Wednesday 3 August 2011

Catatan Ramadhan 3: Ayam Paprik

Saya mempunyai tahap kemalasan extra dan merasakan banyak masa dibuang ketika saya memasak. Itulah punca utama kemalasan selain malas mengupas bawang. Demi makanan yang bersih dan berkhasiat, saya gagahkan memasak, tambahan kegagalan memakan nasi ketika sahur. Jadi hanya waktu berbuka dapat menjamah nasi. Sangat terkenal di kalangan ahli rumah, menu 'all in one', kerana sekali masak dapat makan sumber protein dan juga fiber dari sayur-sayuran. Senang kan?

Ayam Paprik
Bahan potong kecil

300 gm isi ayam ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar

Bahan sos
2 s/b kicap pekat
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai ketuk
3 biji limau kasturi [ambil jus]
5 biji ciliapi [ketukkan]
3 ulas bawang putih [ketukkan]
1/2 cawan air
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
5. Bila mendideh masukkan jdaun limau purut dan kacau.
6. Masukkan jus limau dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih atau mee/bihun yg telah dicelurkan.

Amal Harun
Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..