Monday, 27 October 2008

Dari Beirut Ke Jerusalem



bermula dengan melayari internet, aku terjumpa buku ni. lalu aku pesan pada seorang sahabat di KL yang kebetulan nak ke Sabah. Almaklum, susah juga nak mencari buku gini kat sabah..dan paling istimewa dihadiahkan kat aku..jazakallah khairan kathira

jangan tertipu buku macam ni ditulis oleh penulis bukan muslim. Aku juga seperti Dr.Ang Swee Chai, merasakan isu Palestin hanya sekadar cipisan isu ummat Islam (minta maaf teruknya mentaliti aku masa tu). I a bukan isu ummat islam sahaja, malah maruah dan kemanusiaan dan lebih besar dari tu.

sendikit sinopsis yang aku petik d e-kedai.net. miliki buku tersebut, baca, hayati dan ubah sikap.

"Kehebatan Dr Ang Swee Chai, yang menulis pengalamannya dalam Dari Beirut ke Jerusalem di Lubnan pada tahun 1982 ketika kemelut sedang memuncak, bukan terletak pada keberaniannya untuk menggadai nyawa bagi menjadi sukarelawan perubatan, tetapi kegagahannya dalam mempersoalkan kepercayaan dan menguji keyakinan yang dipegangnya sebelum itu, sebelum meninggalkannya dan membina kepercayaan baru.


Daripada seorang yang mempercayai bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) hanyalah sebuah pertubuhan tunggal dan cuma berminat dengan keganasan, Dr. Ang menjadi semakin dekat dengan organisasi itu, memahami kompleksitinya dan turut bersama-sama Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin - yang merupakan sebahagian daripada PLO - untuk menggunakan kepakarannya sebagai seorang doktor.Sebelum misi itu, melalui tafsiran sempit agama yang sudah melupakan sisi kemanusiaan, beliau menyokong membabi buta negara Israel dan segala dasarnya, termasuk penindasan terhadap manusia lain yang tidak berdosa.


Keberanian Dr. Ang untuk mula meragui kepercayaan ini timbul setelah menonton laporan berita mengenai serangan Israel di Lubnan, yang kemudiannya membawa dirinya menjadi sukarelawan di Beirut. Persepsinya tentang siapa David dan siapa Goliath dalam konflik itu berubah selepas melihat sendiri bukti-bukti di depan mata.

Dalam prakata khas untuk edisi bahasa Malaysia buku ini Dr. Ang menulis: "Setelah berkali-kali memeriksa diri, saya membuat kesimpulan bahawa darah rakyat Palestin turut membasahi tangan saya. Sehingga ke saat itu saya masih berprasangka dan bersikap berat sebelah. Saya tidak boleh memaafkan diri sendiri dengan berlindung di sebalik kejahilan."


Selama berminggu-minggu sebelum berlakunya pembunuhan beramai-ramai itu, saya terlalu prejudis untuk mempercayai kisah-kisah yang diceritakan kepada saya oleh penduduk kem."

Seperti jurnal perang yang lain, buku yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ini sarat dengan maklumat terperinci, daripada pengunduran PLO dari Beirut hingga kepada pembunuhan besar-besaran yang berlaku di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 dan kerja-kerja yang dilakukannya sebagai sukarelawan dengan konflik yang berterusan menjadi latar.

Semuanya dari kaca mata seorang doktor yang melihat setiap tragedi kemanusiaan akan disusuli dengan pertambahan tugas untuk menyelamatkan nyawa.Kadang-kadang ia terlalu terperinci, tetapi sudah tentu sebagai seorang doktor, matanya tidak boleh lari daripada melihat sesuatu perkara itu dengan penuh ketelitian. Daripada berkhidmat sebagai doktor di negara maju yang lengkap dengan segala peralatan, Dr. Ang perlu berhadapan dengan kekurangan kelengkapan, termasuk bekalan air dan elektrik ketika menjalankan kerja-kerjanya di Beirut.Semua kekurangan ini tidak menghambat semangatnya untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Seperti doktor yang baik, beliau menggunakan segala kekurangan ini untuk menambahkan pengalamannya sebagai pemberi khidmat perubatan.Buku ini yang kali pertama diterbitkan pada tahun 1989 mengajak kita mengenali erti kemanusiaan yang sering tenggelam dalam peperangan akibat pergelutan ideologi yang menjadi lebih menonjol. Walaupun membincangkan antara konflik yang terpanjang di dunia, Dr. Ang tidak cuba mempromosi kebencian - satu sikap yang terpuji - sedangkan beliau sendiri berhadapan hampir setiap hari dengan mangsa-mangsa peperangan yang tidak boleh diselamatkan nyawanya akibat tindakan ganas.Melalui buku ini, Dr. Ang cuba menghidupkan semangat profesyen perubatan yang utama - usaha menyelamatkan nyawa.

Simpati yang ditunjukkan oleh Dr. Ang kepada mangsa peperangan lahir dari dalam dirinya, yang merupakan anak kepada dua orang mangsa Pendudukan Jepun di Malaya. Latar belakang beliau ini kemudian menjadikannya wanita yang kuat semangat, menjadi doktor di Singapura sebelum berpindah ke England dan menjadi perunding ortopedik di London.Minatnya terhadap kerja-kerja perubatan sukarelawan di wilayah bergolak itu kemudian membawa kepada penubuhan Medical Aid for Palestinan yang turut diusahakan bersama-sama suaminya, Francis Khoo dan rakan-rakan yang lain yang bersefahaman dengannya.

Walau apapun yang berlaku di Sabra dan Shatila sudah banyak diperkatakan dan diketahui umum, terjemahan catatan perang ini sempena ulang tahun ke-25 tragedi kemanusiaan itu sangat penting bagi mengingatkan penduduk di rantau sebelah sini bahawa pergolakan masih belum tamat dan banyak yang perlu dipelajari daripada peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu."

Ikuti kisah dr.ang swee chai, kisah penghuni shabra shatilla.........

sehingga kini, buku tersebut entah ke mana, sebab ramai yang nak pinjam dan baca. InsyaAllah, semoga Allah kurniakan pahala kepada sahabat yang menghadiahkan buku tersebut. Yang penting kena banyak membaca!

ada lagi 1 buku yang disyorkan untuk semua peringkat umur, tak kira sebagai anak atau ibu bapa kepada anak.

3 comments:

  1. thanks for the book..and buku tu masih dalam simpanan aku..hang nak balik kan?haha..btw, dapat ke buku "The kite runner" tu?nnti aku try carikan..sangat banyak buku yang queue untuk dibaca cuti nih..ingt ya janji kita, baca buku sambil merenung keindahan ciptaan Tuhan ditepi pantai cuti nih hehe..insya`Allah

    ReplyDelete
  2. tapi aku nak pantai sabah..nway dah ramai orang tanya nak baca n pinjam. the kite runner, coming soon

    ReplyDelete
  3. salam.. "..Ya, memang buku tu yang terbaik untu di renungkan kisah suka dukanya..moga iktibar yang kerap dalam diri kita.."

    salam intaian dari saya..

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..