Monday 8 August 2011

Catatan Ramadhan 4: Matanya Mataku

Hari ini hari terakhir menjaga peperiksaan, kertas terakhir bagi calon jurusan perakaunan. Saya seperti biasa, mengawasi pergerakan calon ketika menjawab. Tempoh 1 jam setiap ujian tidak terasa, tetapi Ramadhan ini, mundar-mandir, agak terasa letihnya.

Ketika bosan berjalan, saya berhenti di satu tempat. Calon-calon leka menjawab, ada yang mengerut dahi, bermain pen, dan tiba-tiba seorang calon perempuan memandang saya. 10 meter bertentangan arah saya berdiri. Dia senyum kepada saya.

Saya agak lambat membalas senyumannya. Memanglah, tidak termasuk dalam perlakuan seorang pengawas perlu membalas senyuman calon, tetapi dari sedut kemanusiaan, seorang pelajar hanya melemparkan senyuman. Senyum itu kan sedekah?

Kenapakah tindakan refleks saya membalas senyuman itu lambat, sehingga pelajar tersebut tunduk dan kembali menjawab. Saya tidak pasti, kepada siapa beliau senyum, kerana matanya tidak memandang saya, saya tidak dapat membaca kerana matanya mengarah lain, tetapi muka seperti memandang saya.

Dia juling, menyesal pula saya tidak senyum. Syukurlah, dulu saya kata mata saya tidak cantik, tetapi jauh leih mensyukuri kerana mata saya normal. Bagi pelajar tersebut, dia juga bersyukur kerana masih punya mata yang mampu melihat dan elajar normal.

Malam berikutnya, sya berteraweh di kolej, dan saya nampak pelajar tersebut, saya terlebih dahulu senyum kepadanya heheeee.

Jangan sekali mendustakan nikmat Tuhan, gunalah sebaiknya.

Amal Harun
Kelapa Batas

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..