Thursday 12 March 2009

Cinta Luar Biasa

1. “Ya Allah, besarnya gajah tu, comelnya anak dia” kami teruja melihat haiwan di zoo Lok Kawi. Ini kali ketiga saya melihat haiwan tempat sebegini.

2. Dalam banyak-banyak haiwan, gajah antara haiwan paling menyentuh hati dan perasaan. Emak gajah bersama-anaknya, menggeselkan badan penuh kasih sayang. Manakan tidak, gestation period (tempoh mengandung) si gajah selama 22 bulan, paling lama antara haiwan darat. Anak gajah yang baru lahir akan mencecah 120 kg. Immortal love!

3. Joy memegang ular sawa bayi bernama Amber, berusia 6 bulan. Saya hanya mengusap sikit-sikit sahaja, manakala irsha berlari menjauhi kami. Pegawai zoo kata, mereka menjaga sedari ular sawa itu menetas dari telur. Extraordinary love!

4. Mowgli si orang utan. Ia merupakan haiwan peliharaan kemudian diambil oleh kerajaan dan diletakkan di Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok. Mowgli mengalami jangkitan di paru-paru, masuk hospital, kemudian sihat dan tinggal bersama orang utan yang lain. Malangnya, Mowgli sering dibuli oleh orang utan lain di Sepilok. Ini kerana Mowgli biasa tinggal dengan manusia sehingga tidak mampu lagi bersaing dan bermasyarakat bersama keluarga orang utan yang lain. Akhirnya kehidupan Mowgli diteruskan di Zoo Lok Kawi.

Mowgli sungguh manja dalam dukungan pegawai zoo, dia merengek-rengek meminta makanan dan sesekali batuk. Dia pula pandai ‘mengada-ngada’ kerana terlihat sekotak susu tinggi kalsium. Dia biasa minum menggunakan ‘straw’ kerana telah diajar semasa tinggal dengan keluarga manusianya dulu. Mowgli agak malu-malu apabila lensa kamera sentiasa dihala ke arahnya. Outstanding love!




5. Carlo dan Paco, si burung nuri pun sangat cerdik dan manja. Ia dihadiahkan oleh sebuah keluarga. Seekor berkepala hijau dan satu lagi merah. “apa khabar, hello” sering diulang-ulang. Carlo dan Paco mempunyai sayap, tetapi tidak dapat terbang kerana sudah beradaptasi dengan kehidupan di dalam sangkar semasa tinggal dengan manusia. Kasihan!

Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan juga pada dirimu sendiri . Maka apakah kamu tidak memerhatikan? Az-Zariyat 20-21


Allah jualah yang mencampakkan sedikit rasa kasih dari sifat Pengasih dan Penyayang kepada jiwa manusia untuk menyayangi haiwan itu. Gajah, zebra, gibbon (paling unik), rhino, dan lain-lain, aku jatuh cinta sama kamu!

nak cerita pasal naphentes,nanti banyak pula.

2 comments:

  1. aku phobia dgn ular..huhu..
    nsib baik aku perasan awal pekerja tu bw si Amber tu..
    klau x, mst aku lari satu zoo tu td..huhu
    gajah pling menarik!!
    ptt la ustaz israq ckp..pegi zoo perhati gajah..
    indahnya ciptaan Allah

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..