Friday, 9 January 2009

Amal's Anxiety Disorder

Hari-hari yang aku lalui di Bumi Di Bawah Bayu ini penuh ketenangan. Tenang itu aku raih setelah mengenal tarbiyyah, Alhamdulillah mungkin belum benar tenang, tetapi sedikit sebanyak aku cuba belajar menghargai nikmat hidayah Allah dan ketenanganNya. Namun tenang itu jangan pula ditempatkan di 'comfort zone'. Sungguh, ia ujian berat sehingga melupakan kegetiran hidup rakyat Palestin.

Mengharungi baki hari di kampus memerlukan aku menghadiri kelas. Usai solat asar, bergegas aku ke dewan kuliah. Ramainya umat manusia sehingga dewan itu dipenuhi, padat dan melimpah ruah ke luar dewan. Aku berjaya dalam pertempuran memasuki dewan kuliah agar tidak tergolong dalam kuantiti melimpah ruah itu.

Pensyarah datang. Kelas ini lebih kurang macam kemahiran berbahasa dalam pendidikan. Maka setelah memberi sedikit taklimat berkaitan kursus, pensyarah turut menyentuh sedikit isu pengucapan umum yang menggunakan kemahiran berbahasa.

"Ada baiknya saya memanggil anda ke depan", kata pensyarah.

Setelah berkira-kira memanggil 'mangsa', seorang pelajar memutuskan bahawa nama pelajar yang perlu ke depan mesti bermula dengan huruf A. Pensyarah setuju. Sesungguhnya, hati, jantung dan minda orang-orang yang namanya bermula dengan huruf A dilanda kerisauan yang amat dasyat. Hormon adrenalin semakin bertindak aktif. Tekanan darah dan degupan jantung pasti meningkat. Ia sungguh dramatik. Di luar hujan semakin lebat, kilat sabung-menyabung.

"Kalau macam tu Amal" pensyarah merujuk kepada senarai nama pelajar di komputer.

"Mana Amal? Mai sini" Beliau mencari.

"Oh, saya di sini" jawab hatiku yang mengalami kegusaran tahap melampau.

Aku langkah penuh kesopanan dan berlagak macho naik ke pentas, menghalakan microphone.

"Ok sekarang kita dengar taklimat sekolah kluster daripada unit amal" kata pensyarah, dewan 'sardin' (Osteithyes, bonny fishes) itu gamat (baca; sea cucumber berkeluarga Echinodermata).

Aku diberi satu minit, kemudian 20 saat, kemudian aku bercakap.

Bermula dengan lafaz basmalah dan ucapan salam. Aku perkenalkan diri dan nombor matrik.

"Eh, sapa tanya?" pensyarah menyatakan ketidak puasan hatinya.

Haha, pedulilah, penyakit aku datang, aku tak peduli, aku cakap.

"Buat pengatahuan semua, ***** (nama pensyarahku) ialah penyelia saya semasa menjalani latihan mengajar di SMK ****."

"La, sapa tanya hang" beliau mencelah lagi.

Aku tak peduli, aku teruskan.

"Memandangkan saya sangat nervous, saya tidak dapat memberi taklimat sekolah kluster, sekian terima kasih" aku turun pentas. Aku benci microphone!

Seisi warga dewan yang 'sardin' itu memberi tepukan. Hatiku berbunga, kemudian kusut sekali. Ada baiknya aku cakap tentang rejim zionis, tapi lidah kelu dan badan macam terkena Geiger Muller (kononnya).

"Hampeh" ini yang aku dengar dari pensyarah. Ikan 'sardin' ketawa lagi.

Mulai hari ini, aku akan sediakan satu teks di kepala (cephalus) supaya Anxiety disorder tidak menyerang. Juga sebuah doa dan selawat bagi meredakan tindakan adrenalin ke atas tubuh.

Aku pernah muntah setiap kali ketenangan itu digugat gara-gara penyakit ini. Aku khabarkan kepada mak, dan sms dari beberapa orang 'ikan sardin' membuat aku 'blur' sendiri.

Akan aku prtingkatkan kemahiran berbahasa dan pengucapan umum. Tolong, ceritakan bagaimana?

amalharun
88999 Kota Kinabalu

9 comments:

  1. bagi aku hang kena banyak practice untuk tingkatkan keyakinan kot. tengok macam pendebat universiti, idea yang ada kat kepala terus keluar masa kena bagi pendapat. aku pun sama la..berani cakap kat belakang.

    ReplyDelete
  2. oh, komennya sama seperti en.s semasa observe aku hari tu, serius, aku tidak dilahirkan untuk berdebat hehe

    ReplyDelete
  3. Cikgu Amal..hehe.. I guess kak lin can help you. She is so damn good at that.. hehe

    ReplyDelete
  4. insyaAllah, kak lin is absolutely good

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah.

    Erm.. yang penting keyakinan dan bersahaja.
    Insyaallah, u can do it better..=)

    ReplyDelete
  6. arnamee erima kasih, nampaknya kena masuk kelas seni orator la ni...

    ReplyDelete
  7. aduhai amal.. betul ke amal cakap macam tu kat depan.. huhu.. sesuailah sebagai amal in the middle.. =)
    rabbishrohli sodri wa yassirli amri...

    ReplyDelete
  8. saya baca itu jg masa sebelum cakap. macam nak makan ja aiskrim tu (mic), nampak mcm aiskrim. malcolm in the middle..

    ReplyDelete
  9. aku baru tahu crita ni..nasib baik aku x sekelas dgn kau..kalau x..mesti aku sama2 gelak..sori amal..bkn gelak mengejek..tp dah tau kau mcm tu..x pe amal..klau aku pun, aku x tau nak ckp apa..tau x knp? aku x tau pun sekolah klauster tu apa...hahahaha..lagi teruk..hehehe

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..