Saturday 6 December 2008

Salju sakinah


Salju Sakinah novel tulisan Zaid Akhtar. Novel ini dipinjamkan oleh sahabatku Intan. Aku memerlukan 3 hari untuk menghabiskan pembacaan sebuah novel. Agak lama kerana aku kurang meminati novel dan telah menjadi penyakitku kalau membaca novel akan mengundang 'kemengantukan' seperti mengambil ubat batuk.

Eksperesi pertama melihat kulit novel ini, aku andaikan idea yang hendak dibawa oleh Zaid Akhtar adalah berat. Namun setelah membaca ia sama seperti novel cinta islami yang lain. Maaf kepada peminat novel ini, aku tidak pandai membuat ulasan buku. Aku cuba mencari tema utama ketika membaca mana-mana novel termasuk Salju Sakinah. Seperti novel lain, Salju Sakinah berkisarkan kehidupan mahasiswa, persahabatan, cinta dan hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh Sumayyah sebagai watak utama. Tidak ketinggalan hubungan anak murid dengan 'murabbi'nya.

Macam novel cinta islami yang lain, Salju Sakinah meng'high-light'kan adab berurusan dengan ajnabi (orang yang bukan mahram) dan bercinta selepas menikah. Agaknya Salju Sakinah menjadi tajuk novel sebab akhirnya Sumayyah menemui kebahagian dan disatukan dengan Naufal di musim salji.

3 bintang untuk buku ini. Kepada peminat novel Salju Sakinah anda tidak harus percaya kepada pendapat aku, ia pendapat peribadi sahaja kerana aku tidak begitu menghayati buku genre cinta. InsyaAllah mesej yang baik melalui pembacaan wajib kita ambil dan amalkan. Mungkin tiba saatnya kita cuba membaca bacaan yang lebih realistik, kandungan yang sedikit berat kerana sudah menjadi trend orang muda, sekadar membaca novel cinta atau majalah hiburan. Anda mampu mengubahnya.

amal harun
13200 kepala batas

4 comments:

  1. huu~
    da baca novel nih...
    best la gak,dari baca novel jiwang yg lain yg mgarut2, jln crita xlogik...baik baca novel nih...hehe

    ReplyDelete
  2. best la, tapi tak thriller hehe. boikot novel jiwang, cerita ntah apa2, lagho dan fantasi semata

    ReplyDelete
  3. btul2...boikot novel jiwang!! jalan crita yg menumpulkan minda...hehe

    ReplyDelete
  4. masalahnya masyarakat tak pandai boring, layan ja, maca, tu jugak drama kat tv..drama melayu serupa ja semua. kahwin bercerai, berebut itu ini, cinta 3 segi

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..