Kami menyambut Syawal penuh kesederhanaan di rumah tok. Keluarga pakngah dan maknjang balik. Tarbiyyah ramadhan harus diteruskan ke hari seterusnya, inilah hari pertama diuji, parameter pentarbiyyahan ramadhan.
mereka mencalonkan dirimu untuk suatu perkara, seandainya kau memahaminya, maka jagalah dirimu dari hal-hal yang hina...hassan al-banna
Tuesday, 30 August 2011
Raya 2011; Pasca Ramadhan
Kami menyambut Syawal penuh kesederhanaan di rumah tok. Keluarga pakngah dan maknjang balik. Tarbiyyah ramadhan harus diteruskan ke hari seterusnya, inilah hari pertama diuji, parameter pentarbiyyahan ramadhan.
Friday, 26 August 2011
Catatan Ramadhan 23: Tembikai Susu
Saya memecut laju menuju lampu trafik yang tengah hijau, tetapi sayangnya kembali merah. Sempat melewati sebuah gerai menjual tembikai susu. Dihadapannya, ada sebuah van milik Pos Malaysia. Kelihatan seorang lelaki beruniform Pos Malaysia sedang memilih buah tersebut. Tiba-tiba, buah yang terpamer di atas meja, tergelincir dari longgokan buah yang lain. Ia jatuh dari meja dan bergoleh menuju ke jalan raya. Mjurlah tidak sampai ke tengah jalan kerana jika sampai ke tengah, kebetulan saya melalui dan bakal dilenyek oleh tayar kereta.
Tembikai susu tersebut diambil, dan lelaki Pos Malaysia tersebut membayar buah yang jatuh itu tanpa memilih yang lain. Sikap apakah yang ditunjukkannya. Sudah tentu atas rasa tanggungjawabnya ketika menjatuhkan tembikai susu tersebut.
Penjual pula, tak akan sanggup menjual tembikai susu yang jatuh kepada pelanggan lain. Mungkin tembikai susu tersebut lebam dan mudah menjadi buruk jika dibarkan. Atas rasa tanggungjawab inilah, lelaki Pos Malaysia tersebut terus membayar, biarpun tembikai susu yang dibelinya jatuh ketika dia memilih tembikai susu yang lain.
Begitulah Ramadhan mengajar kita, kecil tetapi signifikan. Ramadhankan harimu.
Amal Harun
Kepala BatasCatatan Ramadhan 22: Harga Diri
Perjalanan dari Masjid PERDA menuju ke Sunway Carnival sesak. Trafik bergerak perlahan di semua arah. Inilah waktu kemuncak manusia kembali dari bekerja. Saya dan baby di dalam kereta mahu mengambil adik saya di Sunway. Saya buka radio IKIM. Rancangan Mukmin professional bersama Ustaz Pahrol.
Manusia tidak perlu bimbang jika tidak disayangi, tetapi bimbanglah jika tidak menyayangi. Ini perkara biasa yang sering ditemui dalam setiap peringkat kehidupan, sama ada dalam kalangan keluarga, rakan-rakan hatta dalam sebuah organisasi profesional sekalipun. Mudah menyayangi petanda seseorang memiliki harga diri yang tinggi.
Harga diri bukanlah ego. Harga diri adalah kebolehan menghargai diri, menganalisa dan mensyukuri. Gabungan 3 elemen ini penting agar kita sedar signifikasi penciptaan diri di alam ini. Contohnya, seorang wanita yang belum menikah, sering ditanya masyarakat atau keluarga di sekelilingnya; “bilakah kamu mahu menikah?” atau pertanyaan berbunyi “taknak kawin lagi ke?”
Berdasarkan situasi di atas, seseorang yang tidak menghargai diri akan sering menyalahkan persekitarannya, orang lain termasuk dirinya. “jangan sibuk tanya hal orang boleh tak? Suka hati la nak kawin ke tidak” sedikit membentak. Lantaran itu, ada yang mula merendah diri, mengatakan “ah, aku tidak cantik, siapalah mahukan aku”. Persepsi negatif seperti ini meruntuhkan harga diri seseorang sedikit demi sedikit.
Mengapa perlu sedar harga diri? Kerana dengan menghargai diri, baru kau sedar nikmat mensyukuri.
Lalu bagaimanakah seseorang tinggi harga dirinya jika yang ditanyakan soalan yang sama? Begini, lihatlah dengan perspektif yang luas lagi positif. Allah itu Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi, sehingga isi hati manusia sendiri. Manusia itu diciptakan dengan fitrah mahu berpasangan. Fikir sahaja, bahawa Allah telah menetapkan jodoh terbaik buatmu. Yakinlah bahawa masanya pasti tiba. Allah sengaja memberi waktu agar kau dapat memperbaiki diri, mempersiapkan diri menjadi isteri tinggi pekerti.
Lihat saja, berapa ramai manusia menyesali pernikahannya. Biar lambat asalkan tidak silap. Berdoalah dikurniakan seseorang yang betul. Berdoa itu tiket kejayaan seorang mukmin,tanda ketauhidan dan keimanan hamba kepada pencipta, berdoalah kerana tuhan itu hampir dengan urat nadi. Positiflah bahawa kita diberi masa memperbaiki diri dengan akhlak murni, berusaha hari demi hari. Kerana kita sering berpegang bahawa usaha itulah yang bakal dinilai esok hari bukan hasil akhir yang dihakimi.
Proses mempositifkan diri di atas sudah meliputi nilai menghargai diri, menganalisa diri dan mensyukuri nikmat yang diberi. Jangan gusar.
Mukmin profesional jelas dengan hala tujunya, Allah. Lalu, hargailah diri dengan bertakwa kepada Allah, memperbaiki akhlak sesama manusia dan itqan, yakni berintegriti, tekun dalam melaksanakan tugas.
Ayuh, mentransformasi diri menjadi mukmin profesional bermuala dengan Ramadhan.
Catatan Ramadhan 21: Solat Malam
Siapakah yang lebih baik menjadi guru bagi seorang anak? Sudah tentu ibu bapanya. Lebih spesifik, ibunya. Entri kali ini ditulis, dikhususkan kepada emak saya. Signifikan kehadiran seorang ibu kepada seorang anak, mengajar benda yang mudah dan kecil tetapi implikasinya panjang dan besar.
Bagaimana emak saya mendidik kami berterawih?
Semasa di Kuala Penyu, ayah saya menjadi imam Masjid Kuala Penyu. Emak akan ikut serta ke masjid. Tahun pertama berterawih di sana agak pelik, tidak, ia tersangat pelik. Tidak ada wanita yang bersolat fardhu di masjid, apatah lagi solat sunat. Apabila kami ke sana, hampir seminggu kepelikan itu terjadi. Tetapi pada malam seterusnya, seoarang demi seorang datang menyertai dan pada tahun berikutnya mulai ramai dan meriah. Ia fenomena biasa kerana Kuala Penyu ketika itusangat jauh dari bandar, hanya pekan kecil, jauh dari pembangunan dan amat sedikit kesedaran agama Islam.
Namun, barakah Ramadhan, semakin lama, tahun berganti tahun Masjid Kuala Penyu kian meriah dengan para muslimat dan anak-anak muda. Ia hanya berdasarkan pengamatan kasar saya ketika berusia 8 tahun sehingga saya tingkatan 1 kemudian kembali mengamati kemeriahan masjid tersebut pada tahun 2008, latihan mengajar.
Ketika solat sebelah emak, hati hanya teringat pada rakan-rakan yang riang bermain di luar masjid.
"mak, berapa lagi mak?" setiap selesai solat saya tanya.
"jangan menjadi orang rugi, ramadhan datang sekali" itu pesanan ketika kecil.
Betul, mencorakkan minda anak-anak, mulalah dari kecil, biar ada paradigma yang jelas terhadap konsep ibadah dan ramadhan.
“Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak” (Riwayat Muslim)
Didiklah anak-anak.
Amal Harun
Monday, 15 August 2011
Catatan Ramadhan 15: Kerana Dia as-Sami'
Saya amat terkesan dengan artikel yang dibaca dari Minda Tajdid. Sangat mentajdid. Salah satunya...
Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin.
Saturday, 13 August 2011
Catatan Ramadhan 14: Sham Kamikaze
Solat isyak dan tarawih malam ini di Dataran Kawad KML. Saya dan Aliaa hadir sama. Suasana yang sungguh tenang, indah dan 'cool'.
Catatan Ramadhan 13: Masak Lemak Cili Api Udang Galah
Sibuk dan tidak sempat mencari resepi untuk udang galah tersebut, saya pon mengambil keputusan untuk menyediakan masak lemak cili api. Itu saja paling mudah, cepat dan ringkas. Hasilnya menjadi, dan abang saya pun hantar kepada jirannya.
Catatan Ramadhan 12: Kitab Cikgu
Paling penat, baru sampai 2 jam di pejabat setibanya dari lapangan terbang, saya menerima surat panggilan mesyuarat. Tugasan khas selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran memang menyesakkan dan menghilangkan fokus. Kegagalan saya mengurus tugas-tugas khas dengan baik menyebabkan saya gagal memberi khidmat terbaik mengajar pelajar saya.
Ketika mahu mencetak iklan program ihya'ramadhan, saya diserbu seorang demi seorang pelajar, kumpulan demi kumpulan. Adakalanya soalan yang diajukan, gagal untuk saya jawab atas alasan saya sudah lupa, topik tersebut merupakan kebencian saya dan saya tidak sempat membuat ulangkaji!
Saya cemas, tertekan dengan kesilapan yang dibuat, saya cari pelajar tersebut.
"What miss? ya okay, teach me, teach me" dia pula lebih cemas.
Tuesday, 9 August 2011
Catatan Ramadhan 7: Baju raya
Tahun ini merupakan tahun kedua berpuasa dan berkerjaya. Kesempatan cuti diambil mahu belanja mak, ayah dan adik-adik. Mak kata cari awal-awal baju raya, senang, nanti tak perlu sibuk dan sesak di jalan raya waktu menjelang syawal. Bahkan menjelang Syawal adalah pengakhiran Ramadhan, amalannya harus berganda-ganda.
Catatan Ramadhan 6: Jauhku untuk Mendekat
Ke Bazaar Ramadhan Seberang Jaya, banyak gerai, banyak orang dan banyak juga peminta sedekah, bukan orang tempatan. Cuaca panas sangat.
Menuju ke rumah Intan, sempat bertemu dengan emak dan abahnya. Lebih kurang akrab seperti keluarga sendiri.
Bergerak ke rumah tok.Menunggu berbuka puasa, dan hari ini berpuasa 1 jam extra. Sahur di Lauan, berbuka di Kepala Batas. Berbuka dengan mak, ayah, tok, cikyam, baby, adik dan paling istimewa Intan.
Letih permusafiran yang agak panjang, tak mampu mengahabiskan solat, minimum 8, kami balik. Syukur, selamat balik ke rumah.
Monday, 8 August 2011
Catatan Ramadhan 4: Matanya Mataku
Ketika bosan berjalan, saya berhenti di satu tempat. Calon-calon leka menjawab, ada yang mengerut dahi, bermain pen, dan tiba-tiba seorang calon perempuan memandang saya. 10 meter bertentangan arah saya berdiri. Dia senyum kepada saya.
Saya agak lambat membalas senyumannya. Memanglah, tidak termasuk dalam perlakuan seorang pengawas perlu membalas senyuman calon, tetapi dari sedut kemanusiaan, seorang pelajar hanya melemparkan senyuman. Senyum itu kan sedekah?
Kenapakah tindakan refleks saya membalas senyuman itu lambat, sehingga pelajar tersebut tunduk dan kembali menjawab. Saya tidak pasti, kepada siapa beliau senyum, kerana matanya tidak memandang saya, saya tidak dapat membaca kerana matanya mengarah lain, tetapi muka seperti memandang saya.
Dia juling, menyesal pula saya tidak senyum. Syukurlah, dulu saya kata mata saya tidak cantik, tetapi jauh leih mensyukuri kerana mata saya normal. Bagi pelajar tersebut, dia juga bersyukur kerana masih punya mata yang mampu melihat dan elajar normal.
Malam berikutnya, sya berteraweh di kolej, dan saya nampak pelajar tersebut, saya terlebih dahulu senyum kepadanya heheeee.
Jangan sekali mendustakan nikmat Tuhan, gunalah sebaiknya.
Amal Harun
Kelapa Batas
Catatan Ramadhan 4: Ar Rahim
Ramadhan tahun lalu, 2010, sangat terakhir kami berpelukan ketika malam 27, esoknya saya mahu balik ke Penang melalui Kota Kinabalu, dia memeluk erat, mengucap kata selamat dan mendoakan saya. Saya kaget dengan setiap pelakuannya.
Imam melaungkan iqamah untuk solat isyak, "Amal, datang ke sini". Ya, itulah suara beliau yang kembali menyapa saya. Kenapa saya tidak menegur beliau terlebih dahulu? Ah, malu.
Terpampang ruang kosong di hadapan saya dan terus melangkah ke depan memenuhi saf, berdiri di sebelah beliau, lebih dahulu bertanyakan khabar saya, dan seperti biasa memeluk saya. Ibu tua yang terlalu menganggap saya anaknya. Saya tidak dapat membayangkan, malam yang sebelumnya saya sentiasa mencari-cari, tetapi tiada kelibatnya. Kini saya sudah di sebelahnya.
Selesai solat isyak dan selesai doa, dia pantas ber[aling ke arah saya dan berkata "apa khabar sayang? Lama tidak jumpa"
"Alhamdulillah, makcik sihat?" saya membalas dalam keadaan masih terkesima.
Hampir keseluruhan isi tazkirah tidak dapat saya dengar kerana menjawab pertanyaan bertalu-talu makcik Zaiton. Juga tidak henti-henti dia menasihatkan saya itu ini. Setelah Ramadhan tahun lalu, makcik Zaiton ada menghubungi saya ketika saya bermain squasy. Dia meminta pendapat tentang pendidikan anak lelakinya, yang kebetulan, katanya nama saya dan nama anak lelakinya hampir sama, dan kebetulan lagi katanya, muka saya dan anak perempuannya sama. Walhal, dia baru memperkenalkan dengan anak perempuan di sebelahnya yang kini sedang menuntut di universiti, muka kami tidak sama pon!
Saya terfikir, saat saya merindukan emak di rumah, dia ada di sisi menasihati tanpa henti. Beginikah sifat kasih sayang Allah, yang telah dipinjamkan melalui para ibu di dunia. Mulianya para wanita bergelar ibu, merekalah kesayangan dan keagunganpara anak. Beruntunglah yang bergelar ibu.
Renung kembali, apakah yang dilakukan ibu kita saat ini? (emak saya bersolat, dia mendapat cuti hari ini, kebetulan saya juga bercuti di Penang). Dan kepada mereka yang ibunya telah pergi, mereka akan sentiasa beruntung, kerana doa anak-anak yang soleh mengiringi walau tiada jasad di sisi.
Salam kasih sayang, Ramadhan yang membahagiakan.
Amal Harun
Kepala Batas
Wednesday, 3 August 2011
Catatan Ramadhan 3: Ayam Paprik
Ayam Paprik
Bahan potong kecil
300 gm isi ayam ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar
Bahan sos
2 s/b kicap pekat
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai ketuk
3 biji limau kasturi [ambil jus]
5 biji ciliapi [ketukkan]
3 ulas bawang putih [ketukkan]
1/2 cawan air
minyak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
5. Bila mendideh masukkan jdaun limau purut dan kacau.
6. Masukkan jus limau dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih atau mee/bihun yg telah dicelurkan.
Amal Harun
Labuan
Tuesday, 2 August 2011
Catatan Ramadhan 2: Penat
Saya sudah membasuh kereta, Hampir sebulan tidak sempat basuh. Kalau kereta kotor sudah gelisah, hati kotor, gelisah tak? Aduh, refleksi diri huhuuu
Saya bersyukur lagi, kerana melihat 2 orang pekerja Car Wash. Jika saya di tempat mereka, mampukah saya, mencuci kereta hampir sejam, bayaran yang sedikit dan berpuasa di tenah panas. Tidakkkkk.
Tadarus bersama pelajar surah naba' yang sangat menyentap hati, gambaran syurga neraka dan hari kiamat.
Ramadhan Kareem
Amal Harun
Labuan
Monday, 1 August 2011
Catatan Ramadhan 1: Kasihnya Allah
Ketika mengangkat takbir rakaat pertama tarawih, jatuh air mata. Tanpa disangka, tiba di Ramadhan yang baru. Kasihnya Allah, masih memberikan kesempatan bertemu di tahun ini. Debar menantikan detiknya Ramadhan, seolah jangan tiba lagi, saya masih belum bersedia, kerana saya tidak mahu rugi lagi.
Maha Suci Allah yang menjadikan pelbagai sudut tarbiyyah kepada manusia, pelbagai sisi hidup sebagai tanda kasihnya pada hamba. Saya memohon ampun, seandainya apa yang bakal dikongsi seterusnya menyumbang rasa kurang selesa, mudah-mudahan jauh dari prasangka. Mohon dijauhkan sifat riak, ujub atau sum'ah, biar Allah menilai, namun izinkan ia menjadi bahan kongsi, dengan harapan buat muhasabah diri.
Hari ini saya diasak bertubi-tubi soalan, kerana esoknya peperiksaan Kimia. Ada seorang pelajar masih setia belajar Kimia, sedang pelajar lain datang dan pergi. Terasa bosan, saya bertanya perihal Ramadhan pertama di kolej. Adakah mereka menyertai program tadarus dan lain-lain.
"Miss, saya mahu ikut tetapi tidak tahu, lambat saya baca, saya takut salah" sedih sekali nada suara.
Saya katakan bahawa tadarus itu belajar, bukan hanya baca. Jadikan Ramadhan ini 'turning point' kita mencintai dan mempelajari Quran.
Saya tidak menyangka, nasihat pendek itu membawa kami bertemu dalam Quranic Circle.
"Biar saya ajarkan, saya tidak arif, tetapi, kita sama-sama belajar"
"Tapi kami sepatah sepatah baca, bagaimana, lambat dan terlalu lambat" dia menegaskan.
Setelah asar, kami bertemu seperti yang dijanjikan.
"ini bulan Ramadhan, ia istimewa, bulan kehebatan ummat Islam, bulan diturunkan al-Quran, bulan memohon ampunan tuhan"
"mari kita mulakan"
Seorang membaca 5 ayat, dan seorang lagi saya minta beliau menyemak. Bacaan yang ok dan harus banyak latihan. Kemudian saya suruh seorang lagi sambung.........hati saya mula berdebar, bacaan yang sungguh merangkak. Maafkan saya.
Akhir sekali saya bertanya latar belakangnya.
"Saya belajar separuh-separuh dan ini kali pertama membaca quran di sini. Saya mahu belajar, tetapi tidak pernah ada peluang...."basah pipinya.
Maafkan saya, saya terharu dengan ketulusan hatinya. Saya minta dia baca terjemahan ayat. Kali ini, saya sendiri sebak. Saya minta beliau membaca terjemahan ayat 3;110.
"Ayat ini Allah tujukan kepada kita. Esok kita belajar lagi. Kita berhenti di sini"
Amal Harun
Labuan