Sempena cuti sekolah, Eidul Adha dan pesta perkahwinan ramai balik kampung. Syabas orang Malaysia dan masyarakat muslim yang mengambil cuti dan musafir jauh-jauh semata-mata untuk mengukuhkan silaturrahim sesama manusia dan keluarga, khasnya yang balik menziarahi ibu bapa.
Nun jauh di sana kampung saudara sebelah ayah, cuti dan kepulangan seluruh ahli keluarga mereka membawa kepada pembahagian harta. Harta dibahagi mengikut sistem faraid. Apabila isu harta dibincangkan, hanya orang tertentu layak membicarakannya. Sebagai orang muda yang tak terlibat dalam penerimaan pusaka, eloklah tidak usah ikut campur. (pesanan ini untuk aku). Tapi telinga gatal untuk mendengar, teringin mengetahui. Tapi biarlah,bukan urusan. Rasullallah juga menganjurkan kita mempelajari ilmu faraid.
Sabda Rasulullah saw:Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku.- Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.
Sabda Rasulullah saw:Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka. - Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud.
Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
• Memakan harta anak yatim
• Memakan harta saudara-mara
• Memakan harta Baitulmal
Masa sekolah dulu, ada juga belajar sikit subjek Syariah Islamiah. Ia agak susah bagi aku yang tidak 'detail kerana faraid memerlukan pendetailan mantap!Bagi yang menerima pusaka atau wasiat atau waqaf, gunakan harta itu sebaiknya. Bukan senang nak dapat harta, aku bukan nak ajar sayang harta, tapi sekurang-kurangnya belajar menghargai keringat orang yang pergi meninggalkan kita. Golongan terdahulu bersusah payah untuk kemudahan generasi berikutnya. Teringat ucapan Pakngah aku ketika perhimpunan keluarga baru-baru ini,
"tanah yang kita duduk berkumpul ni adalah inisiatif nenek kita. tengok orang dulu-dulu fikir panjang". Moral: berpandangan jauh.
"Amal, nanti jangan jual tanah nenek kat orang, tapak rumah ni pun. Kalau nak jual, jual kat saudara kita, bukan orang luar" pesanan nenek kat aku masa tingkatan dua. Padahal nama aku memang tidak termasuk senarai pembahagian harta pun. Sekarang baru aku faham,harga kesusahan nenek nak dapatkan sebidang tanah.
Hampa aku melihat tanah keringat nenek dipindahmilik kepada individu bukan dari kalangan keluarga, malah bukan seakidah. Aku katakan ini kerana kasihan melihat orang dulu-dulu bersusah payah, tapi sekarang senang-senang pula menjualkan. Keringat itu tidak terbayar.
Terima kasih kepada generasi yang telah pergi meninggalkan kepada kami keperluan duniawi dan ukhrawi. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..