Sunday, 11 March 2012

Lalat

Panggilan-panggilan telefon kadang kala amat memberi tekanan selagi kes kemalangan tidak diselesaikan lagi. Menurut ayah, ia kemalangan biasa, banyak lagi yang lebih teruk dan ia hanya perkara biasa, adat di jalan raya. Ah,leganya kalau dapat share dengan ayah.

"Kalau aku jadi kau stress kot" ujar kawan saya di sebelah ketika selesai saya menjawab panggilan telefon.

Ya, agak stress, tapi cepat-cepat ingatkan diri bahawa segalanya kita serahkan kepada Allah. Kebergantungan dan harapan hanya pada Allah. Ya, mengadu dan berharap kepada selain Allah. Sebab kita lemah, dan tak perlu takut dengan yang lain, kerana mereka juga lemah, tidak mampu memudharatkan kita tanpa izin Allah. Kepada Allah kita berlindung.

"Amal, kau kena ingat ni, hasbunallahu wa ni'mal wakeel" pesan kawan saya. Terima kasih.

"Wahai ummat manusia! Diberikan satu perbandingan, maka dengarlah akannya dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya mereka yang kamu seru dan sembah, selain daripada Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya. Dan jika lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat mengambilnya balik darinya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (daripada mendapat hajatnya) dan lemah yang kena minta (daripada menunaikannya)". al-Hajj: 73

Manusia semuanya lemah, mereka cuba saling menunjukkan kekuasaan masing-masing, kehebatan dan kelebihan masing-masing. Hakikatnya mereka lemah, takkan mampu memudharatkan yang lain jika tanpa izin Tuhan.

La Takhaf wa La Tahzan

Amal Harun
Labuan.





No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..