Thursday 26 March 2009

Cikgu Sains, aku dan esophagus



“ala, pintu lab tutup” saya dan seorang kawan mengeluh. Kami lambat masuk makmal, kelas subjek Sains tingkatan 2 Ibnu Khaldun sudah bermula.

“Hah, lambat terhegeh-hegeh, pi dok sana” kami kena marah, cikgu jemur kami depan makmal, depan bangunan, menjadi tatapan umum lebih kurang 30 minit, tatapan para guru dan pelajar lain. Macam nak pengsan punya la panas berdiri tegak, orang lalu kami senyum macam kerang busuk. Tidak kurang juga ada yang bertanya.

Selepas peristiwa memalukan itu, kami bergegas ke makmal. Maafkan saya cikgu, kadang-kadang ‘impression’ para guru terhadap 2 Ibnu Khaldun sangat rendah, almaklum kelas belakang, kurang rajin, kelas bising dan pencapaian dikatakan rendah berbanding orang lain, disebabkan itu cikgu sains sendiri mengaku pada kami, dia mudah tension dengan kelas ini.Tapi kami gembira di dalamnya hehe.

Kadang ada juga bila cikgu tanya “ada soalan nak tanya?”

Cikgu tension juga bila ramai yang angkat tangan berebut nak tanya, ada kawan saya pernah tanya kenapa kencing tak lawas? Soalan ini agak pelik, adakah perlu makan sayur.

Saya pernah juga tanya soalan dengan takut-takut sebelum kelas bermula supaya orang lain tidak dengar dan ketawakan soalan itu. Ini soalan saya;

“Cikgu, bila kita makan, makanan turun pi perut lalu esophagus, berlaku peristalsis kat situ. Dia turun dari mulut ke perut disebabkan graviti ka?” itu andaian saya, saya sambung lagi bila cikgu menampakkan wajah berminat.

“apa jadi kalau bila kita makan, kita kunyah-kunyah kemudian kita terbalikkan badan, kaki kat atas, kepala di bawah, makanan kita telan tu pi perut ka? Peristalsis di esophagus akan terbalik betul tak?”

Bersabar wahai cikgu, dalam kelas ada pelbagai pelajar dengan pelbagai personaliti dan gaya pembelajaran, juga pelbagai kecerdasan. Howard Gardner memperkenalkan Teori ‘Multiple Intelligence’, rekabentuk pengajaran juga harus disesuaikan dengan mengambilkira kecerdasan pelajar yang pelbagai.

Maafkan saya cikgu

2 IK 2000, SMAI

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..