“apa?” 50-50 aku membalas dengan kurang berminat bila dia kata’jangan marah’ sebab aku tau confirm dia saja nak bagi aku marah.
”perempuan punca kejahatan seluruh ummat” kata lelaki ni.
” apsal pulak, mak kau bukan pompuan ke? kau frust dengan pompuan then generalize macam tu plak” aku mula nak marah, tapi masih cool.
”i read both bible and Quran, kalau tak sekarang kita kat syurga, siapa yang hasut adam makan buah terlarang dalam syurga, dan akhirnya seluruh ummat manusia tinggal di dunia, bukan di syurga? So we should blame women, woman is evil!” hujahnya dengan semangat.
dialog tu aku hentikan kat situ sahaja memandangkan beberapa faktor; malas nak layan dia sebab bulan puasa, lebih baik meninggalkan perdebatan yang sia-sia dan kalau orang macam dia ni, confirm menang kalau perang mulut. so isu tu tak ke mana.
bagi aku, persoalan itu tak penting lagi sebab sekarang dah ada kat dunia, kalau nak syurga, maka bekerjalah untuk meraih redha Allah dan syurga Allah. siapa punca kejahatan tak penting lagi. yang penting penciptaan lelaki dan perempuan saling melengkapi dalam usaha meningkatkan takwa kepada Allah, it complete each other!
lalu aku saja-saja mengutarakan isu tersebut kat ayah, sembang kopi konon, sekadar melihat komentar ayah terhadap isu ini. Ayah kata kisah Adam, Hawa dan pohon khuldi hanyalah asbab Allah nak letakkan manusia di bumi. Kalau betul Hawa salah, dah tentu Hawa kena hukum masa dalam syurga lagi. Tapi alangkah baiknya kalau kita melihat iktibar kisah tersebut yang kita ni manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, oleh itu, bertaubat dan mohonlah keampunan Allah seperti yang Adam a.s dan Hawa lakukan sebagai penyesalan melanggar larangan Allah.
aku cukup sakit hati kalau di kalangan yang bijak pandai ni suka sangat nak menjadikan isu gender sebagai topik perdebatan. Terbaru, semasa menjadi fasilitator di suatu program akademik khas untuk pelajar SPM anjuran mahasiswa di sebuah ipta, isu ini menjadi hangat ( sudah lari dari tajuk mereka berprogram). Lelaki tuduh perempuan, yang perempuan tuduh lelaki, sampai bila tak habis. Mari berlapang dada, banyak mendengar dari bercakap kerana telinga kita dikurniakan dengan dua telinga dan satu mulut.
Memang benar, banyak perbezaan dua makhluk ini. Jadi untuk melihat dan memahami perbezaan gender agar dapat mengelakkan diri dari terus terperangkap dengan perdebatan sia-sia ini, dicadangkan untuk membaca ‘Men are from Mars, Women are from Venus’ tulisan Dr. John Gray.
Lelaki dan wanita dicipta dengan rahmat Allah
Perbezaan pemikiran dan emosi antara lelaki dengan wanita hendaklah tidak menjadi punca persengketaan. Bolehkah hidup tanpa lelaki? Bolehkah hidup tanpa perempuan? Mengapa Allah jadikan lelaki dan di sisinya ada perempuan?
Rahmat ALLAHlah yang menyatukannya supaya manusia ingat bahawa mereka dihidupkan untuk semata-mata beribadat kepada Allah. Tidak timbul persoalan siapa di atas dan siapa di bawah. Dan tidak timbul siapa yang paling hebat iman dan pengorbanannya, kerana di sisi Nabi Ibrahim ada Siti Hajar yang perkasa
Lakaran kemuliaan lelaki dan perempuan menjadi sejarah dalam ayat-ayat Allah
“ Wahai ummat manusia. sesunggunhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan telah kami ciptakan kamu dengan pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya yang paling mulia dan bertakwa di sisi Allah adlah mereka yang lebih takwanya” (Surah al-Hujarat; ayat 13)
Kepada para muslimah, janganlah berhenti melengkapkan diri anda dengan ilmu Islam kerana proses belajar dan mengkaji amatlah penting untuk menghasilkan pemikiran yang bersih dan sahih. Sesungguhnya, agama Allah tidak cacat dan yang kurang hanyalah keterbatasan kita sebagai makhlukNya yang menimbulkan salah faham. (petikan buku tulisan Dr.Juanda,2008; suami mithali, isteri sejati)
Martian-Venusian, complete each other!
88999 Kota Kinabalu
Kepada para muslimah, janganlah berhenti melengkapkan diri anda dengan ilmu Islam kerana proses belajar dan mengkaji amatlah penting untuk menghasilkan pemikiran yang bersih dan sahih. Sesungguhnya, agama Allah tidak cacat dan yang kurang hanyalah keterbatasan kita sebagai makhlukNya yang menimbulkan salah faham. (petikan buku tulisan Dr.Juanda,2008; suami mithali, isteri sejati)
Martian-Venusian, complete each other!
88999 Kota Kinabalu
Huh. Aku juga meluat dengan modal isu gender di mana-mana. Sama muaknya bila isu kaum didebatkan untuk tembok kebal. Itu menampakkan lagi sempitnya ruang fikiran dan dangkalnya cara dia melihat permasalahan.
ReplyDeleteBiarkan mereka itu terjun dengan labu-labunya. Kita teruskan menunjukkan prestasi, tanpa mengira gender, boleh juga bangkit. AllahuAkbar.
p/s: Aku pula yang emosi berapi. Haha. Maaf ya.
emosi optimis! sekurang-kurangnya masa aku menulis, emosi itu dizahirkan sehingga tempias ke jepun. syukran jazilan ya sang pelangi
ReplyDelete