mereka mencalonkan dirimu untuk suatu perkara, seandainya kau memahaminya, maka jagalah dirimu dari hal-hal yang hina...hassan al-banna
Tuesday, 12 July 2011
Ayah
Waktu antara maghrib dan isyak, ayah buat panggilan. Katanya bosan, saja nak bercakap. Pelik, ayah mungkin tahu ini waktu maghrib di Labuan, sudah tentu dia terlalu ingin bercakap dengan saya.
Ayah...
Kata ayah, baliklah kerja di sini. Johor pun tak mengapa asalkan semenanjung. Permintaan ayah dibiarkan tanpa sebarang jawapan atau harapan.
Saya hanya nak cakap saya rindukan ayah, terima kasih ayah dan mahu peluk ayah. Semoga emak dan ayah sentiasa sihat dalam lindungan Allah.
Tidak tahu sama ada saya atau ayah yang dijemput dahulu menemui Tuhan. Tetapi setiap denyut nadi, seluruh rasa syukur dipanjatkan kepada ilahi, dikurniakan ayah yang baik hati.
sebuah rancangan tv alhijra astro saluran 114. Sebuah kisah benar.
Labels:
family,
labuan,
travelog amal:satu pencarian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..