Saturday, 17 January 2009

Kalian; jangan tambah kekacauan


Tahniah kepada pimpinan saf mahasiswa yang berusaha menyampaikan maklumat isu Palestin, walaupun ia dipandang dingin sesetengah golongan. Itu lebih baik daripada kalian terus duduk diam sahaja. Kepedulian kalian terhadap Palestin sangat dihargai, teruskan usaha.


Mereka berusaha mengadakan majlis penenerangan tentang isu Palestin, tayangan video dan kutipan derma untuk saudara di Palestin. Mereka bergerak dari setiap kolej kediaman saban malam. Saya pasti masih ramai yang tidak sedar apa yang berlaku di Palestin, ia bukan baru tetapi sudah 60 tahun.


Mereka juga melancarkan kempen boikot. Saya menyaksikan dari kolej perhimpunan aman selepas solat jumaat di hadapan masjid universiti. Tahniah muslimin alert, perlu tingkatkan lagi usaha.


Selesai kuliah, saya dan Wahida menunggang motosikal menyusuri jalan pulang yang dihiasi dengan kain rentang, buat mahasiswa menurunkan tandatangan sebagi tanda mengecam kekejaman Israel. Kami memberhentikan motosikal untuk membaca, bukan membaca kain rentang, tetapi notis yang dikeluarkan setelah kain direntangkan. Notis itu dikeluarkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa berbunyi "LARANGAN KERAS MENULIS KATA-KATA KESAT". Memang saya dapat baca beberapa hari lalu, banyak kata-kata kesat ditulis seperti f*** ISRAEL dan banyak lagi. Sungguh ia mengaibkan, malah saya fikir Ehud Barak hanya ketawa melihat kain itu.


Banyak lagi boleh kita lakukan untuk menzahirkan kepedulian dan kecaman terhadap laknatullah itu. Adalah lebih baik mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar duduk belajar bersungguh-sungguh dan mengkaji sejarah terhadap isu ini (1917-1948), maka benarlah kalam Allah berbunyi;


"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya" At-Taubah;122.


Jadi apakah sumbangan kita? Saya sering diingatkan agar menjadikan diri sebagai tambahan kepada kekuatan ummat Islam, bukan menyumbang kepada kekacauan.


"Jika mereka berangkat bersamamu nescaya mereka tidak akan menambah (kekuatan)mu, malah hanya akan membuat kekacauan dan mereka tentu bergegas maju ke depan di celah-celah barisanmu untuk mengadakan kekacauan (di barisanmu); sedang di antara kamu ada orang-orang yang sangat suka mendengarkan (perkataan) mereka. Allah mengetahui orang-orang yang zalim." At-Taubah;47.


Yakinlah pada janji Allah wahai diri.

amal harun
kolej kediaman a

6 comments:

  1. aku jugak setuju dengan pendapat ni..sbb mengeluarkan kata-kata kesat tu bukannya menyelesaikan masalah..malahan memburukkan imej Islam tu sendiri di mata agama lain..ia mengukuhkan pendapat yang Islam itu penuh dgn terrorism..!mcm tidak boleh diterima akal apabila tindakan sesetengah kita yang dianggap intelek ini bertindak bodoh macam tu..sebab, rasa-rasanya Yahudi takkan heran pun sehebat mana kita mengutuk..mencaci..memaki mereka dengan kata-kata kesat tu sebab perkataan-perkataan begitu memang sentiasa dimulut mereka..byk cara lain untuk kita menunjukkan kata protes..kita peduli..cara yang lebih bijak dan berhikmah..

    ReplyDelete
  2. huhu intan, yang menulis kat kain tu ada yang muslim dan non juga. semua tu atas kita saja, tindakan berdasarkan kefahaman juga

    ReplyDelete
  3. Benar. Kata-kata kesat, biarpun bom fosforus itu lagi hina darinya, tetap lidah (kalam) juga yang lebih berbisa. Teruskan berboikot!!

    ReplyDelete
  4. Er. Aku baca balik komen tadi, jangan salah faham ya. Berbisa itu, menjurus maksud negatif.

    ReplyDelete
  5. Amal, you write beautifully (I mean it) - although I must apologise that I may not have much time to enjoy the luxury of reading blogs anymore. The Palestinian course is close to my heart, and I, too, was a student before, the issue is still all the same. So, yes, I was there once, many years ago, and that reminds me that I'm seriously getting older. For all these responses on Palestinian course, i have only thing to say as a conclusion. It is too big for us to tackle and this will not be solved at our level. Never. Putting money into some account, go on, but I don't think this will help much (debateable, but I stand clear). I borrowed my friend's, Us Isyraq's advise, "out brothers in the battlefield want us to do better in whatever we do". So, I fully agree with you. On a sneak-peak, yes, I read your posting "aku curi masuk", too.

    cikmid.

    ReplyDelete
  6. @ sang pelangi, memang aku setuju kata-kata berbisa itu tidak harus dilemparkan, kita memegang watak muslim menurut 10 muwasofat tarbiyyah. terimashita sang pelangi.

    @cikmid, jazakallah.i dont think u should spend lot of time especially reading blog n specifically reading my blog (huhu laughing) because too many journals ot thesis need to be checked. also those lizards n crocs, n whole of the ITBC need u hehee

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..