Monday 17 October 2011

Potraiture dan Falsafah Fotografi

Memilih monochrome atau lebih tepat menggemarinya kerana impak nostalgia dapat ditekankan menerusi imej begini. Yang mana satu anda minati, berwarna atau monochrome? Saya teringat cikgu Wahid, seorang guru Fizik terkenal di Pulau Pinang bertanya,

 "kamu mimpi hitam putih atau berwarna?"

Saya tidak pernah terfikir akan soalan ini, lalu mengimbau siri mimpi-mimpi saya lewat malam. Nampaknya hitam putih, mungkin sebab pejam mata, tetapi ia hanya mainan di fikiran. Setelah pertanyaan itu saya jawab, jika saya bermimpi, mimpi saya kini berwarna. Sukar sekali memahami fikiran minda separa sedar atau di bawah sedar. Mimpi anda berwarna atau hitam putih?


Saya cuba belajar seni monochrome.

Emak dan baby (Roudhoh), Syawal 4, 1432H

Apa saja yang berlaku di dalam dunia ini berlaku dengan izin Allah. Semuanya Allah tetapkan. Terima kasih Allah dengan pertemuan ini.

Berdasarkan tutorial yang saya baca, ada 10 tips gambar potrait yang menarik.

1.Ubah perspektif gambar, ambil dari pelbagai sudut. Atas atau dari bawah, tak semestinya 1 paras.

2. eye contact: ada 2 bahagian, pertama, boleh ambil subjek sedang fokus memerhatikan sesuatu atau kedua  dua individu saling berpandangan penuh emosi.

3. Creative placement using rule of third. Meletakkan subjek pada grid memenuhi 1/3 gambar.

4. Bermain dengan cahaya. sama ada sidelighting, backlights atau siluet untuk menyembunyikan sebahagian subjek. Teknik ini paling mempengaruhi potrait. Teknik pencahayaan yang mantap memberi impak 'wow' bagi foto.

5. Keluar dari zon selesa; mengambil gambar latar atau tindakan luar dari kebiasaan. Contohnya, gambar korporat yang biasa mengambil muka dan bahu di hadapan meja. Cuba kelainan yang lain contohnya imej korporat seperti bertali leher tetapi melakukan gaya lompatan.

6. Candid, melahirkan kejelitaan semulajadi.

7. Menggunakan props, contohnya, bayi yang sedang memegang permainan.

8. Close up, bahagian badan agar tidak sempurna, tetapi fokus kepada 1 anggota badan.

9. Mengaburkan sebahagian kawasan subjek seperti wajah wanita yang memakai purdah, hanya memperlihatkan sepasang mata.

10. Gambar bersiri, subjek dan lokasi sama tetapi berbeza pergerakan gaya badan.

Selamat mencuba diri sendiri. Sebarai perkongsian ilmu dialu-alukan. Saya amat meminati potraiture. Warnailah hidup dengan pelbagai warna, biar ceria walu kadang berduka. Tidak mengapa jika hitam putih, asalkan jelas sebagai pembeza haq dan baatil.

Amal Harun
Labuan.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..