Saturday, 14 March 2009

Lahirku untuk apa



Semasa saya kecil saya berfikir macam-macam, ia terlalu kompleks. Tuhan tu ada kat mana, macam mana macam-macamla. Jawapan itu telah saya temui dalam kelas Dr. Ahmad Tarmizi, Etika dan Akhlak semasa di tahun dua.Kelas menarik lagi unik.

Saya fikir lagi, kenapa saya dan manusia lain diciptakan, kenapa jadi saya? Ia bukan sahaja semasa perkembangan otak kanak-kanak, tetapi sehingga kini. Kompleks juga. Lihat sahaja diri kita, lahir, membesar, ke sekolah, masuk IPT, kerja, kahwin dan ada anak, jaga anak, hantar anak ke sekolah dan seterusnya. Ini kitar hidup, bosannya! Lahirku untuk apa? Ibadah ritual?

Bila kerja dapat gaji kemudian duit gaji pula perlu untuk bayar rumah, kereta, minyak, tol, bil segala macam, itukah tujuan penciptaan manusia? Apa kesudahannya?

“Dan ingatlah ketika Tuhan berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “apakah engkau hendak menjadikan orang yang hendak merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu? “. Dia berfirman, “Sungguh, aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” Al-Baqarah;30



Dan lagi satu,

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.” Az-Zariyat;56


Oh, semoga susah payah ini menjadi ibadah kepada Allah. Rupanya lahir manusia adalah jalan menuju Tuhan, baru tahu pula =)

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya.” Al-Insyiqaq;6


Semoga memperoleh akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..