Tuesday 13 January 2009

Al-Fatihah; Almarhumah Suraya Ya'acob Al-haj



Lebih kurang 8.30 malam, 12 Januari 2009 saya lihat ada missed callled daripada abang saya. Saya tidak sedar kerana berada dalam kuliah YM Raja Ismail. Ia disusuli dengan panggilan seterusnya oleh adik saya Kausar. Saya jawab. Adik saya bagitau maksu saya telah kembali ke rahmatullah. Antara dengar dan tidak kerana suasana kelas yang agak bising, saya tenang., saya tulis nota pada Sitti Fatimah sebelah di belakang saya berbunyi "maksu saya sudah meninggal'. Kemudian sekali lagi saya mengesahkan berita itu dengan abang saya di Labuan, Hafez.

Maka benarlah kalam suci Allah, sesuatu yang dijanjikan buat hambaNya.

Semua yang ada di muka bumi ini akan fana.” (QS. Ar-Rahman: 36)

“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami kematian.”(QS. Ali ‘Imran: 185)

“Sesungguhnya engkau—wahai Rasul—akan mati. Dan sesungguhnya mereka pun akan mati.” (QS. Az-Zumar: 30)

“Dan kami tidak menjadikan orang-orang yang sebelum kamu itu hidup kekal. Apakah jika kamu mati mereka itu hidup kekal?” (QS. Al-Anbiya’: 34)

Selesai kelas, saya balik ke kolej, solat isyak dan membuat persiapan. Saya bertanya pendapat ayah dan pakngah, adakah saya perlu pulang. Ayah kata tak perlu, pakngah kata terpulang pada saya.

Saya mahu pulang, saya mahu bertemu dengan tok, insan yang terlalu dekat dengan maksu. Saya ke lapangan terbang ditemani 3 rakan. Saya serahkan pada takdir sama ada dapat pulang atau tidak. Ada penerbangan Airasia jam 7 pagi terus ke Penang dan 6.05 pagi ke Kuala Lumpur. Pejabat juga tutup. Kaunter penjualan tiket tutup dan dibuka jam 8 pagi esoknya. Saya cuba secara online, pembelian hanya dapat dibuat dalam masa 48 jam sebelum penerbangan. Maka saya redha, saya doakan dari jauh. Semoga Allah tempatkan arwah maksu di kalangan orang yang soleh dan semoga Allah kurniakan ketenangan dan kesabaran buat tok saya.

4 Januari 2009, hari terakhir saya bertemu cuya sebelum kembali ke Kota Kinabalu. Cuya baring di katil, leka dengan majalah dan bukunya semasa lambaian terakhir saya. Saya ucapkan selamat tinggal untuk tok yang menjaga cuya. Saya salam dan cium tangan tok. Saya peluk tok. Air mata kami tumpah. Saya beri nasihat kepada tok, tok senyum dan berkata;

"Amal, esok musafir balik Sabah. Sentiasa doakan cuya selamat..."

InsyaAllah, itu pasti saya lakukan. Darah cuya dan tok adalah darah yang mengalir dalam tubuh saya. Saya melangkah berat meninggalkan tok dan cuya di Hospital Kepala Batas. penuh pengharapan terhadap al-Khaliq. Tok, tabahnya dia.

Maksu saya (kami panggil cuya) mengalami mental retardation semenjak lahir. Kelihatan seperti normal, tidak tahu bercakap dan mengurus diri. Disebabkan hanya berkomunikasi melalui bahasa isyarat, ia menyukarkan proses interaksi dan bekerjasama dengan doktor. Arwah maksu saya didiagnos mengalami jangkitan pada urinary tract sejak 2006, seterusnya menyebabkan beberapa komplikasi lain. 33 tahun tok menjaga dengan penuh kasih sayang, seingat saya tok takkan pernah berenggang dengan maksu. Segalanya tok yang uruskan, makan, pakai, tidur, sakit demam, semuanya dan ia takkan sama bila kami menjaganya. Layanan tok tetap 1st class buat anaknya meskipun insan kurang upaya.

Pemergiannya pasti dirasai. Semoga cuya tenang dalam pemeliharaan Allah.

Al-fatihah.

*kredit foto daripada abang saya. foto semasa eidul adha 1929H dan perhimpunan keluarga 2008

6 comments:

  1. benar kata abi, kehadiran dia adalah peluang untuk org lain buat pahala

    ReplyDelete
  2. ia benar2 tarbiyyah kepada kami the Yaa'cob's (my family). syukran alal qiraah ila irsha wa intan.

    ReplyDelete
  3. hidup dan mati di tangan tuhan.. dan mati itu sememangnya pasti.. jadi teruslah bermuhasabah diri.. agar diri kita sentiasa dirahmati Ilahi.. bersabarlah selagi Iman di hati... Al-fatihah untuk yang sudah pergi..

    ReplyDelete
  4. nisa n baby terima kasih membaca. kirim salam mak lang n paklang. Jom jadi CCY yang soleh solehah. Kuntum khaira ummah ukhrijat linnas

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..