Sunday 4 January 2009

Nostalgia Antologi Puisi Kami dan Sajak Cikgu Kepada Kami



Hari-hari terakhir sebelum kembali ke Kota Kinabalu, sempat aku membelek-belek buku zaman sekolah dahulu kala. Buku latihan, buku teks mahupun rujukan, dan buku kerja yang terdapat tanda semakan dan tanda tangan guru mengajar beserta tarikh cikgu memeriksa latihan aku. Ada juga pembetulan cikgu, tanda betul dan pangkah, komen cikgu dan ulasannya 'sila baiki tulisan'. Ia sungguh nostalgia!

Beberapa hari yang lepas bertemu dengan Ustazah Zuraini, ustazah Bahasa Arab tingkatan 3 di sebuah kedai buku. Ustazah 'maintain' muda nampaknya. Terharu, ustazah masih ingat namaku. Hari yang sama juga bertemu Cikgu Azizah di Hospital Kepala Batas. Beliau guru Bahasa Malaysia sewaktu di tingkatan 3. Kedua-dua pendidik ini sungguh aku kagumi, mendidik penuh kasih sayang dan penuh keikhlasan. Serius aku cakap, aku pun tak sampai seikhlas hati macam mereka. Syabas guru-guruku walau di mana anda berada. Hanya Allah membalas jasa kalian wahai cikgu. Aku selongkar lagi, folio kerja kursus berhabuk pula yang dijumpai. Cari lagi, sebuah antologi puisi kreatif yang aku jumpa. Tajuknya "Antologi Puisi Kreatif" karya pelajar-pelajar 5 Ibnu Khaldun 2003. Baru teringat, cikgu minta kami tulis dua buah sajak tulis tangan atau bertaip, sajak itu mesti temanya guru atau ibu, dan satu sajak lagi bertema bebas. Boleh disertakan nama sebenar atau samaran. Kata-kata cikgu melekat lagi dalam kepala. Kata cikgu ia sebagai kenangan untuk cikgu dan kami warga 5 Ibnu Khaldun. Jadi, cikgu 'compile'kan kemudian aku minta untuk disimpan satu salinan. Kini aku selak kembali lembaran antologi itu, mengingatkan kepada rakan sepengajian SMKA Al-Irshad batch SPM 2003.

Di dalamnya terdapat ucapan penghargaan Cikgu Roshidah. Ucapannya begini;

"Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pelajar-pelajar 5IK kerana sudi menghasilkan puisi masing-masing untuk dimuatkan dalam antologi ini sebagai kenangan kepada saya. Penghasilan antologi ini menjadi bukti penghormatan mereka kepada saya dan semua guru SMKA Al-Irshad yang telah mendidik mereka selama ini.

Saya berharap ada di kalangan pelajar 5IK yang akan menjadi penyair, penyajak, novelis dan lain-lain. Semoga bakat dan kebolehan mereka dapat dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara.

Cikgu bangga menjadi guru anda"

Serba sedikit ucapan dan doa cikgu Roshidah buat pelajarnya. Halaman berikutnya memuatkan sebuah puisi cikgu Roshidah untuk kami.

Permata Hati

Sayangku
Kau banyak membakar jiwaku
Menjadi pendidik dedikasi, prihatin
Menjadi guru yang disenangi, diperlukan

Sayangku
Kau umpama permata yang menyinar impian
Kau umpama permata yang menyuluh harapanku
Kau umpama permata yang menerangi hidupku

Sayangku
Jangan kau hancurkan impian ini
Jangan musnahkan harapan ini
Jangan malapkan hidup ini
Sayangku
Dirimu segalanya bagiku Nukilan; Pn. Roshidah khas untuk 5IK 2003
InsyaALLAH, andai diizinkan, akan kusiarkan sajak nukilan hati dan imaginasiku semasa di tingkatan lima dahulu. Kalian nantikan ya!


Buat adik bongsuku Roudhoh aka 'baby', selamat kembali ke sekolah 2009. Hayati zaman sekolah yang indah itu. Bersyukur kerana dapat kembali ke alam pengajian meneruskan perjuangan, dan nun jauh di sana usah lupa saudara KITA.

Welcome back to school, hulurkan tangan, ringankan beban!

amalharun
13200 Kepala Batas

6 comments:

  1. alahai..terasa rindu plak nak kembali ke alam sekolah..membayangkan ke'struggle'an masa nak amek SPM..ke'serius'an dalam belajar walaupun kekadang mengundang tension guru-guru..apapun,kami seronok..!apa cerita Ustaz Marzuki?hehe

    ReplyDelete
  2. ustaz marzuki? lama dah tak nampak dia. owh ada sesuatu akan aku jadikan entri pasal ustaz marzuki. nostalgiknya

    ReplyDelete
  3. ustaz marzuki sangat terkenal dgn ilustrasi..walaupun kita suka bersembang masa dy mengajar..adus,teruknya aku dulu!

    ReplyDelete
  4. teknik menggunakan ilustrasi adalah satu approach untuk menarik perhatian pelajar. pelajar yang tertarik dengan grafik atau ilustrasi ialah visual learning style.

    ia sangat menarik lg apabila ilustrasi itu dibuat spontan dengan nada selamba bercampur humor.

    ustaz berjaya mengaplikasi teori pedagogi pengajaran apabila berjaya menarik kembali perhatian pelajar yang bercakap (nabilah), tido (farah) n day dreaming (amal). tapi intan still awake (mai secewen)

    aaf komen berjela

    ReplyDelete
  5. still awake kerana intan sukakan ilustrasi yang agak tiada kaitan dengan pengajaran itu..contohnya cerita seorang hamba Allah digilis keretapi dan tangannya terputus dan terpelanting..ustaz turut melukis tangan itu..hihi..apa kaitan ya dengan subjek Quran dan Sunnah ya..?

    ReplyDelete
  6. masa tu ustaz ajar pasal bunuh diri. seorang pelajar sekolah india pi duk kat landasan ketapi. tangan terpelanting kat pokok bla bla

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..