Friday 19 December 2008

Sekitar Majlis Resepsi Ap & Husna

Agak lambat mengeluarkan entri ini. Tetapi masih belum terlambat mengucapkan selamat pengantin baru kepada Asyraf dan Safrina serta Husna dan Dzulkarnaen. Tahniah kepada Makcik Aisyah dan Pakcik Din kerana menyambut dua menantu. Baarakallahulakum.
Kedua-dua mempelai adalah second cousin aku, kiranya mak aku sepupu Makcik Aisyah. Arwah tok (nenek) Husna adalah adik kepada almarhum tokwan aku. Jadi majlis ni menemukan sepupu-sepupu mak aku merangkap cucu-cicit almarhum Haji Abdullah yang aku sendiri tidak pernah kenal atau jumpa.
Sisipan gambar buat kenangan semasa di Bukit Kiara.








Dari kiri baris belakang: Maknjang, Paknjang, Pakngah, Hafez, Amal, Khairunnisa', Maklang, Paklang. Barisan depan: Nukman, Ammar, Yasmin, Raudhoh, Luqman, Mak dan Makngah.



Rombongan kami dari Shah Alam ini membawa kepada sebuah pertemuan berikutnya yang menjanjikan sakinah, mawaddah dan rahmah. Bakal bersambung di catatanku dari Kepala Batas.
amalharun
Shah Alam.

2 comments:

  1. wow!! nampk mcm klarga dtk datn 2..

    ReplyDelete
  2. itu nilaian mata, yang penting silaturrahim antara ahli keluarga. semoga insan yang disatukan dalam keluarga itu adalah atas dasar iman dan taqwa. InsyaAllah.

    anonymous, terima kasih komen itu. entri ini adalah apresiasi kepada yang hadir.

    hancurkan isreael. anti amerika dan israel

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..