Tuesday 23 December 2008

Pakcik UMNO yang marah dengan apam balik

Beberapa hari lepas ayahku menghadiri suatu seminar di Butterworth. Seminar ini dihadiri oleh jawatankuasa masjid sekitar negeri Pulau Pinang dan sesiapa yang berminat.


Menurut ayah, perkongsian ilmu dibuat oleh seorang ilmuan yang sangat tersohor nama dan ilmunya dalam usaha dakwah dan memperkembangkan peranan institusi masjid dalam masyarakat. Sambil menyampaikan ceramah, pandai juga beliau membuat lawak spontan namun terselit point bernas. Hadirin begitu enjoy dengan diskusi pagi itu.


Penceramah ini juga ada menyelitkan analogi beliau berkaitan Islam Hadhari.


"Islam hadhari ni lebih kurang saya umpamakan seperti apam balik. Pada suatu hari, saya pergi ke gerai seorang penjual apam balik. Lalu saya tanyakan kepada beliau"


"Pakcik tulis kat sini apam balik special, apa yang special? saya tengok sama saja, orang lain bubuh gula, pakcik bubuh gula. Orang lain jual dengan harga 2 kupang 5 duit (baca 25 sen), pakcik pun jual dengan harga 2 kupang 5 duit." kata ustaz ini.


"Hehee, sama saja apam balik saya ni, nama ja lain. Nak tarik pelanggan la katakan, jadi buh la nama dia apam balik special, apam balik tetap apam balik" penjual apam balik cuba membei penerangan secara spesifik.


Maka, Islam Hadhari yang dibawa PakLah ini lebih kurang 'apam balik special', hakikatnya tetap apam balik. Islam tetap Islam.


Sampai kepada sesi soal jawab, bangun beberapa ahli qaryah mengutarakan beberapa persoalan dan isu berkaitan dengan masjid di qaryah masing-masing. Soalan dijawab. Bangun pula seorang pakcik dari sekumpulan pakcik-pakcik yang lain dengan penuh perasaan.


"Erm..begini datuk ustaz, mau dak datuk ustaz (ustaz ni ada gelaran datuk/dato') menjadi panel kalau saya nak anjurkan satu forum untuk kita bincang pasai Islam Hadhari? Mau dak? Khas untuk Islam Hadhari?" beremosi sekali pakcik ni.


Pakcik ni tinggal kawasan sekitar dengan kampung aku. Dia ni kira 'hard core' UMNO.


"Nih saya tanya ni, mau dak kalau saya anjurkan forum tu?" ulang pakcik ni lagi. Mendesak nampak.


"Mau dak ustaz, saya aturkan masa dan tempat, kita selesaikan" pakcik ni tak puas hati lagi.


Maka ustaz ini dengan tenangnya pun menjawab.


"hehe..kalau nak menjawab isu ni kat sini pun boleh jawab, tak perlu la nak buat sampai forum."


Api kemarahan pakcik tadi semakin menyala-nyala. Dia balik ke tempat duduk sambil bising-bising dengan sekumpulan kawannya, kemudian terus meninggalkan majlis bersama beberapa rakannya. Aku kira dia marah sebab penceramah menggunakan apam balik 25 sen sebagai analogi kepada Islam Hadhari. Maka ia seolah menghina pemimpin mereka yang membawa Islam Hadhari itu.


Aduh, apabila Islam pun dipolitikkan pada satu sudut pandang sahaja.


Lalu teringat kepada satu pesanan yang sering ayah ulang-ulang, kata-kata daripada Allahyarham Abu Bakar Hamzah; "tak cakap takut dikata bodoh, bila bercakap nyatalah bodohnya"


Lalu,di mana dinding kebodohan aku? Pada CGPA, kata-kata, penulisan blog ini atau amal ibadahku?


amal harun
kepala batas

4 comments:

  1. hehe...hakikatnya, Islam tetap Islam, mana ada Islam yg baru lg.. :D

    ReplyDelete
  2. btul2!!
    islam tetap islam..

    ReplyDelete
  3. ainil, cik nia terimashita! apam balik special ka apam balik spicy

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..