Wednesday 7 January 2009

Aku curi masuk

Hari ini pergi ke kelas Prof. Dr Vincent Pang, kelas Penilaian Dalam Pendidikan. Kelas ini akan mengajar kami membuat soalan ujian, memeriksa dan memberi markah, kemudian membuat analisis pencapaian. Suasana kelas sesak, hampir keseluruhan pelajar pendidikan tahun akhir mengisi kelas.



Kemudian, cepat-cepat berlari menuju pejabat, kena daftar manual untuk subjek ini walaupun telah daftar secara online. Kemudian lari lagi mencari pensyarah subjek Multimedia. Oh tidak kesampaian. Tidak sempat aku daftar lab, semunya penuh!



Aku ke Pusat Bahasa menghantar buah tangan, lalu memecut motosikal ke perpustakaan. Membuat semakan nota daripada pensyarah, kemudian memuat turun, malang tiada 'thumb drive' pula. Hishhhh.



Cepat bertemu sahabatku Ainil setelah lama tidak berjumpa. Oh tidak, Anis juga ada. Kami berpelukan dan bersalaman dan berlucuan. Lama benar terpisah dengan golongan Biotech ini. Mereka kembali ke UMS bagi meneruskan pengajian di peringkat sarjana. Tahniah.



Sesi taklimat Research Merhodology bermula, AKU CURI MASUK menyertai Ainil di auditorium perpustakaan. Taklimat di sampaikan oleh P.M Dr. Abdul Hamid, selalu aku panggil dia 'cikmid'. Penerangan menarik sekali pasal 'literure review'.



Sesi petang ialah Experimental Design daripada mantan pensyarah aku yang pernah ajar Genetik, Mikrobiologi dan Zoologi. Aku difahamkan oleh cikmid dia sangat handal dalam bidang statistik dan parasitologi.



Ohhhhh, aku tidak dapat mencuri masuk lagi. Ada kuliah Educational Management yang wajib aku hadir. Kelas dikendalikan oleh Dr.Ling yang begitu 'motherly'.



Hujan turun lebat, moto dan helmet basah, mujur satu saja helmet yang basah teruk, lagi satu selamat. Habis kelas aku berlari ke pejabat lagi mendaftarkan kursus PJK, ia kuliah, kalau macam di sekolah dulu, PJK mesti sangat best!



Beberapa rakan memaklumkan borang 'posting' dah keluar. Malangnya kerani belum mahu bagi. Dia kata esok pagi. Negeri mana aku nak kerja?? Aduh, aku tidak suka kerana perlu membuat pilihan.



Aku redah hujan, menaiki moto pada kelajuan sederhana. Basah kuyup. Sampai bilik aku pengsan sekejap.



Aku puasa, wahtu hampir tiba. Sungguh, aku lupa menyebabkan lambat aku beli makanan, lambat 'bersungkai' kerana ramai pula di kaunter pembayaran. Waktu solat di Sabah 1 jam lebih awal dengan waktu di Penang.



Malam, aku belajar ilmu baru. Adik aku bertanya penjodoh bilangan bagi cendawan. Setangkai? Sekuntum? Sebatang? Aku 'google', jawapannya ialah sekaki cendawan.



Esok aku mahu curi masuk dan mendengar taklimat pascasiswazah lagi. Haruskah aku. Tajuk esok pasal Statistik dalam penyelidikan. Haruskah aku curi masuk lagi?

amalharun
88999 Kota Kinabalu

6 comments:

  1. curi masuk..itu antara yang hang penah buat masa matrik apabila hang menyertai kuliah Kimia Pn Nor..hehe..kalau PJK masa Irshad, kita bersenam bukan kat padang..tapi, berlari-lari sebab dikejar cikgu sabri disebabkan kita tak pakai baju sukan..hihi

    ReplyDelete
  2. amal, ptg ni last...ptg ni taklimat pasal academis proposal n presentation....hehe

    ReplyDelete
  3. rupanya kau masih ingat ya intan, aku sangat suka style dan pengajaran mak cekyam itu.dari tingkatan 4 lagi dia dok ajar aku, cekyam, farah dan pikah.

    Kimianya sunguh mantap!

    Aku nak mencontohi Pn. Nor, seorang murabbi dan ibu, tip top kimia dan tahniah kepada cekyam aka Maryam!

    ReplyDelete
  4. oh tidak dapat ainil, amal ada kelas. sayangnya. Kalau ada program breifing mcm ni kat mana2 esp usm, hehee teringin lg nak curi masuk..doakan untuk pasca amal yang entah bila dan sukses InsyaALLAH untuk ainil!!! wachaaaa!

    Save palestine, save our aqidah!

    ReplyDelete
  5. oh..sekaki cendawan ke?
    aku baru tahu..thanks 4 the information..

    ReplyDelete
  6. ahaks kau pun baru tau. dah dua kali blajar bm kan, masa sekolah n ooooniversiti, takkan la penjodoh bilangan cendawan pon tak tau (aku pun tak tau, sbb tu google)

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..