Wednesday 11 March 2009

Tolonglah! PPSMI


Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.

- A. Samad Said

4 comments:

  1. Salam WUFI

    Sejarah tak boleh ajar dalam BI kerana tak ada kolerasi. Tapi kerajaan kita ni 'gila2 sikit' (sebenarnya gila banyak), tidak mustahil Sejarah, Geografi hatta Pendidikan Islam akan diajar dalam BI. Semua ini mendorong diri merebut jawatan Menteri Pelajaran/Pengajian Tinggi suatu hari kelak untuk membetulkan kepincangan dunia pendidikan tanah air

    ReplyDelete
  2. ingatkan kau yg tulis sajak tu..
    hehe..
    Betul..betul..betul.. (gaya upin ipin)
    apalah yang perlu dibanggakan dgn english?
    btul, pelajar boleh menjawab soalan yg ditanya..teteapi mereka kurang paham..kefahaman mereka kurang..
    teringat masa mengajar di kuala penyu dulu..alahai, sepatah haram pun diorg x paham BI..mcmn nak ngajar sains dlm bi?
    cuba tgk dlm akhbar, ada artikel pasal guru besar yang marah apabila kes PPSMI ni..
    bkn guru besar tu yg mengajar pun..mn diorg tahu pasal ni..
    ada dgr rungutan ibubapa yg menyalahkan guru..
    'guru x nak guna pendekatan mengajar dlm bi, sbb tu pljar x dapat..lagipun bdk tahun 1, kalau ajar dr mula, mst dapat..'
    apa reaksi kita??
    lama juga berfikir..tapi jawapannya..jika mengajar dlm bm pun ramai pljar yg gagal..inikan pula mgajar dlm bi..mkin bertambah la..
    masalahnya adalah pada pelajar luar bandar..
    kesiannya mereka..
    (pnjg laa pula)..=P

    ReplyDelete
  3. @muslimin agung: aah patut ko jadi menteri pelajaran, memang wajib!

    @irsha: poning kepalo den, pelajar kampung dulu2 orang ulu pon berjaya menjawat jawatan besar dan belajar luar negara tanpa lupa asal usul, kita yang kadang baru belajar pandai engkish sikit dah lupa "it sound stupid when i speak malay"

    so takda beza pelajar kuala penyu, nabawan, sk buaian atau sri damansara atau flat gombak, potensi sama, peluang tak sama

    ReplyDelete
  4. betul..betul..betul..
    potensi sama, peluang x sama..
    yg bndr bkn pndai sgt bi pun..
    cuma persekitaran mreka yg membuatkan mrk lebih phm sdikit bi dr luar bndr..
    'i sound stupid when i speak malay'..kata pljr bndr..
    suruh tulis karangan pun bkn hebat sgt pun..
    whai ibu bapa, mengertilah, bkn kami tidak mahu mengajr..tp, bahasa itu jiwa pd bngsa..
    jepun, korea, rusia, perancis, britain, US snua berjaya kerana semua pelajaran diajar dlm bhsa mereka..
    jgn kita mendewakan bi..sdgkan kita ada bahasa kita sndiri..

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..