Thursday 12 March 2009

PPSMI; terjebak!

Situasi 1

“By referring to the graphics, can you label the region which has the higher atmospheric pressure?” soalan pertama dan topik pertama semasa latihan ilmiah.

Kelas senyap sepi. Kelas sederhana pencapaian akademik. Bunyi kipas syiling berputar.

Situasi 2

“This is our first meeting, our first lesson, would you like to share your details with me, just telling your name, your kampung or your ambition?” cuba bermesraan dengan pelajar tingkatan 2, kelas belakang.

“Apa?? Apa teacher bilang? Kami nda paham ba, ambition pun kami suda lupak” porak peranda kelas oleh pelajar nakal yang mahu ‘merapu’ tidak kurang yang pasif sekadar melihat terkebil-kebil, selepas seminggu baru saya sedar, sepatah haram pun mereka tak faham, apa lagi terminology sains dan matematik bahasa inggeris.

“Ok, kalau macam tu sila berikan perkataan yang kamu tahu dalam bahasa inggeris yang kamu tahu” saya memancing, memukat dan menjala!

“Dragon ball!” jerit seorang di belakang.

“Playstation!” “Handphone” jerit seorang lagi penuh kebanggaan.

Ini baru mukaddimah di awal pengajaran, sekadar menaikkan motivasi intrinsik mereka.

Situasi 3

“Teacher, ni atas tulis write the…….lepas tu …..written…..apa la tu?” seorang pelajar kelas pertama bertanya.

Kasihan, kelas Grammar atau kelas Sains? Penguasaan bahasa yang menjadi prioriti sehingga konsep sains yang mahu dipelajari diletak tepi. Ia bukan rungutan, tetapi mengajak melihat realiti, antara untung dan rugi.;

3 comments:

  1. walaupun aku bukan dibidang ini..tapi, aku dapat rasa mcm mana budak2 especially yg suburban area nak deal ngn bahasa Inggeris..teringt cter cikgu Azriah.."teacher, 'the' tu apa?"

    ak turut bersimpati dgn cikgu-cikgu yg memang teruji kesabaran dengan situasi sekarang..
    insyaAllah..segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  2. situasi 1;
    students, today teacher will continue lesson about ........(sbb pensyarah dtg nak buat penilaian, maka aku la berbuih mulut ckp bi.

    penilaian pelajar selepas kelas:
    cigu, kami nda paham apa cigu ajar tadi..
    satu pun kami nda paham..

    situasi 2:
    hari ni cikgu sambung mgajar pasal..........
    (pensyarah dtg untuk kali kedua-x larat nak ckp bi sbb pljar x phm)

    penilaian pelajar;
    ba cigu..nasib baik cigu ajar dlm bm, kami phm..
    kalau dlm bi tadi, kami nda dapat jawab soalan cigu td..

    penilaian aku;
    fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..huhu

    ReplyDelete
  3. @intan, memandangkan aku suka merapu yang gila2, kalau student tanya 'the' tu apa, aku jawab 'the' ialah article, pelajar pun merapu: oooo yang karangan orang duk tulis tu artkel, boleh juga panggil 'the'.

    @irsha, no komen or komplen

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..