Saturday, 3 March 2012

Ujian

Terus terang, setakat ini saya berada pada tahap 'down' berikutan tekanan yang dihadapi setelah kemalangan tempoh hari. Beberapa individu tampil membuat dakwaan dan ada lagi yang bertanya untuk pendetailan. Jawapan saya mudah "alhamdulillah semuanya selamat, cukup sekali saya ceritakan kepada polis, polis akan uruskan".

Bila ditimpa musibah begini, banyak benda tak mampu untuk dikongsi biarpun dengan ahli keluarga. Malah nak bercakap pun jadi kelu. Semoga Allah membantu urusan, semoga saya sabar. Semua orang bersimpati dan berkata "sabarlah". Ya, saya sabar, segalanya saya serahkan kepada Allah.

Pada perkiraan saya, ia hampir selesai sebab polis dan insuran akan uruskan. Salah atau tidak, saya sedia terima, segalanya saya pulangkan kepada Allah. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun. Kadang-kadang ada panggilan yang saya terima, ia amat membuatkan saya tidak tenang  dan sentiasa berdebar-debar. Sekali lagi, Allah menduga, kepada siapa bergantung harap.

Hari ini, saya menerima panggilan dari seorang perempuan yang katanya dari Selangor dan tiba di Labuan. Dia mahu berjumpa saya, tetapi saya tidak kenal dan bila ditanya tentang dia, dia enggan memberitahu. Daripada nadanya, ia amat biadap. Seharusnya tidak ada apa yang harus dilayan, tetapi tolonglah jangan ganggu saya lagi.

Akhir sekali, saya amat terkesan dengan Sheikh Ahmad Deedat, semoga Allah merahmati beliau. Saya amat terkesan dengan dialog beliau dengan Jimmy Swaggart.  Alfatihah.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..