Sudah masuk 4 hari modem broadband saya buat 'fi'il'. Ini kali kedua, memang menyakitkan hati dan menguji kesabaran. Kali pertama buat hal januari lalu, modem panas walaupun baru 5 minit. Mujur toke kedai tukarkan dengan yang baru. Kali ni dia buat hal lagi, susah nak 'connect', mula-mula saya tak kisah, ini hikmah supaya saya menumpukan perhatian terhadap 4 peperiksaan terdekat. Tapi bila di saat memerlukan masih sama.
Saya fikir liputan celcom di bilik saya terhad, jadi saya beralih ke masjid, pun sama. Kecewanya, sekarang online dengan wireless masjid yang boleh tahan perlahan, tetapi itu lebih baik daripada janji celcom yang memberi liputan terbaik, hampes!
Dilarang berkata kalau; kalau saya tak beli celcom broadband ni, setiap bulan saya dapat beli pelbagai buku yang enak dibaca di HARRIS 1B! (huhu geram sedih).
I'm thinking to ban the broadband!
huhu..samalah.aku pun pun nak menabung duit bulan2 bayaq kat celcom. ni dah 4 bulan tak bayaq...haha
ReplyDeletesabaq ja, awat la susah sangat nak connect. keadaan terdesak camni la dia nak buat hal
ReplyDelete