Sunday 13 March 2011

Tak selari


Saya mulakan penulisan saya dengan lafaz basmalah dan hamdalah. Dengan rasa penuh keinsafan dan mengakui bahawa setiap gerakan saya diperhati Allah, penuh kerendahan hati dengan apa yang ditulis walau sekadar berkongsi. Namun saya tak pernah rasa sangsi terhadap niat menulis, hanya mahu berkongsi dan mengingat untuk diri sendiri.

Saya sedar sedari dulu saya ialah insan yang paling takut cabaran duduk dalam zon selesa dan takut menghadapi risiko. Sekaligus gagal membuat keputusan penting, segalanya ditentukan sekeliling.

Saya takut dengan apa yang saya katakan. Sesungguhnya berkata-kata itu mudah, dan paling utama saya duji dengan apa yang saya kata. Ada sesekali saya mungkiri. Memberi nasihat dan panduan kepada orang, sayalah nombor satu, tapi bab saya pula yang terkena, sayalah manusia paling bodoh. Takut mengambil risiko. Sentiasa mahu selamat, takut kecewa dan melafaz tawakkal pada Allah sekadar meniti di bibir.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ


Minta maaf jika apa yang saya kata dan buat tidak selari. Terima kasih kerana menasihat.

Saya yang khilaf
Amal Harun

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..