Friday 26 August 2011

Catatan Ramadhan 23: Tembikai Susu


Saya memecut laju menuju lampu trafik yang tengah hijau, tetapi sayangnya kembali merah. Sempat melewati sebuah gerai menjual tembikai susu. Dihadapannya, ada sebuah van milik Pos Malaysia. Kelihatan seorang lelaki beruniform Pos Malaysia sedang memilih buah tersebut. Tiba-tiba, buah yang terpamer di atas meja, tergelincir dari longgokan buah yang lain. Ia jatuh dari meja dan bergoleh menuju ke jalan raya. Mjurlah tidak sampai ke tengah jalan kerana jika sampai ke tengah, kebetulan saya melalui dan bakal dilenyek oleh tayar kereta.

Tembikai susu tersebut diambil, dan lelaki Pos Malaysia tersebut membayar buah yang jatuh itu tanpa memilih yang lain. Sikap apakah yang ditunjukkannya. Sudah tentu atas rasa tanggungjawabnya ketika menjatuhkan tembikai susu tersebut.

Penjual pula, tak akan sanggup menjual tembikai susu yang jatuh kepada pelanggan lain. Mungkin tembikai susu tersebut lebam dan mudah menjadi buruk jika dibarkan. Atas rasa tanggungjawab inilah, lelaki Pos Malaysia tersebut terus membayar, biarpun tembikai susu yang dibelinya jatuh ketika dia memilih tembikai susu yang lain.

Begitulah Ramadhan mengajar kita, kecil tetapi signifikan. Ramadhankan harimu.

Amal Harun

Kepala Batas

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..