Thursday 30 October 2008

Anak muridku; ibrahim

sambungan kisah ibrahim

sedikit ciri-ciri ibrahim telah aku ceritakan sebelum ini. (boleh tengok entry balik sabah). mari kita sambung kisah ibrahim. semoga boleh menjadi pengajaran buat mereka yang bergelar guru dan pelajar atau bakal guru.

suatu hari setelah habis kelas, aku masuk ke bilik guru. Selalunya banyak masa aku dihabiskan di makmal, ya aku suka bekerja di makmal. Masuk ke bilik guru hanya nak sejukkan badan sebab bilik guru ada ‘air-cond’, makmal kipas sahaja. Kesejukan tidak terasa, situasi panas melanda bilik guru.

Betul-betul dihadapan mejaku, Ibrahim sedang dimarahi oleh guru disiplin. Bukan satu, malah seorang demi seorang marahkan dia. Biasalah, cikgu kalau marah suara dia bukan perlahan, kuat tak payah pakai microphone.

“kau ni tak habis-habis menyusahkan cikgu”
“kami bukan suka sangat nak marah,kau yang buat cikgu-cikgu marah”
“bagus sangat ka buat macam tu?”
“kau nak tunjuk samseng jangan datang sekolah, pergi sekolah di tempat lain” dan banyak lagi yang lebih teruk dan tak patut aku masukkan di sini untuk menjaga imej guru-guru tersebut.

Bertubi-tubi Ibrahim dihentam. Seorang demi seorang guru memarahi Ibrahim. Ada yang mengambil gambar Ibrahim menggunakan digicam dan telefon bimbit. Ibrahim tunduk mendengar saja. Setiap guru yang masuk, pasti terkejut melihat Ibrahim. Masing-masing menzahirkan rasa terkejut, join marah Ibrahim atau sekadar melihat sahaja.

Kronologi kesalahan Ibrahim ; ditangkap kerana berambut panjang melebihi piawaian sekolah bagi pelajar lelaki. Lalu pihak sekolah akan menggunting rambut di kawasan sekolah. Biasanya akan digunting oleh pelajar yang diamanahkan atau guru disiplin sendiri. Tapi Ibrahim digunting oleh kawannya. Ibrahim minta dipotong rambut ala ‘punk’ macam trojan pun ada. Kemudian Ibrahim menutup rambut barunya dengan songkok. Dia biasa memakai songkok, walaupun bukan dari kelas aliran agama. Mungkin sebab itu Ibrahim dipanggil Aji di kalangan kawan-kawannya. Suatu hari, Ibrahim kantoi. Dia ditangkap kerana rambutnya yang tidak soleh itu. Lalu dimarahi di bilik guru sepuas-puasnya.



Seorang demi seorang guru asyik membebel. Kakak Ibrahim yang berada di tingkatan lima kemudian dipanggil. Aku tak tau nama penuh kakaknya, tapi biasa dipanggil Gayah. Gayah pengawas sekolah. Gayah pun terkejut. Sekarang hanya Gayah dan Ibrahim di situ. Aku hanya memerhatikan drama dua beradik itu. Kecut perut sebab tengok Ibrahim kena marah tadi.

” Brahim, kenapa kau buat macam ni, kau tak kesian sama kakak ?”
” Brahim, kau datang sekolah untuk belajar, bukan buat jahat, kau tak kesian sama mama? sama bapa?’ berjujuran air mata Gayah melihat adiknya. Ibrahim keras membatu sedari tadi mula menangis teresak.

”Kau tak kesian sama mama bapa kita, susah cari duit” kat sini part yang paling menyentuh hati. Ibu bapa mereka hanya menjual di pasar tamu, di sebuah pekan kecil di sabah.

Aku sebagai pendengar dan pemerhati dialog dua beradik ini, menangis dalam hati, tunduk menahan sabar. Kecewa kerana tiada seorang guru yang slow talk dengan dia. Hatiku panas melihat dia dijerkah. Lagi kecewa apabila masing-masing guru hanya melihat dan membuat kerja sendiri termasuk ustaz dan ustazah. Aduh, kecewa. Mungkin ini situasi yang mereka biasa lihat. Kesabaran aku tak terbendung lagi, mesti buat sesuatu!

Aku berjalan mencari tenang menuju Ibrahim dan Gayah.

”Ibrahim, saya nak cakap sikit” perlahan aku cakap supaya cikgu lain tak dengar. Ibrahim tunduk lagi, tangisannya mulai reda.

”Ibrahim, sebelum kita buat sesuatu, kita fikir mak dan ayah kita” perkataan ’kita’ aku pilih supaya nasihat itu include untuk diri sendiri juga.

”Mak dan ayah susah-susah cari rezeki hantar kamu ke sekolah supaya jadi lebih baik daripada mereka” aku sebak terus mencari kekuatan, tidak dapat meneruskan kata-kata, emosi barang kali.

”dengar tu Ibrahim apa cikgu kata” Gayah menangis.

”cuba fikir apa perasaan mak dan ayah kamu kalau dia tahu kamu begini?” Ibrahim menangis tersengguk-sengguk.

”fikir lagi kenapa mak dan ayah kamu bagi nama Ibrahim? Ibrahim tu seorang nabi dan pemuda yang mulia. Ayah nabi Ibrahim tak beriman, tapi nabi Ibrahim terus menyeru ayah dan kaumnya. Mak dan ayah kamu mahu kamu jadi baik mencontohi nabi Ibrahim. Kamu Islam, kamu bersolat, tapi kenapa nak buat macam ni?” .

Kali ni tangisan Ibrahim dan Gayah semakin kuat. Aku terketar-ketar, tiba-tiba cikgu yang bengis tadi datang ke arah kami. Aku gugup.

”OK, dah dah. Ibrahim pi duduk situ, Gayah masuk kelas” suara cikgu tu mendatar, tak macam tadi.

”Awak jangan la sedih, cikgu-cikgu ni marah bukan benci, tapi diorang ni sayang sangat kat korang, macam anak sendiri” dengan penuh keceriaan lagi sinis aku mengakhiri bicara. Wajah cikgu bengis tu berubah mendengar kata-kataku. Geram mungkin. Minta maaf ya cikgu sebenar (sebab aku baru cikgu tak sebenar),tak berniat nak lawan tokey, aku cabut lari. Lari dari bilik guru.
Bersambung........

7 comments:

  1. ibarahim, ibrahim, name dah name nabi....he he he

    ReplyDelete
  2. Salam Wasilah Ukhuwah Fillah
    First time cd ziarah blog nti.
    Salam Ziarah...

    Kupasan yg menarik,. Inilah cabaran kita pd masa sekarang. Bimbang juga bakal mjadi guru. Smg ALLah berikan kiat kekuatan dlm mendidik modal insan bteraskan amal Islami. Ayuh, membangun bersama ISLAM.

    ReplyDelete
  3. terima kasih pendekar, sesama doakan ibrahim n d gang, kenakalan yang kadang-kadang mengharukan

    ReplyDelete
  4. muslimin agung@mcd, terima kasih atas ziarah hehee..itu realiti yang sedikit cuma..masih banyak cabaran, kalau dari murid boleh lagi nak terima, kalau among cikgu2 lagi teruk..memartabatkan profession kikiki =)

    ReplyDelete
  5. Pengalaman indah seorang guru? Biarpun guru bukan sebenar, aku rasa pendekatan lembut adakala berkesan juga.

    Ibrahim oh Ibrahim. Membawa sekali peribadi pemilik asal nama itu.

    ReplyDelete
  6. mungkinkah itu pengalaman indah. terima kasih sang pelangi. baru permulaan menceburkan diri di dunia pendidikan, banyak lagi kena belajar. Doakan saja ibrahim itu.

    ReplyDelete
  7. Salam, Amal. Menarik jugak ni. Kadang-kadang kecewa juga dengan cikgu-cikgu konservatif yang digambarkan dalam entri ni.

    Anyways.

    The power of kindness has the power to make a difference. To touch the mind of your students, you must try to reach out and touch their heart. :')

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..