Tuesday 28 December 2010

Sa..yo..na..ra

Semasa penerbangan ditunda dan mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, saya membaca buku. Tapi dialog ini lebih menarik minat saya, seorang kanak-kanak comel dan ibunya yang keletihan.

Ibu: Sa....yo...na...ra (si ibu mengajar perlahan)
Anak: Saya marah
Ibu: sa...yo...na..ra...
anak: saya marah
ibu: dengar ibu kata..sa........yo....na............ra.
anak: sayur marah?

(dan saya terkantoi sebab gelak tak tahan mencuri dengar perbualan tersebut)

anak: sayonara tu apa
ibu: sayonara tu selamat tinggal dalam bahasa jepun
anak: bahasa jepun?

kemudian, kanak-kanak comel dan bijak itu terus menerus bertanya itu ini dengan ibunya seperti "ibu, nama ibu apa?"...dan saya kembali membaca buku.

Ibu itu sungguh hebat, melayan soalan si anak, soalan yang sama. Sabar dan menghiburkan anaknya sampai si kecil tidur. Si kecil yang comel pula asyik bertanya dan soalan yang diajukan tetap relevan.

Comel.

sayonara penang!
Amal Harun

4 comments:

  1. 'kanak-kanak memang dicipta untuk disayangi'..itu yg mak saya selalu cakap.

    saya sendiri pun selalu ralit tengok telatah budak berbanding buku yg dipegang.
    tp saya tak pernah dengar budak tanya nama ibunya sendiri...

    ReplyDelete
  2. masa di tempat kejadian memang nak gelak

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..