"Cikgu, apa guna belajar benda ni cikgu? Bosan la."
"Bukan setakat bosan, tak berguna pulak tu, tiada kaitan dengan hidup aku"
Ini adalah rungutan sebilangan kecil pelajar tingkatan 4 kepada seorang rakanku, Athirah semasa kami menjalani latihan mengajar. Kelas ini menempatkan pelajar yang mengambil aliran vokasional. Jadi Athirah ditugaskan mengajar subjek Matematik, dan kebetulan tajuk Probability.
Macam-macam dibawa ke kelas untuk menarik perhatian pelajar supaya belajar. Malangnya segelintir sahaja mempunyai gaya mahu belajar, yang lain tidur, ponteng kelas iaitu menyembunyikan diri di bawah tangga, lepak di dalam tandas dan belakang kantin. Perbuatan ini telah lama aku perhatikan.
Macam mana aku bisa menjejakki golongan istimewa ini? Jawapannya, aku gemar berjalan-jalan di sekitar sekolah kerana menyiapkan persediaan mengajar, mencari lokasi sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran selain bilik darjah. Ini penting supaya pelajarku tidak bosan. Jadi sempat juga aku 'skodeng' budak-budak ni.
Maka, dalam penjelajahan ini, aku sering terserempak dengan pelajar golongan istimewa ini, lalu aku tanyakan kepada Athirah hal pelajarnya. Kata Athirah, pelajarnya kerap menghilang ke bilik kaunseling atau bilik akses. Sah, golongan istimewa ini pandai berkata dusta! Athirah juga sudah biasa dengan kehilangan pelajar golongan istimewa ini, mungkin itu lebih bagus agar tidak menggangu pelajar lain yang mahu belajar. Kenapa aku katakan mereka istimewa? Kerana datang sekolah dengan beg tanpa isi dan banyak lagi keistimewaan mereka.
Jangan terkejut dengan senario ini di sekolah. Ia sangat berbeza dengan sekolah kita yang MRSM, SMKA, Sekolah Sains dan sebagainya. Kita hadir ke sekolah dengan semangat menuntut ilmu, tapi golongan istimewa ini hadir mungkin sekadar permintaan ibu bapa, trend apabila mencapai umur sekian mesti ke sekolah atau sekadar bersuka-suka. Aku pernah bertanya soalan ini, jelas pelajar sendiri tidak pasti kerana mereka sendiri mengaku langsung tiada minat belajar.
Minat belajar itu siapa yang pupuk? Pelajar, ibu bapa, sekolah atau guru? Belajar itu perlu minatkah? Macam mana nak buat supaya pelajar datang sekolah nak belajar? Aduhh, bagaimana mahu menjawab?
Kutanyakan hal ini kepada pensyarah, jawapannya berhenti menyalahkan pelajar. Guru yang banyak salahkan pelajar lupa bahawa dirinya turut menyumbang masalah kepada pelajar. Solusinya, golongan pendidik perlu cari alternatif umtuk manarikperhatian pelajar supaya belajar dan mengubah sikap mereka terhadap pembelajaran. Usah melepaskan batuk di tangga, datang sekolah, masuk kelas dan cukup bulan dapat gaji.
Rugilah golongan ini, hidupnya sebagai guru robot, melakukan rutin dan mengalami tekanan oleh pelajar dan pentadbiran. Berada di medan yang mulia ini adalah landasan terbaik memulakan tarbiyyah.
Berikut adalah video yang telah dilakonkan oleh warga Al-Irshad sendiri yang turut menjadi johan 'Video in Education'. Video ini aku kira sangat bagus untuk mencetuskan minat belajar khususnya untuk memulakan sesi pembelajaran matematik "SIMILAR TRIANGLE". Melalui cara ini, barulah pelajar dapat membuat korelasi antata isi pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Apapun kesulitan yang timbul pasti ada penyelesaiannya, tak percaya? Tengoklah dalam surah al-Insyirah.
apsal takde paragraph ha?? tak menarik layout main text...semoga ia teguran membina hohoo
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesetuju dgn kata2 cikgu!! hehe.
apa2 pun suka ngan video tu,mmg best.
hmm...blh than..
ReplyDeleteada lgi ckg yg semangat cam ni rpanya..
bgus2!!
Deana, thanks for the ziarah...
ReplyDeleteciknia..hehee banyak lagi guru yang sangat berusaha tahap maksima..semoga ia permulaan yang baik hehee insyaAllah