Monday 20 December 2010

ISK- Analisa Sebuah Ummah

Melihat sejarah dengan mata hati adalah antara langkah permulaan membuat pusingan U-Turn kembali kepada as-solah. Seruan yang memenuhi tujuan penciptaan kita di dunia. Seperti yang yang digagaskan oleh abul A'ala al-Maududi dalam shahadatul haq, kita pasti takkan senang duduk jika melihat tenangnya hidup dipenuhi rutin.

Oi...sungguh la bunga bahasa, apa sebenarnya mahu kau sampaikan?

Aku mahu kongsikan yang kita harus melihat sejarah, baru kita sedar dari mana kita, apa harus kita lakukan dan ke mana kita selepas ini? Melalui penilaian sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah, kita akan dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun.

Letakkanlah diri kita dalam 'timeline' sejarah tersebut, kemudian lihatlah potensi diri dan fikirkanlah apakah langkah kita seterusnya. Semoga ia menjadi sebab kita menjadi hamba Allah.

Dikongsikan sedikit foto sekitar ISK di KML 4 Disember 2010.

Pendaftaran ISK seawal jam 8 pagi


Disampaikan dengan penuh bergaya dan santai oleh saudara Fathi dari Petronas Methanol

Fokus penuh minat dikalangan peserta ketika kejatuhan Turki Uthmaniyyah.


Terima kasih kepada pelajar dan pensyarah yang hadir. InsyaAllah banyak lagi yang harus kita belajar, kongsi dan lakukan. Janji Allah adalah pasti.

Amal Harun
Kepala Batas

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..