Saturday 20 December 2008

bush kena baling kasut



BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.
Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.



Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.



“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.


Aku nak kongsi sikit apa yang aku baca daripada tranungkite:


Ternyata itulah kebijaksanaan Allah.Seandainya Bom atau peluru dilontarkan, Bush akan terus mati dan cerita tentang kezalimannya juga akan turut berkubur bersama. Tetapi dengan kasut itu, beliau akhirnya mendapat malu yang teramat.Allah beri ia hidup dengan baling kasut itu sebagai satu peringatan dan dalam masa yang sama menjatuhkan keegoan beliau sebagai pemimpin utama dunia. Beliau akan hidup dengan terus mengingati peristiwa paling buruk dalam sejarah hidup beliau ini.Dengan imej yang amat dibenci, akhirnya beliau tidak boleh menutup aib ini kerana satu dunia menyaksikan beliau diperhinakan.


Lantas jika itu hukuman dunia sudah cukup memalukan buatnya, bagaimana diakhirat. Allah pasti akan membalas kezaliman yang dilakukannya di Afghanistan, Iraq dan dibeberapa negara lain. Negara umat Islam dihancurkan olehnya yang kemudiannya menjadikan Umat Islam mangsa pembunuhan kejam tenteranya, yang hidup jadi pelarian dan miskin. Paling menyedihkan, ada wanita Islam dijadikan hamba seks oleh tentera beliau.


Buat para pemimpin dunia atau YB Kecik kat Malaysia ini. Berbuat baiklah pada rakyat dan seluruh makhluk Allah jika tidak mahu dimalukan sedemikian rupa oleh Allah dimuka bumi ini."


hohoho tak tau nak kata apa, dah terlalu geram sangat dengan Bush, baling saja apa yang ada, anyway, padan muka bush!

3 comments:

  1. hoho...mmg padan muka bush, mmg patut dia dimalukan setelah apa yg dia buat kat umat islam seluruh dunia...dia ckp umat Islam terrorist...spa terrorist yg sbenarnya?

    ReplyDelete
  2. fuuhhhh beremosi ainil..puas hati gak dapat baling kasut.

    dah geram, baling la. imagine kalau nabi ada time tu, apa nabi buat?? confirm takkan nabi nak baling kasut

    ReplyDelete
  3. hehe...mmg la nabi xkan baling kasut...nabi kn mempunyai akhlak yg paling tggi :)

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..