Saturday 19 March 2011

Bercintalah kalian berdua




"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya." Hadith Nabi s.a.w.

Saya sempat menghadirkan diri ke walimah Siti Laila dan Hafiz Jumat di Sungai Pagar, Labuan. Alhamdulillah sungguh meriah dan sungguh lama tidak berjumpa mereka. Inilah rakan semasa belajar di UMS dulu. Hafiz mengambil Matematik manakala Laila Biologi.

Sempat bersembang dengan Laila, saya bertanya bagaimana mereka berbincang dengan kedua orang tua tentang adat-adat perkahwinan. Maklumlah, mahu menjaga syariat, tiada merenjis dan menepung tawar atau kugiran seperti amalan masyarakat borneo.

"Kalau sebelah saya di Terengganu takde masalah, kitorang fight jugak la taknak karaoke, dan masih menjaga batas ketika bersalaman. Alhamdulillah keluarga suami faham, dan kalau masyarakat nak kata apa, takpe" jelas Laila.

"Susah juga ya, kena jaga macam-macam" saya memberi komen pendek.

Apa pun saya ucapkan tahniah dan mendoakan perkahwinan mereka dilimpahi keberkatan, dikurniakan zuriat soleh dan solehah, penerus risalah Rasullullah.

kebetulan jumpa pelajar KML

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..