Thursday 15 January 2009

Gaza dan Fosforus Itu


Rabu ,14/01/2009 - Dr Hussein Ashour, pengarah hospital Al Shifa berkata yang sejumlah mayat telah tiba di hospital itu dengan kesan terbakar dan terputus yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini sambil mengesahkan Israel menggunakan senjata yang dilarang di seluruh dunia terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.

Dr Ashour menambah penjelasan dari segi perubatan untuk kes-kes seumpama ini bererti Israel menggunakan senjata yang canggih manakala para doktor Norway yang membantu mangsa Palestin berkata mereka telah melihat kes-kes seumpama ini semasa perang AS ke atas Iraq dahulu.

Human Rights Watch dalam satu kenyataan telah mendedahkan bahawa para penyelidiknya kelmarin melihat beberapa letupan fosforus putih di Gaza yang dilepaskan daripada artileri Israel di bandar Gaza dan ke Jabaliya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/penterjemah : hijjaz79
Beberapa hari ini dada saya sesak mendengar berita ini di mana-mana. Saya cuba mencari kekuatan untuk menyumbangkan sesuatu membantu saudara saya.

4 comments:

  1. kekejaman yang melampau..tapi kita seakan masih tidak merasai kesengsaraan saudara kita..kita masih sempat berguraua. dgn kawan2..makan makanan yg sedap2..(kita..termasuklah saya)

    ReplyDelete
  2. tapi makanan di sini memang tidak sedap. saya mahu menderma dan mengajak orang mengetahui dan mahu bertindak untuk isu palestin ini. terima kasih irsha

    ReplyDelete
  3. hmmm... tak tahu nak kata apa... truskan apa yang kita buat skang pada masyarakat...

    ReplyDelete
  4. syukran ya farhana, mumkin2

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..