Wednesday 26 October 2011

Dilema yang membuntukan

Assalamualaikum.

Saya rindu menulis, tetapi saya akan delete setelah selesai menulis. Saya akui menulis di sini antara penawar depresi dan pencetus depresi. Selalu saya tamatkan misi untuk menulis kerana memaksa diri banyak membaca dari menulis.

Jika selepas solat maghrib dan isyak, saya akan menangis. Banyak halangan saya hendak ke Kota Kinabalu. Terbaru, Jumaat ini saya dipanggil mengahdiri Kursus Asas Penulisan Berita, tetapi pada masa yang sama saya juga harus menghadiri mesyuarat unit Kimia. Juga pada masa yang sama, saya merancang bertolak ke Kota Kinabalu.

Kursus Penulisan memang yang saya harapkan tetapi di Kota Kinabalu akan berlansung Training of Trainer Aman Palestin. Sudah lama saya nantikan kedua-duanya.

Kemudian sabtu yang bakal menjelma pula saya diminta bertugas menjadi jurukamera Hari Keluarga Jabatan Sains. Petang tadi ketika kepala saya berbinau menjawab soalan Kimia pelajar pada tekanan darah yang rendah, Encik Ramdanshah datang.

"Amal, hang kena tolong saya, saya tak mampu ambil gambar seorang, letih la"

Saya tidak mampu berkata tidak, sedang memikirkan bagaimana mencari jalan memberi tahu hasrat hati saya. Saya sedar saya harus memilih. Saya tidak mampu untuk meletakkan diri dalam semua situasi pada masa yang sama di tambah dengan kekangan masa, kesihatan dan keadaan geografi Labuan.

Jika saya memilih salah satu, saya akan kehilangan yang satu lagi. Jika saya memilih yang satu lagi, saya bakal menerima satu lagi akibat kerana berkaitan kerja. Tetapi Palestin...... ah, saya buntu!

Saya buntu.
Amal Harun
Labuan.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..