Saturday 13 August 2011

Catatan Ramadhan 12: Kitab Cikgu

inilah buku sejak tahun pertama di universiti sampai zaman kerja.


Paling penat, baru sampai 2 jam di pejabat setibanya dari lapangan terbang, saya menerima surat panggilan mesyuarat. Tugasan khas selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran memang menyesakkan dan menghilangkan fokus. Kegagalan saya mengurus tugas-tugas khas dengan baik menyebabkan saya gagal memberi khidmat terbaik mengajar pelajar saya.

Ketika mahu mencetak iklan program ihya'ramadhan, saya diserbu seorang demi seorang pelajar, kumpulan demi kumpulan. Adakalanya soalan yang diajukan, gagal untuk saya jawab atas alasan saya sudah lupa, topik tersebut merupakan kebencian saya dan saya tidak sempat membuat ulangkaji!

Akibatnya salah teknik, ia sangat bahaya!!! Pelajar akan faham dan ingat apa yang diajar untuk kali pertama, tetapi jika kita mahu betulkan konsepnya, ia memang sukar dan dia tetap berpegang kepada yang pertama.

Saya cemas, tertekan dengan kesilapan yang dibuat, saya cari pelajar tersebut.

"Samantha, i teach you wrongly" saya cemas dan bersalah. Kesilapan itu terlalu kecil, tetapi konsep yang dipegang sangat besar jika salah.

"What miss? ya okay, teach me, teach me" dia pula lebih cemas.

Lega, hujung minggu ialah masa menelaah kitab Kimia. Jangan ulang kesilapan!


No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..