Kelisa saya terlibat dalam kemalangan. Sudah seminggu saya tidak pegang stering kereta dan sudah lama tidak bertemu dengan Kelisa comel itu. Kasihan dia. Dia banyak berjasa. Masa mula-mula saya pandu ketika zaman belajar, saya bawa mak dan ayah di pekan Kepala Batas, beberapa kali dihon lori sebab selalu mati enjin di lampu isyarat.
Semasa di Penang, Kelisa amat menjimatkan. Dia banyak berjasa kepada keluarga kami. Ke mana saja dia pergi, hatta Shah Alam, Besut dan Kuala Terengganu. Sangat berjasa. Dia juga pernah dinaiki oleh orang-orang yang hebat. Antaranya Dr.Sabariah dan Dr.Zaki ketika saya diminta menjemput mereka di 'airport' dan menyertai konferens di USM. Mulanya segan juga, orang besar naik kereta kecil, tapi itu saja yang ada untuk menyambut kehadiran tetamu jauh yang berjiwa besar. Kelisa kecil itu harus gembira berjasa kepada tetamu mulia.
Tidak lama selepas itu, Kak Lin 'out station' ke Gurun, saya jemput dia dan seorang lagi jurutera Petronas dan menghantar mereka ke Swiss Inn. Ini juga tetamu jauh, manakan diduga bertemu murabbi bersama kelisa kecil hehee.
Bila saya di Labuan, ayah hantarkan kereta tu ke KK. Saya ambil cuti dan menuju KK di pelabuhan. Wah! Seronoknya dapat berputar-putar di KK bersama dia dan ke UMS. Syok sangat!!! Singgah Telipok dan jemput Jojinah kawan sekolah rendah saya yang sibuk housemen. Cool bukan?
Bila ke Labuan, sekali berpeluang bawa kak lin dan keluarganya, kadang kak lin dengan kawanya dan ada juga jurutera Sudan. Ah, kalau nak disebut jasanya, teramat banyak, dia tak meragam, dia sihat dan selesa walau tak kelihatan mewah, tapi lambang kesyukuran dan mungkin tarbiyyah zuhud. Dia teman setia saya.
Tapi kali ni, dia ditimpa musibah, semoga Allah pelihara dia. Maafkan saya.
Amal Harun
Labuan.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..