Thursday 16 December 2010

Rindu ibuku


KEMBARA CINTA SUDAH BERMULA...

Pergilah tetamu Allah Pergilah menuju Allah… Pergilah membawa hatimu yang pasrah Tiada lain yang kau cari Kecuali kasih-sayang Ilahi

Haji ertinya menuju… menuju Allah yang satu Namun jalan cinta itu penuh sembilu Kan bertandang ujian beribu liku Merintang diri dan hati Kerna setiap cinta itu pasti diuji… Apakah sejati atau ilusi.

Sebelum melangkah mulakan muhasabah Bagaimana belanja kita ke sana? Apakah keringat sendiri yang mengalir? Apakah dari sumber yang bersih? Apakah dari pekerjaan yang baik? Tanpa penipuan, tanpa penzaliman Hasil usaha ‘halalan taiyiban?’Kemudian muhasabah pula diri kita seikhlasnya Leburkan mazmumah semampunya Hasad, dengki, marah, bakhil ditekan sekuatnya Mensucikan hati di pohon keampunan Minta kemaafan dari manusia Mohon taubat segala dosa… Barulah nanti terlerai rantai di hati Terasa ringan melangkah kaki!

Pakaikan kain ihram di tubuh Serah diri seluruh… Pangkat, derjat, bintang dan gelaran meluruh Kini kita hanya seorang hamba Yang benar-benar hina di hadapan-Nya

Datanglah bagaikan hamba tawanan Yang bertelut gementar… menanti hukuman Labaiklallah humma labaik! Hambamu datang ya Allah… Dengan hias rohani Di cermin matahati katakan pada diri: Aku tidak punya apa-apa Harta, keluarga dan milik Mu jua Asalku hanya dari titisan air yang hina … Jahil, miskin, lemah dan tidak berdaya… Namun Hambamu datang jua ya Allah… Labaikallah humma labaik Aku datang wahai Tuhan Aku datang… menyahut panggilan

Tuluskan niat kita ketika memulakan Haji ini, ibadah ini… Bukan untuk ihsan manusia Bukan lanjutan urus niaga Pun bukan kerana riak dan bangga Tetapi benar-benar kerana kita hamba Yang mengharap wajah dan keredhaan-Nya

Niat yang suci itu perisai hati Menangkis kelalaian sepanjang destinasi Ikhlas itu sangat maknawi Namun kesannya zahir pada diri

Ikhlas melahirkan sabar… Sabar kita dengan karenah insan Demi mengharapkan rahmat Tuhan Ikhlas melahirkan syukur… Syukur dengan ruang yang sempit Demi mengharap keampuan yang melangit

9 Zulhijjah…wukuf di Arafah Dalam himpunan terbesar gambaran Mahsyar Tiada bezanya derjat dan pangkat Yang kaya atau melarat Semuanya tenggelam dalam dalam zikir dan munajat

10 Zulhijjah… bermalam di Mudzalifah Talbiah, tasbih dan selawat Bangsawan, hartawan, marhein dan miskin Segalanya sama seputih kain Moga-moga perrhimpunan ini menginsafkan Hanya taqwa… nilaian Tuhan

Tuhan tidak menilai rupa Tuhan tidakmenilai harta Tuhan hanya menilai hati … hati yang bertaqwa kepada-Nya

11, 12, 13 Zulhijjah… bermalam di Mina melontar 3 Jamrah Genggam butiran batu itu dengan tangan kita Tapi lontarkan ia dengan satu rasa Di Jamrah itu kita perangi musuh Allah Simbolik satu kebencian Metafora sebuah peperangan Melawan syaitan dalam kehidupan Nyahkan ia jauh-jauh… Perangi ia sungguh-sungguh… Usah berpaling lagi Pada bujukannya… kita tak sudi!

Nun di sana kelibat Kaabah mula menyapa Rindu tiba-tiba semakin membara Hati hiba tanpa diminta Tanda disedari mengalir air mata kita Oh! situ pernah melutut Ibrahim Di situ pernah sujud Ismail Dan di situ pernah menangis Muhammad SAW Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali…

Bagaikan ‘melihat’ wajah Allah Di hitam warnanya ada nur kesucian Langkah kian cepat… kian mendekat Tawaf, tawaf, tawaf tujuh pusingan Tiga pertama bagaikan lari dari dosa… menuju pahala Empat yang kedua lepas dari kesalahan… menuju pengampunan

Lambaian istilam tanda kerinduan Dikucup tangan tanda kecintaan Tuhan cintaku hanya pada-Mu… Walaupun cinta itu sering terganggu!

Bawalah hati yang lara di Safa dan Marwah Saie ke sini ke sana bagai seorang sandera Cemas bila dirasuk azab… Tenang seketika dibujuk harap… Ke sana khauf… ke sini raja’… Bimbang tenang berulang datang Bagai gelombang tanpa tepian

Oh! Tuhan siapakah diriku pada pandangan-Mu?

Kepalamu kau cukur Helaian rambutmu pun gugur Luruh bersama simbolik dirimu yang lalu Kini bangun dirimu yang baru

Bukan sekadar membunag setipis rambut… tetapi mengungkai fikiran yang berkabut Bukan sekadar membersih kepala… tetapi hakikatnya menjernih minda

Itulah rahsia tahallul Meninggalkan diri yang kotor Hijrah ke dunia yang luhur!

Di Madinah… di masjid Nabawi Hati kita kan tersentuh oleh imbauan azannya Terbayang sejarah anak yatim yang kesepian Terbayang gembala kecil di padang pasir Luka kakinya di Taif Hilang kesayangannya di Badar Gugur giginya di Uhud Atap rumahnya dicecah jari alas tidurnya berbekas di badan

Sujudlah, bertelekulah di situ Tunduk malu di makam nabi Di sana tersimpan jasadnya yang mulia Rasul yang tak pernah jera berkorban… Demi umatnya Tega baginda pada semua derita

Hayatilah betapa malunya Rasul di Masjid Qiblatain Ingin merayu tapi lidahnya kelu Qiblat itu hak Tuhan… tak layak dirinya memohon pertukaran Namun Tuhan Maha Mengetahui resah di hati Rasululah Lalu beralihlah qiblat dari Masjidil Aqsa… ke Baitullah Rintihan Rasul-Nya terjawab sudah

Di Badar kita diajar bertawakkal Betapa golongan sedikit bisa mengalahkan golongan yang ramai Tetapi bila disiplin robek godaan harta Uhud mengingatkan kita pada sebuah alpa Pada batu-batu yang terdampar di kuburan Baqie Terimbau deretan sahabat bagaikan bintang di langit

Terlalu banyak hikmah dalam kembara ini Jika segalanya dilihat dengan matahati Jiwa akan kukuh disepuh iman Akal akan bersih disuluh iktibar Fizikal akan kuat menempuh kesusahan

Haji kemuncak ajaran Islam Haji kemuncak mehnah dan ujian Padanya tersimpan rahsia kekuatan Sudahkah terserlah apa yang tersimpan?

Bertamu tak jemu… Berpisah tak gelisah… Kenangan di Makkah dan Madinah Adalah bekal safar abadimu… bertemu Allah!

dari blog;Ust Pahrol

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..