Friday, 30 March 2012

jam 1

Ya Allah.........saya tak dapat tidur.........esok jumaat, nak baca kahfi, tapi tak larat......huuuuu      = (

Sunday, 25 March 2012

Bola Biru saiz 11

Minggu lalu saya masuk pertandinga bowling di kolej. Saya tak berminat pun, tapi setelah diajak oleh rakan sepejabat, saya pun setuju, sebagai syarat melayakkan penyertaan mereka. Rupanya pertandingan adalah sebanyak 3 set.

Set pertama tak konsisten. Ah, saya main buang saja bola, kadang-kadang longkang. Set kedua mulai letih dan bosan. Apabila masuk set ketiga, kami mula lapar, sebab sudah tengah hari. Memandangkan banyak jatuhan pin, kami kembali bangkit bersemangat bermain. Saya guna bola saiz 11 dan 7. Memandangkan jika menggunakan bola saiz 11, pin akan jatuh dengan lebih banyak (berdasarkan perkiraan momentum dan inersia barangkali) bola biru saiz 11 tu menjadi kegemaran. Sekali, pernah saya cuba bola hitam budak di lorong sebelah. Ya Allah, berat bukan main. Set ketiga mencatatkan saya pemain terbaik dengan jatuhan pin melebihi seratus antara rakan sepasukan (padahal masih sedikit). Perasan!

Kami menjadi peserta terawal menghabiskan permainan. Tidak pernah fikir nak menang. Kemudian kami 'posing' dengan piala-piala yang sudah tentu bukan menjadi milik kami, masing-masing membuat andaian akan memenangi hamper-hamper besar. Tetapi, jauh lebih yakin bahawa kamilah kumpulan tercorot. Lepas makan tengah hari, kami datang semula untuk penyampaian hadiah. Kumpulan kami mendapat tempat kelima daripada enam kumpulan. Bukankah ia hebat?

Keesokan harinya, ahad, saya hanya terbaring, kepenatan mungkin. Petang pula keluar dengan rakan untuk usrah di tepi pantai. Sebelum balik, kami singgah makan ABC dan cucur pisang. Apabila malam, badan saya semakin sakit, makanan berat terakhir ialah nasi goreng semasa sarapan. Sehingga malam, dada saya terasa sempit dan sukar bernafas. Kepala saya sangat berat dan sakit. Perut saya memulas dan sakit. Sakit dada semakin menjadi di tengah malam. Saya rasa dada saya sangat sempit, dan mahu muntah. Hendak bangun pun tidak boleh, simpton ini hanya berlaku jika tekanan darah saya rendah. Saya hampir muntah dan masih tidak makan. Saya kemudian menghantar sms kepada rakan sepejabat untuk urusan penggantian kelas.

Sakit itu berterusan dan saya hanya bangun untuk subuh dan kembali terbaring. Otot dan sendi menjadi semakin sakit. Baru saya ingat, sakit-sakit seluruh badan itu kesan dari mengangkat objek berat. Sepanjang hari, saya hanya terbaring dan makan roti sekeping pada petangnya. Saya hampir menangis menelefon emak dan ayah. Kuatkan hati.

Selasa pagi, saya gagahkan diri ke kelas. Jam 7 pagi, saya pergi sarapan dengan Kak Shidah, dia belanja. Sebelum masuk kereta, saya muntah bersembur-sembur depan kedai. Mujur tiada yang nampak. Saya naik ke pejabat dan bagitahu Kak Amal, saya rasa saya MC lagi. Pelajar menunggu saya untuk tutorial. Augustine, pelajar saya datang dan sempat saya terangkan dia 1 sintesis. Saya lari ke bawah untuk ke hospital. Indra yang hantarkan.

Sebelum masuk kereta Indra, saya muntah sekali lagi dalam amaun yang banyak. Saya mula 'dehydrate'. Sampai di hospital, jabatan kecemasan kelihatan lengang, saya terus masuk dan jumpa MA. Sakit ringan yang tidak memerlukan seliaan doktor.

Saya diberi minum MMT 15 ml dan suntikan IV maxolon. Semua ni sudah biasa masuk dalam badan. Setelah menerima suntikan tersebut, saya jadi pening terhuyung-hayang dan sangat mengantuk. Ia sangat tidak selesa dan masih loya. MA di sana sangat relaks, mereka sempat bercerita tentang minyak rambut dan tukar kereta. Alhamdulillah, saya tidak perlu drip. Saya bimbang, jika drip saya akan dicucuk oleh jururawat pelatih yang sangat ramai di situ. Tahun lepas, habis tangan saya dicucuk dengan cuai oleh jururawat. Kesannya, doktor di Penang kata, salur darah saya mengalami 'thromboplebitis' (lupa sudah). Salur darah di tangan saya mengeras, membiru dan hijau dan hitam hari demi hari. Geli pun ada, menurut doktor, mujur tiada jangkitan. Tetapi saya kembali demam seminggu. Beberapa bulan, thrombophlebitis itu hilang.

Setelah menerima surat sakit, saya ke farmasi dan Indra hantar saya balik rumah. Sampai petang saya tidur dan agak lewat solat zohor. Alhamdulillah, saya tidak muntah lagi. Saya tidak makan apa-apa dan semakin hilang selera.

Hari rabu, saya kembali kerja dan masuk tutorial jam 7 pagi. Keadaan saya yang tidak makan menyebabkan saya sangat lemah, pelajar saya sangat diam, mungkin kasihan dengan keadaan saya, tetapi baguslah, dengan keadaan saya yang lemah, mereka selamat dari kena marah. Sebab mereka tidak siapkan tutorial. Saya hanya sarapan setengah biji roti canai. Amat menyeksakan untuk bertahan di pejabat dalam keadaan yang lemah.

Malam, saya semakin tidak senang duduk. Sukar bernafas dan sakit kepala. Tidur pun susah. Abang saya bawa saya ke tempat refleksologi untuk menggurut. Alhamdulillah, saya diurut oleh seorang wanita buta (akan saya ceritakan sesuatu di sini nanti). Selesai diurut, badan saya terasa lebih selesa sedikit. Itulah pertama kali diurut dalam hidup saya.

Sepanjang malam, saya tidak dapat tidur. Walaupun setelah menelefon ayah dan emak. Saya tanyakan apa doa hendak dibaca. Emak jadi risau dan dia kata tak tahu. Mak pesan agar baca quran, selawat dan doa. Sepanjang malam, saya tidak tidur, saya solat, baca quran dan membaca buku Kimia. Sebelah badan jadi lenguh.

Khamis dan jumaat, saya semakin baik. Alhamdulillah, dalam keadaan sakit yang tidak tahu punca tersebut, saya belajar suatu perkara; berserahlah kepada Allah. Saya cuba sibukkan diri dengan buku agar melupakan kesakitan. Saya paksa makan supaya tidak gastrik berterusan, Cuma ubat hanya diambil 2 hari saja. (tidak suka ubat).

Alhamdulillah, Ahad bertemu Ahad, dan saya kembali pulih dan kembali hadir untuk usrah tepi pantai. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sakit itu ingatan daripada Allah.

Amal Harun
Labuan

Friday, 23 March 2012

Belajar Menghargai



Saya mengaku silap, tidak memberi apresiasi kepada pelajar saya yang buat presentation sebab presentation mereka 1 jam dan tak seronok. Lain kali saya patut cakap sekurang-kurangnya "thank you, i enjoy your presentation, good job or good effort".

Lebih teruk saya kata "Ni tak ready la, orang lain buat 20 minit, lengkap".

Antara banyak kelas, 1 kelas yang saya ajar ni sangat lemah, padahal mereka amat bagus dari yang lainnya di awal. Setiap orang harus dilayan sama rata tanpa dibandingkan antara satu dengan yang lain. Video ini sangat membantu dalam banyak perkara terutama menghadapi kelas saya yang 1 ini.

Kuasa Menghargai

Sewaktu saya di tingkatan 3, Geografi antara subjek kegemaran saya. Kalau waktu terluang, saya hanya baca tentang geografi. Geografi sentiasa A, dan walaupun tak belajar lagi, saya memang dah study. Sewaktu kami menjawab soalan percubaan, Cikgu Mat Rod memberitahu kertas soalan sangat susah, tak mungkin ada yang dapat A dan kalau dapat memang hebat. Tercabar dengan kata-katanya, saya antara 2 orang pelajar yang mendapat A untuk ujian oercubaan yang dikatakan susah oleh beliau. Cikgu Mat Rod pon memberi reaksi 'cool' begini "ooo, hang dapat A ka, hmm.." itu saja.

Dalam hati saya, cikgu ni saja tak mahu mengaku kehebatan atau ego sebenarnya nak puji-puji kami. (Niat salah masa tu). Tapi pada kaca mata seorang pelajar, cukuplah seorang guru memberi reaksi positif terhadap pencapaian atau peningkatan pelajar. 

Semoga Allah tunjukkan jalan, berilah kefahaman ilmu dan tenangkan hati pelajar-pelajar yang saya kasihi.

Banyak lagi kena belajar.
Amal Harun
Labuan.

Monday, 12 March 2012

Sigup

"Owh, pelase be patient" saya memberi ingatan ini setiap kali kuliah. Pelajar sudah mula berkipas-kipas. Dewan kuliah panas, tidak terasa kedinginan penghawa kononnya dingin.

"Is it too much reactions?" Saya mula menyedari kegalauan hati para pelajar saya.

Seraya mereka menjawab "Yessssssssssssssss". Unsur tokok tambah sengaja diadakan bagi menunjukkan bilangan tindak balas yang banyak.

Kemudian saya mengulas kembali "sabarlah, lebih baik awak bersabar sekarang daripada nanti terpaksa bersabar akibat tidak sabar hari ini".

"Tidak fahaaaaaaaaaaaammmm" jerit pelajar dalam kuliah.

"Berubahlah hari ini daripada terpaksa berubah nanti akibat tidak mahu berubah hari ini" sekali lagi saya membuat provokasi.

"Contohnya, orang yang merokok, lebih baik bersabar menahan nafsu merokok hari ini daripada suatu hari nanti bersabar kerana melawan kanser paru-paru". Saya cuba memberikan contoh.

"Awang awang awang" jerit beberapa pelajar lelaki.

Alamak, adakah saya menyentuh mana-mana individu dalam kelas ini. Berdasarkan fizikal Awang, dia rajin datang bertemu dan bertanya soalan kepada saya. Ada sedikit bau rokok dan warna bibir yang jelas menunjukkan dia merokok.

"Berhentilah kepada sesiapa yang merokok, merokok tidak macho dan tidak hensem!" kata saya. Seisi dewan bersorak. Sekali lagi, kenapalah saya keluarkan fakta sebegitu rupa?

"Tidak mengapa, amanahlah dengan wang anda, jangan gunakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah malah membawa mudharat." Penutup selingan di kuliah dan kami kembali meneruskan perbincangan.

Selesai kuliah, Awang datang, "Miss, nanti saya jumpa miss okay"

"Awang jan tah kau sigupan lagi" hehe kerana beliau pernah memberitahu kampungnya di Membakut. Itulah jawapan balas kepada orang Membakut. Semoga Awang makin positif mengubah sikapnya.

Amal Harun
Rinsu kan bakurapak sama babu-babu.

Sunday, 11 March 2012

Bangkit

Akhir-akhir ini, entri saya banyak berunsurkan kesedihan dan ke'down'an saya akibat daripada kemalangan tempoh hari. Mungkin patut ditulis bagi melepaskan sedikit beban dengan menulis di blog daripada bercerita kepada manusia. Yang pasti haruslah diadukan segalanya kepada Allah. Itulah sebaik-baik tempat mengadu, memohon pertolongan dan berkongsi rahsia.

Jika semua masalah itu dilayan, ia tidak akan berkesudahan. Jadual setiap hari saya akhir-akhir ini sibuk dengan kelas gantian beberapa pensyarah yang bercuti, mengejar silibus dan proses mengisi markah pelajar. Ditambah pula dengan beberapa mesyuarat yang harus dihadiri dan bengkel dokumentasi.

Jika nak diikutkan sejujur dan seikhlas hati, tugas saya tidak sesibuk mana, masih sempat makan dan solat. Jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang menjadi HO, sibuk dengan oncall dan sering dimarahi boss lewat status FB mereka, atau yang selalu mobile, offshore dan terpaksa tinggalkan anak kecil dalam tempoh menyusu. Jadi, jika melihat kepada ujian hidup dan karier sahabat-sahabat, kehidupan saya jauh lebih mudah. Jadi tak boleh merungut atau membanding-bandingkan tugas kita dengan rakan sepejabat yang kelihatan tidak sibuk.

Terimalah dengan ikhlas dan positif dengan niat kerja kerana Allah, mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah, semoga di sebalik semua itu, ada peluang besar untuk belajar dan memajukan diri. Jika ia melebihi dari skop tugas, anggap ia sebagai sedekah.

Mulai hari ini, saya harus menjadi pendidik yang lebih bersemangat mendidik, sering memuhasabah diri, peka kepada pelajar, ikhlas dan terus istiqamah dengan perintah Allah 'wal yatalatthaf'.

Sempena hari Isnin esok, bangkit dengan penuh semangat juang, hidup dengan kemuliaan islam, dengan hati yang subur mengingati Tuhan dan tenang menerima ujian.

الله معنا

Amal Harun
Labuan.

Ceritera

Malam itu saya terpaksa menebalkan muka memohon bantuan seorang rakan mengahantar dan mengambil saya untuk suatu sesi pembelajaran. Lebih kurang menjadi pensyarah undangan. Mulanya mahu menolak, tetapi tidak sampai hati memandangkan selama ini kawan saya saja sering diundang, jadi saya pula mengambil alih. Alhamdulillah, kehadiran memberansangkan.

Malam dan tiada kenderaan. Tak mengapalah. Saya sampai 15 minit awal. Rupanya disapa oleh mantan pelajar sesi dulu. Awal lagi dia menyapa saya "Miss, bila mau kawin?".

Hehee..apsal soalan kau sungguh klise dengan soalan segenap generasi pelajar, makcik cleaner, makcik kedai runcit, makcik-makcik, pak menakan, dan segala bagai insan prihatin. Oh, tidak mengapa, tetapi siapa juga yang punya jawapan untuk soalan sebegitu?

Relaks, saya mulai 'kool' dan tidak kisah lagi. Seorang anak didik saya pernah berkata apabila saya meminta jejaka hensem dan berwajah soleh ini memberikan satu nasihat kepada rakan sekelasnya. Dengan muka yang skema sambil membetulkan cermin mata tebal, dia pun berkata, " Saya harap kita semua jelas dengan tujuan hidup kita, jelas dengan tujuan kita berada di sini. Jika kita jelas dengan apa yang kita hendak capai, maka segala halangan atau masalah yang kita hadapi tidak mampu memberikan impak negatif malah mendorong untuk terus gigih dan sabar supaya kita dapat capai matlamat".

Terdiam satu kelas. Susunan kata-katanya cukup ringkas tetapi bermakna.

Jadi, saya mahu jelas dengan tujuan hidup macam yang telah diberitahu pada kita dalam quran. Ada kan?? Jika ditakdirkan belum kawin, jangan keluh kesah kerana ia bukan mengahalang kita mencapai matlamat hidup. Cuma kena sabar sikit la dengan pandangan masyarakat dan mengutamakan pandangan Allah.

You are what you see!

Amal Harun
Labuan

Lalat

Panggilan-panggilan telefon kadang kala amat memberi tekanan selagi kes kemalangan tidak diselesaikan lagi. Menurut ayah, ia kemalangan biasa, banyak lagi yang lebih teruk dan ia hanya perkara biasa, adat di jalan raya. Ah,leganya kalau dapat share dengan ayah.

"Kalau aku jadi kau stress kot" ujar kawan saya di sebelah ketika selesai saya menjawab panggilan telefon.

Ya, agak stress, tapi cepat-cepat ingatkan diri bahawa segalanya kita serahkan kepada Allah. Kebergantungan dan harapan hanya pada Allah. Ya, mengadu dan berharap kepada selain Allah. Sebab kita lemah, dan tak perlu takut dengan yang lain, kerana mereka juga lemah, tidak mampu memudharatkan kita tanpa izin Allah. Kepada Allah kita berlindung.

"Amal, kau kena ingat ni, hasbunallahu wa ni'mal wakeel" pesan kawan saya. Terima kasih.

"Wahai ummat manusia! Diberikan satu perbandingan, maka dengarlah akannya dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya mereka yang kamu seru dan sembah, selain daripada Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya. Dan jika lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat mengambilnya balik darinya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (daripada mendapat hajatnya) dan lemah yang kena minta (daripada menunaikannya)". al-Hajj: 73

Manusia semuanya lemah, mereka cuba saling menunjukkan kekuasaan masing-masing, kehebatan dan kelebihan masing-masing. Hakikatnya mereka lemah, takkan mampu memudharatkan yang lain jika tanpa izin Tuhan.

La Takhaf wa La Tahzan

Amal Harun
Labuan.





Wednesday, 7 March 2012

Kereta Kecil

Kelisa saya terlibat dalam kemalangan. Sudah seminggu saya tidak pegang stering kereta dan sudah lama tidak bertemu dengan Kelisa comel itu. Kasihan dia. Dia banyak berjasa. Masa mula-mula saya pandu ketika zaman belajar, saya bawa mak dan ayah di pekan Kepala Batas, beberapa kali dihon lori sebab selalu mati enjin di lampu isyarat.

Semasa di Penang, Kelisa amat menjimatkan. Dia banyak berjasa kepada keluarga kami. Ke mana saja dia pergi, hatta Shah Alam, Besut dan Kuala Terengganu. Sangat berjasa. Dia juga pernah dinaiki oleh orang-orang yang hebat. Antaranya Dr.Sabariah dan Dr.Zaki ketika saya diminta menjemput mereka di 'airport' dan menyertai konferens di USM. Mulanya segan juga, orang besar naik kereta kecil, tapi itu saja yang ada untuk menyambut kehadiran tetamu jauh yang berjiwa besar. Kelisa kecil itu harus gembira berjasa kepada tetamu mulia.

Tidak lama selepas itu, Kak Lin 'out station' ke Gurun, saya jemput dia dan seorang lagi jurutera Petronas dan menghantar mereka ke Swiss Inn. Ini juga tetamu jauh, manakan diduga bertemu murabbi bersama kelisa kecil hehee.

Bila saya di Labuan, ayah hantarkan kereta tu ke KK. Saya ambil cuti dan menuju KK di pelabuhan. Wah! Seronoknya dapat berputar-putar di KK bersama dia dan ke UMS. Syok sangat!!! Singgah Telipok dan jemput Jojinah kawan sekolah rendah saya yang sibuk housemen. Cool bukan?

Bila ke Labuan, sekali berpeluang bawa kak lin dan keluarganya, kadang kak lin dengan kawanya dan ada juga jurutera Sudan. Ah, kalau nak disebut jasanya, teramat banyak, dia tak meragam, dia sihat dan selesa walau tak kelihatan mewah, tapi lambang kesyukuran dan mungkin tarbiyyah zuhud. Dia teman setia saya.

Tapi kali ni, dia ditimpa musibah, semoga Allah pelihara dia. Maafkan saya.

Amal Harun
Labuan.

Saturday, 3 March 2012

Ujian

Terus terang, setakat ini saya berada pada tahap 'down' berikutan tekanan yang dihadapi setelah kemalangan tempoh hari. Beberapa individu tampil membuat dakwaan dan ada lagi yang bertanya untuk pendetailan. Jawapan saya mudah "alhamdulillah semuanya selamat, cukup sekali saya ceritakan kepada polis, polis akan uruskan".

Bila ditimpa musibah begini, banyak benda tak mampu untuk dikongsi biarpun dengan ahli keluarga. Malah nak bercakap pun jadi kelu. Semoga Allah membantu urusan, semoga saya sabar. Semua orang bersimpati dan berkata "sabarlah". Ya, saya sabar, segalanya saya serahkan kepada Allah.

Pada perkiraan saya, ia hampir selesai sebab polis dan insuran akan uruskan. Salah atau tidak, saya sedia terima, segalanya saya pulangkan kepada Allah. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun. Kadang-kadang ada panggilan yang saya terima, ia amat membuatkan saya tidak tenang  dan sentiasa berdebar-debar. Sekali lagi, Allah menduga, kepada siapa bergantung harap.

Hari ini, saya menerima panggilan dari seorang perempuan yang katanya dari Selangor dan tiba di Labuan. Dia mahu berjumpa saya, tetapi saya tidak kenal dan bila ditanya tentang dia, dia enggan memberitahu. Daripada nadanya, ia amat biadap. Seharusnya tidak ada apa yang harus dilayan, tetapi tolonglah jangan ganggu saya lagi.

Akhir sekali, saya amat terkesan dengan Sheikh Ahmad Deedat, semoga Allah merahmati beliau. Saya amat terkesan dengan dialog beliau dengan Jimmy Swaggart.  Alfatihah.