Friday, 31 December 2010

The battle


2010 ia almost left us, no, we left 2010 actually. This year i learnt so many things. Once we had a problem, we think our problem is such a big problem. Other peoples have no problem. When i was chatting with Fairuz Aalia while come back from squasy, i noticed that she really excited with new year. Of course, she absolutely happy and cant even wait her day to be a wife.
From that i told her that our life must have a change phase by phase. And she took the change to be someone. InsyaAllah Aalia, be a goog wife hehee..:). Then i look into myself, is any changes i have made? The answer is secret hehe..have a faith. I remember what my friend said to me: why be someone else when you can be yourself?

Alhamdulillah i need to be more grateful to Allah for giving me a chance to live in a good condition. Have a good parent, brothers and sisters, friends and career, time and good health. 2011 comes with a really passionate about my quranic circle, photojournalism, zoology and botany.

I genuinely feel that that the opportunity to be in 2011 and 1432 Hijrah is another chance given by Allah to improve my akhlak, my iman, my relationship towards Allah, to love more His Rasul and to be kind to other peoples.

I wish i will be able to take the strength throughout the year i'd passed. The journey is still far, and really wish that is a new Hijrah and 2011 will enlighten me to face the battle in Labuan, insyaAllah.

outlining objectives that need to be achieved should provide us with extra motivation. O Allah give me a strength to be your humble servant.

My new friend in Labuan =)

Amal Harun
Labuan FT

Thursday, 30 December 2010

Not my mother tongue

It really hard for me to write in english. The words and phrases come into my mind but once i touch the keybords, its gone. What is the major factor that initiate me to write it even not so good, perhaps the point can be understood.

I need to challange myself, writing, reading and speaking in this language. Of course PPSMI force us, science teacher to deliver the lesson in English. But teaching Chemistry in english is a bit different. Few days ago, the board announced to have a public speaking among lecturers. This enhance the effectiveness of teaching and learning chemistry in english.

I did go to the PPSMI course conducted by the english unit. It wsa fun and really encourage us to try and practice more. Whatever you do, it is an effort that being counted by Allah. Lately, they send a so called silent observer, to make sure we are delivering the lesson in english. When they walked along the corridor in front of the class, i will shout "ok class, now can you name the structure?". it is because i just want to emphasize that i use english. Hahaa..

Well, i'm thinking what i should say for my public speaking next month. what do you think? Dont they know i had an anxiety disorder when talking in front of public? Oh no, it make the secretion of adrenaline at high rate as well gaster juice but alhamdulillah, Intan do provide me magnesium trisilicate.

Whatever it is, fight!!!

Amal Harun
Labuan F.T

Wednesday, 29 December 2010

Ayah nasihat kami

Dulu saya selalu fikir yang ayah jarang nasihat kami. Rupanya nasihat tu dalam pelbagai bentuk. Semasa kami mengharungi sesak jalan raya melepasi jambatan Pulau Pinang menghala Seberang Jaya.

Saya dan adik-adik bercakap tentang BIAWAK.

"Tok tak suka sebut perkataan biawak", beritahu adik saya. Kami pun mempersoalkan kenapa tak boleh sebut, atau tak suka sebut. Mungkin kerana geli, terasa jijik dan kotor dengan tabiat biawak atau agak menjadi 'taboo' word seperti menyebut babi tetapi lebih elok khinzir, kononnya.

"Kesian biawak, dah biawak, biawak la" kami mengeluh.

"Sebenarnya tak salah pun. Dia dilahirkan macam tu...." dan panjang lagi la ayah saya menyampuk memulakan hujah pendakwaan. Sikit lagi masuk anatomi dan fisiologi biawak.

"Dia (biawak) pun tak suka dihina atau diminta lahir begitu, tapi dia (biawak lagi) cuba meneruskan hidup, sesuai dengan segala apa yang diciptakan baginya" ayah menapaki hujah demi hujah.

"biawak akan merasa bahawa segala penciptaan padanya sudah cukup bagus, Allah dah menciptakan apa yang baik baginya"

"Samalah kalau kita tanya babi....babi, babi, kau nak tak kalau kau diubah jadi arnab?"

"babi dengan yakin menjawab: 'aku taknak, aku nak jadi babi, aku tak nak jadi arnab'"

Babi pun rasa apa yang diciptakan baginya sudah cukup terbaik, sesuai dengan anatomi, fisiologi, dan ekosistem sekelilingnya. Allah sebaik-baik pencipta dan perancang.

“Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Dan jangan sekali lupa, apa yang telah Allah berikan kepada kita sebenarnya lebih banyak daripada apa yang sedang kita minta (doa).

"Ya Allah pelihara kami dari rasa tamak, rasa tidak pernah cukup, kami tidak mahu menjadi hamba yanglupa dan jauh dari rasa syukur"

Amal Harun
W.P Labuan

Tuesday, 28 December 2010

Sa..yo..na..ra

Semasa penerbangan ditunda dan mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, saya membaca buku. Tapi dialog ini lebih menarik minat saya, seorang kanak-kanak comel dan ibunya yang keletihan.

Ibu: Sa....yo...na...ra (si ibu mengajar perlahan)
Anak: Saya marah
Ibu: sa...yo...na..ra...
anak: saya marah
ibu: dengar ibu kata..sa........yo....na............ra.
anak: sayur marah?

(dan saya terkantoi sebab gelak tak tahan mencuri dengar perbualan tersebut)

anak: sayonara tu apa
ibu: sayonara tu selamat tinggal dalam bahasa jepun
anak: bahasa jepun?

kemudian, kanak-kanak comel dan bijak itu terus menerus bertanya itu ini dengan ibunya seperti "ibu, nama ibu apa?"...dan saya kembali membaca buku.

Ibu itu sungguh hebat, melayan soalan si anak, soalan yang sama. Sabar dan menghiburkan anaknya sampai si kecil tidur. Si kecil yang comel pula asyik bertanya dan soalan yang diajukan tetap relevan.

Comel.

sayonara penang!
Amal Harun

Monday, 20 December 2010

Selamat Pengatin Baru Yan dan Imah!



Menyoroti sebuah perjalanan kehidupan, banyak yang Allah beri. Nikmat paling besar ialah nikmat iman. Keluarga yang bahagia, teman yang baik, kerjaya yang stabil, kesihatan yang memuaskan dan segala ciri fizikal yang tiada alasan kau mengkufuri segala nikmat Tuhan.

Dan hidup kita adalah berfasa-fasa. Sedarlah bahawa telah banyak yang Allah beri, malah lebih dari apa yang dipinta. Lebih banyak yang diberi melebihi apa yang disyukuri. Bukankah begitu?

Tetapi teruslah meminta kerana Allah sangat maha mendengar dan sangat merindukan permintaan hambanya. Ingatlah, apa saja yang kita lakukan adalah niat kerana Allah, semuanya adalah atas rasa kehambaan dan ibadah kerana Allah. Kahwin pun ibadah dan belum kawin tak bermakna tidak beribadah.

Mari mendoakan kesejahteraan 2 pasang mempelai yang selamat diijabkabulkan. Semoga beroleh barakah sampai ke syurga Allah. Juga disertakan penyejuk mata dan penawar hati yang soleh lagi solehah kelak.

Pesanan kepada pasangan tersebut, belajarlah saling memberi dan menerima kerana Allah. Kunci kebahagiaan dan ketenangan bermula daripada kita mencinta Allah. Benarkan hehee?

Salam penuh mahabbah untuk kalian semua.

Amal Harun
Kepala Batas.

ISK- Analisa Sebuah Ummah

Melihat sejarah dengan mata hati adalah antara langkah permulaan membuat pusingan U-Turn kembali kepada as-solah. Seruan yang memenuhi tujuan penciptaan kita di dunia. Seperti yang yang digagaskan oleh abul A'ala al-Maududi dalam shahadatul haq, kita pasti takkan senang duduk jika melihat tenangnya hidup dipenuhi rutin.

Oi...sungguh la bunga bahasa, apa sebenarnya mahu kau sampaikan?

Aku mahu kongsikan yang kita harus melihat sejarah, baru kita sedar dari mana kita, apa harus kita lakukan dan ke mana kita selepas ini? Melalui penilaian sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah, kita akan dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun.

Letakkanlah diri kita dalam 'timeline' sejarah tersebut, kemudian lihatlah potensi diri dan fikirkanlah apakah langkah kita seterusnya. Semoga ia menjadi sebab kita menjadi hamba Allah.

Dikongsikan sedikit foto sekitar ISK di KML 4 Disember 2010.

Pendaftaran ISK seawal jam 8 pagi


Disampaikan dengan penuh bergaya dan santai oleh saudara Fathi dari Petronas Methanol

Fokus penuh minat dikalangan peserta ketika kejatuhan Turki Uthmaniyyah.


Terima kasih kepada pelajar dan pensyarah yang hadir. InsyaAllah banyak lagi yang harus kita belajar, kongsi dan lakukan. Janji Allah adalah pasti.

Amal Harun
Kepala Batas

Thursday, 16 December 2010

Rindu ibuku


KEMBARA CINTA SUDAH BERMULA...

Pergilah tetamu Allah Pergilah menuju Allah… Pergilah membawa hatimu yang pasrah Tiada lain yang kau cari Kecuali kasih-sayang Ilahi

Haji ertinya menuju… menuju Allah yang satu Namun jalan cinta itu penuh sembilu Kan bertandang ujian beribu liku Merintang diri dan hati Kerna setiap cinta itu pasti diuji… Apakah sejati atau ilusi.

Sebelum melangkah mulakan muhasabah Bagaimana belanja kita ke sana? Apakah keringat sendiri yang mengalir? Apakah dari sumber yang bersih? Apakah dari pekerjaan yang baik? Tanpa penipuan, tanpa penzaliman Hasil usaha ‘halalan taiyiban?’Kemudian muhasabah pula diri kita seikhlasnya Leburkan mazmumah semampunya Hasad, dengki, marah, bakhil ditekan sekuatnya Mensucikan hati di pohon keampunan Minta kemaafan dari manusia Mohon taubat segala dosa… Barulah nanti terlerai rantai di hati Terasa ringan melangkah kaki!

Pakaikan kain ihram di tubuh Serah diri seluruh… Pangkat, derjat, bintang dan gelaran meluruh Kini kita hanya seorang hamba Yang benar-benar hina di hadapan-Nya

Datanglah bagaikan hamba tawanan Yang bertelut gementar… menanti hukuman Labaiklallah humma labaik! Hambamu datang ya Allah… Dengan hias rohani Di cermin matahati katakan pada diri: Aku tidak punya apa-apa Harta, keluarga dan milik Mu jua Asalku hanya dari titisan air yang hina … Jahil, miskin, lemah dan tidak berdaya… Namun Hambamu datang jua ya Allah… Labaikallah humma labaik Aku datang wahai Tuhan Aku datang… menyahut panggilan

Tuluskan niat kita ketika memulakan Haji ini, ibadah ini… Bukan untuk ihsan manusia Bukan lanjutan urus niaga Pun bukan kerana riak dan bangga Tetapi benar-benar kerana kita hamba Yang mengharap wajah dan keredhaan-Nya

Niat yang suci itu perisai hati Menangkis kelalaian sepanjang destinasi Ikhlas itu sangat maknawi Namun kesannya zahir pada diri

Ikhlas melahirkan sabar… Sabar kita dengan karenah insan Demi mengharapkan rahmat Tuhan Ikhlas melahirkan syukur… Syukur dengan ruang yang sempit Demi mengharap keampuan yang melangit

9 Zulhijjah…wukuf di Arafah Dalam himpunan terbesar gambaran Mahsyar Tiada bezanya derjat dan pangkat Yang kaya atau melarat Semuanya tenggelam dalam dalam zikir dan munajat

10 Zulhijjah… bermalam di Mudzalifah Talbiah, tasbih dan selawat Bangsawan, hartawan, marhein dan miskin Segalanya sama seputih kain Moga-moga perrhimpunan ini menginsafkan Hanya taqwa… nilaian Tuhan

Tuhan tidak menilai rupa Tuhan tidakmenilai harta Tuhan hanya menilai hati … hati yang bertaqwa kepada-Nya

11, 12, 13 Zulhijjah… bermalam di Mina melontar 3 Jamrah Genggam butiran batu itu dengan tangan kita Tapi lontarkan ia dengan satu rasa Di Jamrah itu kita perangi musuh Allah Simbolik satu kebencian Metafora sebuah peperangan Melawan syaitan dalam kehidupan Nyahkan ia jauh-jauh… Perangi ia sungguh-sungguh… Usah berpaling lagi Pada bujukannya… kita tak sudi!

Nun di sana kelibat Kaabah mula menyapa Rindu tiba-tiba semakin membara Hati hiba tanpa diminta Tanda disedari mengalir air mata kita Oh! situ pernah melutut Ibrahim Di situ pernah sujud Ismail Dan di situ pernah menangis Muhammad SAW Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali…

Bagaikan ‘melihat’ wajah Allah Di hitam warnanya ada nur kesucian Langkah kian cepat… kian mendekat Tawaf, tawaf, tawaf tujuh pusingan Tiga pertama bagaikan lari dari dosa… menuju pahala Empat yang kedua lepas dari kesalahan… menuju pengampunan

Lambaian istilam tanda kerinduan Dikucup tangan tanda kecintaan Tuhan cintaku hanya pada-Mu… Walaupun cinta itu sering terganggu!

Bawalah hati yang lara di Safa dan Marwah Saie ke sini ke sana bagai seorang sandera Cemas bila dirasuk azab… Tenang seketika dibujuk harap… Ke sana khauf… ke sini raja’… Bimbang tenang berulang datang Bagai gelombang tanpa tepian

Oh! Tuhan siapakah diriku pada pandangan-Mu?

Kepalamu kau cukur Helaian rambutmu pun gugur Luruh bersama simbolik dirimu yang lalu Kini bangun dirimu yang baru

Bukan sekadar membunag setipis rambut… tetapi mengungkai fikiran yang berkabut Bukan sekadar membersih kepala… tetapi hakikatnya menjernih minda

Itulah rahsia tahallul Meninggalkan diri yang kotor Hijrah ke dunia yang luhur!

Di Madinah… di masjid Nabawi Hati kita kan tersentuh oleh imbauan azannya Terbayang sejarah anak yatim yang kesepian Terbayang gembala kecil di padang pasir Luka kakinya di Taif Hilang kesayangannya di Badar Gugur giginya di Uhud Atap rumahnya dicecah jari alas tidurnya berbekas di badan

Sujudlah, bertelekulah di situ Tunduk malu di makam nabi Di sana tersimpan jasadnya yang mulia Rasul yang tak pernah jera berkorban… Demi umatnya Tega baginda pada semua derita

Hayatilah betapa malunya Rasul di Masjid Qiblatain Ingin merayu tapi lidahnya kelu Qiblat itu hak Tuhan… tak layak dirinya memohon pertukaran Namun Tuhan Maha Mengetahui resah di hati Rasululah Lalu beralihlah qiblat dari Masjidil Aqsa… ke Baitullah Rintihan Rasul-Nya terjawab sudah

Di Badar kita diajar bertawakkal Betapa golongan sedikit bisa mengalahkan golongan yang ramai Tetapi bila disiplin robek godaan harta Uhud mengingatkan kita pada sebuah alpa Pada batu-batu yang terdampar di kuburan Baqie Terimbau deretan sahabat bagaikan bintang di langit

Terlalu banyak hikmah dalam kembara ini Jika segalanya dilihat dengan matahati Jiwa akan kukuh disepuh iman Akal akan bersih disuluh iktibar Fizikal akan kuat menempuh kesusahan

Haji kemuncak ajaran Islam Haji kemuncak mehnah dan ujian Padanya tersimpan rahsia kekuatan Sudahkah terserlah apa yang tersimpan?

Bertamu tak jemu… Berpisah tak gelisah… Kenangan di Makkah dan Madinah Adalah bekal safar abadimu… bertemu Allah!

dari blog;Ust Pahrol

Tuesday, 14 December 2010

Mari memujuk hati


Mengenang kehidupan serba nan pantas mencecah setahun di Labuan, apakah pencapaian saya dan sumbangan bagi memenuhi syahadatul haq, ia makin jauh dan kadang lupa. Tiada dan kosong. Sungguh robotik dan sungguh lemah. Mari ikuti pesanan Aa Gym menerusi artikel beliau;


Bila hidup ini tidak halangan, tentu tidak menarik. Tapi kita harus benar-benar dapat mengukur diri kita. Misalnya, ketika terjadi pertemuan dengan kalangan tertentu, yang membuat keimanan kita turun, bererti pertemuan itu tidak bagus untuk kita. Bererti iman kita belum cukup untuk dapat menangkis pengaruh negatif dari kelompok itu. Maka untuk sementara waktu kita perlu berhijrah dari lingkungan tersebut, dalam rangka menguatkan diri. Sehingga pada waktunya, kita sudah sedia untuk terjun ke dalam kehidupan sebenar, namun kita sudah berbekal dengan kemampuan yang lebih baik. Kita harus mendakwahi mereka, ketika kita sudah yakin dengan kekuatan diri kita.

Yang paling membuat hidup kita tidak selesa adalah kebingungan, ragu-ragu, dan keraguan, kerana setiap yang meragukan membuat hidup kita tidak jelas. Dalam menjalani hidup ini, apabila belum mengenal peta hidup dengan jelas, maka menyebabkan hidup menjadi ragu, dan sangat meletihkan.

Dalam menjalani hidup ini, harus jelas hala tujunya dan bagaimana dalam melangkahnya, siapa Tuhan kita, siapa kita, apa yang bahaya, dan apa yang menyelamatkan, akan ke mana kita, dan sebagainya. Kalau sudah semuanya jelas, maka akan mantap dan tidak akan bingung dalam menjalani hidup.

Manusia diciptakan dan diurus oleh Allah SWT. Tugas kita di dunia ini adalah menjadi hamba Allah. Mematuhi apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa yang dilarang Allah. Perkara rezeki adalah mutlak dalam genggaman Allah. Kalau kita patuh kepada Allah dan yakin dengan kekuasaan Allah, Sang Pemberi rezeki pasti akan menjamin segala keperluan rezekinya.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. QS At-Thalaq : 2-3

Kita bekerja bukan hanya untuk mencari wang, tapi merupakan amal soleh dalam menjemput rezeki atau nafkah kita. Yang dicari keberkahan dan redha Allah SWT. Orang yang mencari redha Allah tidak akan ragu kepada Allah SWT sebagai pemberi rezeki, pasti kita akan bertemu dengan rezeki kita, selagi tidak membuat perkara haram. Kalau seseorang tidak mencari redha Allah, maka ia akan menghalalkan berbagai cara.

Dengan demikian, berbeza antara orang yang bekerja hanya untuk mencari wang, dengan orang yang bekerja untuk mencari redha-Nya. Orang yang mencari redha Allah, sama sekali tiada keraguan, yakin pasti bertemu dengan rezekinya. Selama sesuai dengan perintah Allah, tidak perlu menghiba-hiba kepada manusia, kerana manusia tidak dapat memberikan apa pun, tanpa izin Pemilik Semesta Alam.

Kita bergaul dengan manusia, bukan untuk menuhankan. Kita bergaul dengan manusia kerana Allah menyuruh kita bergaul dengan manusia dengan baik. Kita berbuat baik bukan untuk dihargai. Orang menghargai, dan mengakui kebaikan kita atau tidak, bukan urusan kita. Urusan kita adalah bergaul dengan manusia dengan baik sesuai perintah-Nya. Tidak boleh takut kepada manusia. Diri kita milik Allah, tak akan jatuh sehelai rambut pun tanpa izin pemilik-Nya. Tidak akan pernah mati, kecuali Allah yang mematikan.

Manusia bukan pemberi rezeki, manusia hanya makhluk sebagai jalan dari ketentuan Allah. Tugas kita jelas, menjemput rezeki kita dengan cara yang halal. Semua anak-anak kita ada rezekinya. Tugas orang tua membawa anaknya mengenal siapa penciptanya, Lukmanul Hakim menjadi contoh bagaimana seorang hamba Allah, yang tidak bertuhankan selain Allah. Beliau mendidik anak untuk mengenal-Nya, dengan itu akan berjumpa dengan rezekinya yang berkat. Dan akan berjumpa dengan rezeki dan takdir terbaik dalam kehidupannya. Setelah kita mati, warisan terbesar kita kepada anak-anak kita adalah keyakinan dan istiqamah taat kepada Allah.

Dunia ini hanya tempat persinggahan. Semua kita akan tinggalkan. Dunia tidak ada apa-apa. Dunia bukan untuk memperhamba kita, tapi dunia diciptakan untuk menjadi pelayan kita. Harta, pangkat, gelaran, tidak ada apa-apa erti. Orang-orang zalim dan ingkar diberi oleh Allah dunia ini. Kemuliaan bukan dengan pencapaian duniawi, tanda kemuliaan bukan dengan berharta atau berpangkat, melainkan dengan takwa.

Takwa itu tandanya hatinya yakin, patuh kepada Allah, lahir batin. Redha dengan semua takdir yang telah ditetapkan Allah. Allah tidak pernah zalim dalam menentukan takdir kita. Jelas hidup ini hanya singgah sebentar di dunia dan dunia tidak dibawa ke alam kubur.

Sekarang masalah apa pun yang menimpa, jangan sibuk dengan orang yang menjadi jalan, melainkan sibuk dengan diri kita yang menjadi penyebabnya. Kebaikan kembali pada pembuatnya, begitu pula keburukan. Tidak ada yang merosak diri kita selain dari keburukan diri kita.

Ketika kita menghadapi kesusahan, kita tidak dapat menyelesaikan dengan kemampuan kita, melainkan dengan pertolongan Allah. Bagaimana jalan keluarnya? Adalah dengan bertaubat.

Barangsiapa yang memperbanyak istighfar, Allah akan menenangkan hatinya, Allah akan memberi jalan keluar, dan rezeki pertolongan dari yang tidak terduga.
‘maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)

Rezeki termahal dalam hidup ini adalah hati yang yakin, dan lahiriahnya patuh kepada Allah dengan istiqamah. Kejayaan orang adalah yakin kepada Allah, tidak ada keraguan dalam hatinya. Tidak bersedih hati. Kunci yakin adalah hati yang bersih. Makin bersih dari kemusyrikan, kemunafikan, dan cinta duniawi, hati akan langsung merasakan keyakinan, hati p

eka, doa mustajab, akhlak mulia, dan auranya tenang. Maka jangan ukur kejayaan seseorang dengan duniawinya, melainkan lihatlah sejauh mana keyakinannya yang merupakan kurnia Allah tidak ada tolok bandingannya.

Sekuat tenaga mengharungi hidup, disusuli dengan semangat kebersihan hati. Cari sahabat yang dapat membantu membersihkan hati. Seperti kereta yang tidak berfungsi whipernya maka dia akan risau. Bukan tiada jalan, melainkan tidak dapat melihat jalan. Seperti itu pula ketika kita melihat dengan mata hati yang tertutup dosa. Oleh kerana itu, kembalilah kepada Allah, seperti kaca yang bersih, maka akan tampak semua yang ada, kerana tidak tertutup, seperti udara bagi paru-paru ini, penyelesaian sesungguhnya terhampar dekat kita.


Saturday, 4 December 2010

10 Pesanan yang saya lupakan

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.



Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.



Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh



Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.



Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman



Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.



Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.



Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT



Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati



Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

tak seronok entri tanpa gambar. tapi nak jimat masa terpaksa abaikan.
Amal Harun

Thursday, 2 December 2010

Pantai tetap pantai

Ketika melalui perjalanan ke Kota Kinabalu melalui Menumbok, tiada apa yang menarik melainkan hanyalah hutan, semak-samun, sesekali rumah orang dan kuburan. Jelas anda pasti bosan, dan pasti jelik bila saya sering memuji keunikan dan keindahan Kuala Penyu.

1993, pertama kali menjejaki bumi di bawah bayu dan tiba di kawasan ceruk jauh dari Kota Kinabalu. Apa yang dapat disaksikan hanyalah batu-batu kerikil dan jalan berdebu. Anak-anak babi, kerbau dan bangau ataupun paya bakau setelah lautan membiru. Kuala Penyu 150 km dari Kota Kinabalu tanpa jalan berturap sangat jauh umpama Kuala Lumpur ke Sudan atau New Zealand.

Setelah meninggalkan Sabah pada tahun 2002, saya kembali semula ke Kota Kinabalu. Sesekali saya melawat Kuala Penyu. Pemandangan tetap sama kecuali jalan sudah berturap menjelang 2005. Warganya masih sama. Sangat nostalgia. Hanya melalui jalan berdebu, hutan belukar, paya bakau dan jalan luas, panjang di tepi laut. Tepat sekali, ia dapat mengingatkan saya ketika kami sekekuarga tinggal di Kuala Penyu.

2009, mungkin ini kali terakhir saya pergi ke Kuala Penyu. Itu yang saya fikir. Tetapi, setelah ditugaskan di Labuan saya tidak dapat lari dari melihat benda yang sama. Memori berulang memori.

Dahulu semasa saya lalu, saya hanya fikirkan cepatlah sampai. Saya hanya lihat ladang tembikai sebagai ladang tembikai. Pantai, hanyalah pantai dan kemudiannya tetap pantai yang sama walaupun 200 kali melalui pantai itu.

Bila dewasa, pantai itu dilalui lagi kemudian ia bukan setakat pantai, tetapi dapat dilihat emak menyediakan kami bekal nasi lemak untuk berkelah, saya berlumba basikal dengan Nik Nur Fadhilah, dikejar anjing, dan kaki adik terluka akibat basikal saya.

Itulah pemandangan biasa yang mula signifikan. Apabila sedang melalui ia dilihat kosong dan hambar. Setelah berjauhan atau tiada lagi dari rutin, saya mula sedar yang menghargai masa ketika melalui perjalanan itu penting.

Samalah dengan hidup bersama manusia. Ketika ada bersama, ‘moment’ itu biasa saja, tak terlihat lansung istimewanya. Ditakdirkan Tuhan, dia’ tiada lagi’ dalam erti kata yang lebih luas (mati, hilang, jauh atau memiliki atau dimiliki), maka barulah nampak signifikasi kehadiran manusia itu dalam hidup kita. Barulah belajar nak menghargai, dan ketika itu mungkin kita sudah terlambat. Betulkan?

Apa yang kita lihat, tak semestinya benar, penglihatan kita terbatas, penafsiran jadi salah. Lihat dengan mata hati sesudah terlambat. Tapi itu lebih baik dari terus buta mata hati. Sebab itulah kata bijak pandai; anda ialah apa yang anda lihat.

Bagi saya, nikmatilah sepanjang perjalanan itu, biar sakit atau pahit, manis dan gembira, ia tetap bahagia kerana sepanjang perjalanan itulah penentu akhiran. We are enjoying the journey, and Allah is our final destination.

Allah berpesan; "Wahai manusia, Sesungguhnya kamu telah bekerja keras, sekuat-kuat kerja, menuju Rab (Tuhan)mu, maka kamu akan menemui-Nya (menemui Allah)."


Amal Harun
W.P Labuan
2 Dec 2010