Wednesday 3 December 2008

Saya Cikgu Baru

Sampai sekarang, aku tidak tahu kenapa berada di bidang ini. Aku hanya mengikut kata emakku. Baik padanya, maka sudah tentu baik bagiku. Sebagai pelajar di tahun akhir, malah semester akhir, bukanlah masa lagi mengira mengapa di sini, minat atau tidak bukan lagi isu. Antara minat dan tanggungjawab, ia harus dipikul agar sedikit-sedikit melahirkan rasa ikhlas penuh ketakwaan.

Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal (mafhumnya sahaja), melakukan sesuatu dengan tanggungjawab tanpa rasa cinta akan menjadi suatu beban, maka aku menjustifikasi bahawa tanggungjawab aku di dalam dunia pendidikan perlu disulami rasa rasa cinta yang mendalam. Sekali lagi meminjam kata Ustaz Hasrizal "Erti Hidup Pada Memberi", dunia pendidikan adalah medan 'memberi' paling luas lagi afdhal. Mentarbiyah dan mengislah.*dalam usaha menambah kosa kata =).

Antara gementar dan kurang kesediaan, tempoh latihan mengajar 12 minggu dihadapi seakan sebentar cuma. Kenangan bersama rakan, guru senior, pihak pentadbiran, staf sokongan dan pelajar menjadi inspirasi supaya terus memberi, memberi yang terbaik sesuai dengan motto Pengakap 'Buat Sehabis Baik'. Aku juga belajar memperbaiki PR, public relation, agar tidak menjadi terlalu skema dan sentiasa formal. Ini penting apabila kita bekerja dengan manusia yang ada hati dan perasaan, bukan mesin atau robot. Semuanya kena 'digest'.

Sedikit perkongsian semasa menjalani latihan.

Paling utama semasa menjalani latihan mengajar, kesabaran. Entah dari mana
sabar itu datang, aku tidak pernah sesabar ini. Syukur, Allah mudahkan
segalanya. Mereka sungguh nakal dalam proses mencari dewasa!

Kadang-kala seronok mendenda pelajar, denda mestilah yang sesuai, mendatangkan kebaikan, bukan niat 100% menghukum. Yang penting memberi pengajaran. Eh, suka pula didenda.

Teacher is not the boss, but student's best friend is better. Teori ini aku reka
sendiri, tak pernah belajar pun. Sesekali 'gila-gila', pasti tak gila.

Sejuta penghargaan buat Puan Patricia sentiasa membantu persediaanku di makmal.
Kadang aku membantunya membuat 'dilution' dan pengiraan kimia, namun beliau
kerap menolongku segalanya seikhlas hati dan bersungguh-sungguh biarpun makmal
itu sederhana cuma.

Ini pertama kali mereka mengenal dan menggunakan 'pipette'. Pentingnya buat amali, bukan setakat mengejar silibus. 'Thumbs up' untuk anda tekun berusaha dengan kelengkapan yang seadanya.

Seronok mereka memakai baju makmal, walaupun panas! Inspirasi katanya. Aku ugut supaya pakai, kalau tak asid pekat yang terpercik akan menghodohkan kulit mereka yang halus itu. Unsur ugutan tidak keterlaluan digunakan...hehe adakah bersalahan dengan teori dan pedagogi pendidikan???

Wahai Allah, terangi jalan dan hati kami agar kami mudah menerima ilmu-Mu. Kurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kami.

Tanggungjawab sosial mesti dipenuhi. Ini rakan sepasukan. Kami turut menerima jemputan berbuka puasa di kalangan para guru senior, masyarakat tempatan dan paling terharu pelajar sendiri jemput kami. Jazakumullah.

Dan ketahuilah ini dunia baruku. Nasihati aku andai tersasar. Berusahalah yang terbaik, sesungguhnya Allah melihat usaha hamba-Nya, bukan hasil gagal atau jayanya.

amal harun

13200 kepala batas

7 comments:

  1. cikgu..macan ne r nak letak jam dalam blog.. tak reti..

    ReplyDelete
  2. huhuuu, cikgu taktau.cikgu tak pandai tekno sangat. nanti cikgu kna study dulu. kena ngaku klau tak tau hehee. kaifa masr?

    ReplyDelete
  3. gud morning cikgu!hehe
    smuga mnjadi pendidik yg berjaya
    (^_^)

    ReplyDelete
  4. syukran ainil...

    ReplyDelete
  5. huhu...bugus..xsia2 la mrid2 abis ni..
    sjuk prut mak bdak2 2 klu dgr ckg ank dorang cam ckg ni..
    bgus2!!

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum...amal mngajar kat mn ni?sabah ka?

    ReplyDelete
  7. aah sabah ba. my former school, very rural may be especially those from sungai dua n moscow. Since jalan serata alam, nayak kita dapat belajar. raihan balik nanti jadi la doctor kat jauh selain penang hehee

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..