Sunday 15 March 2009

PPSMI; Tun Dr.Mahathir

Berikut adalah jawapan Tun Dr.Mahathir yang sering saya ikuti. Klik di sini untuk membaca secara penuh. Jangan baca komen di sana, nanti ada yang marah, kalau nak baca juga, sila berlapang dada dan ketepikan sentimen emosi. Semoga rasional mencari solusi.

Ini antara petikan yang menarik perhatian.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

Jika benar arus sekarang memerlukan kita belajar dalam bahasa inggeris, ya kita mesti kuasai, tetapi janganlah lebih kuah dari sudu.

5 comments:

  1. tentulah tun bersetuju dgn ppsmi sbb idea ppsmi ni dr tun..
    tun yg mula2 membgkitkan rmai diplomat yg x pndai speaking..

    ReplyDelete
  2. Diplomat tak pandai speaking tak ada kena mengena dengan PPSMI..bila masa pulak bahasa diplomat ada kaitan dengan Sains dan Matematik yang dipelajari sewaktu sekolah men dan ren..apalah Tun ni..eee..benci giler aku...

    ReplyDelete
  3. tak kisah nak belajar dalam bahasa apa pun, insyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ Allah pasti tunjuk jalan, tapi apa yang lebih membimbangkan ialah kebolehan orang sekarang berbahasa melayu dengan betul, dan sikap mereka yang malu bercakap bahasa melayu, konon hebat sangat cakap bm

    ReplyDelete
  4. sikap yang paling utama kena ubah dulu. orang Melayu ramai yang malas dan terlalu selesa, jati diri tu yang sering dilupa..kenapa PPSMI xwajar?belajar dlm b.m utk tingkatkan jati diri, keyakinan dan kekuatan kognitif. pengetahuan tu kemudian boleh pindahkan ke dlm b.i.saya tak menolak b.i.apasalahnya pandai b.i tanpa melupakan b. malaysia?. dlm ASEAN sendiri meletakkan ikon negara Jepun sebagai model. kanak2 Jepun membaca buku "struktur atom" sambil golek2 atas katil ja.adakah India sgt maju w/pun sistem pendidikannya dalam b.i?

    ReplyDelete
  5. theres come about attitude, willingness to change and everything.

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..