golongan menjauhi Allah.
Pohonlah kepada Allah kerana Allah dekat. Serahlah semuanya pada Allah, sandarkan segala niat dan harapan kepada Allah. Saya temui satu formula hehee, nak tahu tak? Macam ni, apa pun terjadi terutama sesuatu yang kita harap tak menjadi, itu petanda Allah nak bagi kita ingat tentang niat awal kita, dalam kata lain menjaga kelurusan niat.
InsyaAllah, Allah yang memegang hati kita. Allah dekat, jom! Direct kepada Allah.
Salam penuh khilaf
Amal Harun
Labuan.
Labels:
travelog amal:satu pencarian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..