


Di dalamnya terdapat ucapan penghargaan Cikgu Roshidah. Ucapannya begini;
"Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pelajar-pelajar 5IK kerana sudi menghasilkan puisi masing-masing untuk dimuatkan dalam antologi ini sebagai kenangan kepada saya. Penghasilan antologi ini menjadi bukti penghormatan mereka kepada saya dan semua guru SMKA Al-Irshad yang telah mendidik mereka selama ini.
Saya berharap ada di kalangan pelajar 5IK yang akan menjadi penyair, penyajak, novelis dan lain-lain. Semoga bakat dan kebolehan mereka dapat dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara.
Cikgu bangga menjadi guru anda"
Serba sedikit ucapan dan doa cikgu Roshidah buat pelajarnya. Halaman berikutnya memuatkan sebuah puisi cikgu Roshidah untuk kami.
Permata Hati
Sayangku
Kau banyak membakar jiwaku
Menjadi pendidik dedikasi, prihatin
Menjadi guru yang disenangi, diperlukan
Sayangku
Kau umpama permata yang menyinar impian
Kau umpama permata yang menyuluh harapanku
Kau umpama permata yang menerangi hidupku
Sayangku
Jangan kau hancurkan impian ini
Jangan musnahkan harapan ini
Jangan malapkan hidup ini
Sayangku
Dirimu segalanya bagiku Nukilan; Pn. Roshidah khas untuk 5IK 2003


Buat adik bongsuku Roudhoh aka 'baby', selamat kembali ke sekolah 2009. Hayati zaman sekolah yang indah itu. Bersyukur kerana dapat kembali ke alam pengajian meneruskan perjuangan, dan nun jauh di sana usah lupa saudara KITA.
Welcome back to school, hulurkan tangan, ringankan beban!
amalharun
13200 Kepala Batas
alahai..terasa rindu plak nak kembali ke alam sekolah..membayangkan ke'struggle'an masa nak amek SPM..ke'serius'an dalam belajar walaupun kekadang mengundang tension guru-guru..apapun,kami seronok..!apa cerita Ustaz Marzuki?hehe
ReplyDeleteustaz marzuki? lama dah tak nampak dia. owh ada sesuatu akan aku jadikan entri pasal ustaz marzuki. nostalgiknya
ReplyDeleteustaz marzuki sangat terkenal dgn ilustrasi..walaupun kita suka bersembang masa dy mengajar..adus,teruknya aku dulu!
ReplyDeleteteknik menggunakan ilustrasi adalah satu approach untuk menarik perhatian pelajar. pelajar yang tertarik dengan grafik atau ilustrasi ialah visual learning style.
ReplyDeleteia sangat menarik lg apabila ilustrasi itu dibuat spontan dengan nada selamba bercampur humor.
ustaz berjaya mengaplikasi teori pedagogi pengajaran apabila berjaya menarik kembali perhatian pelajar yang bercakap (nabilah), tido (farah) n day dreaming (amal). tapi intan still awake (mai secewen)
aaf komen berjela
still awake kerana intan sukakan ilustrasi yang agak tiada kaitan dengan pengajaran itu..contohnya cerita seorang hamba Allah digilis keretapi dan tangannya terputus dan terpelanting..ustaz turut melukis tangan itu..hihi..apa kaitan ya dengan subjek Quran dan Sunnah ya..?
ReplyDeletemasa tu ustaz ajar pasal bunuh diri. seorang pelajar sekolah india pi duk kat landasan ketapi. tangan terpelanting kat pokok bla bla
ReplyDelete