Thursday 15 January 2009

Kami sentiasa doakan dia


Beberapa malam yang lepas saya menerima panggilan dari satu nombor yang tidak saya kenali. Saya jawab.



“Assalamualaikum, amal?” suara itu menyapa saya. Jelas, itu orang yang dikenali.

“Waalaikumussalam..” kedengaran kurang jelas.

“Hey Amal, hang kat mana? Balik tak rumah tok” suara itu lagi.

“Kat KK la, mana lagi. Tak dapat balik la.” Baru saya perasan itu abang saya, Faiz. Anak kedua emak dan ayah saya.
Kami bercakap tidak lama, saya bertanya apa kerja dia, bila dia mahu pulang ke rumah. Begitu juga soalan dia kepada saya, bila habis belajar, bila mahu balik rumah, komputer saya ada masalah atau tidak dan di mana saya format laptop saya. Sudah lama kami tidak berjumpa. Di akhir perbualan, saya ingatkan dia, sentiasa jaga solat. Semua orang rindukan dia. Kami mengucap salam, kemudian talian diputuskan.

Air mata saya jatuh lagi.

Saya sedih dan gembira. Saya doakan dia dalam jagaan Allah, semoga Allah kurniakan hidayah kepada kami, dan melembutkan hati kami. Saya tahu semua orang berdoa untuk abang saya yang satu ini. Hampir setiap malam saya terlihat emak saya bersolat di akhir malam, dia juga ingatkan saya, sentiasa berusaha, jangan malas atau putus asa.

Kalau kita sayang keluarga kita, kita akan ajak mereka bersama melakukan amal makruf dan meninggalkan yang mungkar.Semoga kita sekeluarga ditemukan di sana nanti. Sebagaimana yang telah Allah pesan dan diingatkan oleh naqibah saya:


“Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal kebajikan mereka . Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya” At-Tur;21.
*foto semasa eidulfitri 1988, dari kiri; Hafez;8, Amal;2 dan Faiz;6

amal harun
88999 Kota Kinabalu

2 comments:

  1. Aku teringatkan abangku yang saban hari melecunkan tikar sujudnya ibu. Mari kita sama-sama doakan mereka.
    Ya Tuhan, kau selamatkan abang dan adik kami dari segala tipu daya, mala petaka, dan dengki khianat, Amin..

    ReplyDelete
  2. awal betul komen kau tiba sang pelangi. di sini sering hujan, pelangi jarang kelihatan, namun ia tidak muram dengan kehadiran doa2 hambanya

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..