Wednesday, 4 November 2015

Anakku, Allah menjagamu

Pagi-pagi waktu dalam kereta mama riba Mus'ab, sambil mama bacakan ayat-ayat lazim seperti fatihah, al-ikhlas, falaq dan nas. Lepas tu mama hembuskan ke kepala Mus'ab, amalan ini diriwayatkan dalam hadis nabi tentang meminta perlindungan dari Allah ketika nak tidur. Tapi mama buat jugalah bila-bila teringat dan tak kira masa.

Bila baba belok masuk ke taman rumah makcik yang mengasuh Mus'ab, wajah kamu dah nampak stress, kerut-kerut kening dan diakhiri dengan tangisan kuat. Mama akan pesan, insyaAllah petang nanti mama ambil, mama kerja di office, mama itu dan ini, Mus'ab kuat, baik, anak soleh dan Allah akan jagan Mus'ab. Mus'ab mesti minum susu dan makan okay. 

Haaa begitulah suasana berperang dengan perasaan. Bila lepaskan dia dari dukungan, mama pura-pura tak sedih. Mama ada cara bagaimana nak atasi perasaan ini. Bukan mama gembira saat melepaskan kamu, bukan mama tak sayang atau suka tinggalkan Mus'ab dengan orang lain. Tapi mama kuatkan hati tau, nangis pon dalam hati, nak bersuara tak boleh, nanti baba bebel.

Macam mana cara mama kuatkan hati? Semoga boleh jadi perkongsian untuk ibu bekerjaya yang lain.

1. Yakinkan sepenuh hati bahawa Allah maha menjaga hambanya. Jaga kita semasa bekerja, jaga anak semasa ditinggalkan hatta jaga kita bersama walau ke mana saja. Jaga iman, keselamatan dan kesihatan. Jaga daripada perbuatan khianat dan aniaya org jahat. Hati kita hanya bersandar pada Allah. 

Memang terfikir segala negatif, tapi tepis cepat-cepat, istigfar dan terus doa kepada Allah. 

2. Ingat ada orang lain yang jauh lebih hebat ujiannya.

Bila mama hantar Mus'ab, dalam fikiran okay petang boleh ambil. Tapi ingat kawan mama kerja dengan syarikat cari gali minyak, kalau offshore berhari-hari, kena naik bot pergi laut, dari laut ke platform kena lompat macam tarzan, belum kira faktor cuaca. Dalam kondisi begitu, masih teruskan pam susu untuk buat stok dan nak bagi maintain susu badan terus terhasil. 

Kemudian mama ingat balik kawan mama yang doktor kena oncall. Tinggal anak mereka 36-48jam. Kemudian jumpa anak dalam keadaan mengantuk dan letih. Di tempat kerja mereka penuh dengan stres dan menuntut kesabaran yang tinggi. Mereka kena jaga anak orang lain, sedang anak mereka tidak dijaga. Tawakkal mereka kepada Allah sungguh tinggi ketika bertarung menyelamatkan pesakit, pada masa yang sama anak entah bagaimana.

Banyak lagi ibu bapa yang lain, hantar anak di pagi yang masih gelap, dan kemudian berjumpa anak di pon bila dah gelap.

Dalam pada itu, mereka masih giat dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah pada hujung minggu sambil kilik anak ke sana ke mari.

Kita jauh beruntung Mus'ab, mama hantar kamu dalam jam 730 pagi dah panas terik, kemudian ambil petang jam 4, lepas tu kita boleh pergi minum petang, pergi main pantai atau paling koman pon mama bawa ke playground.Mus'ab paling suka main see saw dan kuda yang goyang-goyang tu.Mus'ab pon dah pandai turun slide sendiri, walapun slide tu macam tunnel gelap dan berputar-putar.

Bila balik rumah mama atau baba mandikan Mus'ab, mama sempat masak makanan untuk makan malam dan bekal kamu esok. Tapi tu kalau mama rajin, kalau malas, baba kata jom keluar. Sempat juga isyak mama dan baba bawa kamu ke masjid walaupun kamu tak masuk saf, dan hanya duduk dengan kakak-kakak student yang tak boleh solat. 

Semua itu nikmat masa yang Allah anugerahkan buat mama dan baba. Tak perlu kerja lebih masa, tak perlu outstation malah tak ada oncall !

Itu pun mama masih mengeluh kadang-kadang, letih, malas, dan kata tak cukup masa.

Oh, i take it for granted. Mama mohon maaf Mus'ab. Banyak khilaf mama dalam membesarkan dan mendidik Mus'ab.

Mama ingat masa kecil dulu, mama cukup jelous dengan kawan-kawan yang emak mereka tak kerja. Baju mereka digosok oleh mak mereka, ada bekal tersedia dan balik rumah terus jumpa mak mereka. Mama pula kena tunggu sitti balik kerja. Masa tu manalah tahu, itulah emak yang bertungkus-lumus menyara keluarga.

Semoga Allah jaga kita biar berjauhan, tapi kita dekat dalam doa. Yakinlah, Allah sentiasa jaga kita bila kita jaga Allah.


Ihfadzillah yahfazuka.

Mama

87027 Labuan



Thursday, 15 October 2015

Murder your Darlings

Suasana bilik sejuk dirasakan panas, perut aku memulas macam nak cirit. Semua ini terjadi ketika mendengar 'pertuduhan' dari pihak atasan mengenai tindakan aku memberikan markah rendah kepada pelajar. Namun aku gagahkan demi prinsip menjaga amanah dalam kerja. Aku rasakan ramai yang maklum fenomena yang berlaku di kalangan pelajar, namun sikap 'play safe' benar-benar menyelamatkan mereka daripada berada dalam situasi aku seperti sekarang.

Walaubagaimanapun, tindakan aku adalah beserta bukti dan tidak membabi buta. 20% peruntukan markah adalah markah daya usaha yang cikgu boleh nilai, kiranya tak pandai pon tak mengapa, asalkan ada inisiatif. InsyaAllah peluang berjaya masih ada.

Disebabkan aku tidak mahu 'play safe', maka aku mengambil jalan 'put yourself into the fire'. Istilah ini aku reka sebab nak menampakkan betapa gundah gulanya hidupku sejak kejadian itu. Dan sesungguhnya semester ini amatlah sukar sepanjang 6 tahun berkhidmat.

Aku harus mendepani cabaran mengajar pelajar PDT pelajar yang ponteng dan lemah dan kegagalan pelajar menyelesaikan tugasan. Ia biasa. Tapi sungguh kasihan, apabila saban hari berjumpa dengan mereka, motivasi mengajar dan tenaga menjadi lumpuh akibat masalah tingkah laku sahaja. Minggu demi minggu dilalui dengan tabah (walaupun ada amukan niyang rapik), tapi semua itu digagahi sebab memikirkan, mereka lemah, mereka nak belajar, abaikan yang tak mahu belajar, esok lusa anak kau pula nak belajar.

Berbalik kepada kepala cerita di awal tadi, aku memang sakit perut menahan cirit, peluh memercik menahan sabar mendengar idea-idea orang atasanku. Aku hanya anggap beliau telah lupa daratan dan cakapnya aku dulu dan kini aku ingat sebiji sebiji, semuanya tak selari!!

Aku diam lalu meminta diri, sebab aku ada kelas lagi yang perlu dihadiri. Ada masa lagi, fikiran sungguh terganggu, aku tangguhkan niat nak tercirit tadi, aku baca quran dan minum air masak banyak-banyak sebelum mengajar. Selepas kelas, aku rasa tenang dan gembira seperti biasa. Tapi 'body stress' aku belum hilang. Aku pecut balik rumah dan segera ke tandas. Solat dan makan. Bayangkan semasa makan, aku menangis tak dapat tahan air mata. Perjuanganku sia-sia. Makan laju-laju sebab tak sempat dah, kena pergi kelas satu lagi. Susu pon tak sempat pam, stok susu Mus'ab pon dah habis.

Jadi di sini aku curahkan segala. Tindakan aku memberi markah adalah markah berdasarkan tugasan yang diberi. Didapati pelajar tersebut masih tidak hantar dan tidak mengendahkan, aku beri amaran lagi. Namun sia-sia. Belum lagi dengan masalah ponteng dan sikap mereka dalam kelas. Akhir sekali masa memberi markah telah tamat, aku tekadkan diri tiada lagi peluang akhir. Aku simpulkan bahawa sebenarnya mereka sendiri yang mencelakakan diri, mereka sendiri yang memilih untuk tidak ditolong walaupun 20% itu adalah salah satu bentuk pertolongan berbanding pertolongan lain. Dan mereka sendiri sudah tidak berminat belajar.

Aku tulis segala tugasan yang aku sediakan, dengan harapan, jika mereka usahakan, ia akan membawa pulangan baik buat mereka sebagai penuntut ilmu. Malangnya, aku hanya syok sendiri. Aku juga rekodkan kehadiran sebagai bukti. Dalam kelas amaran dan nasihat bersilih ganti agar mengubah sikap, memperbaiki diri dan meningkatkan potensi diri, tapi semua tu tak dipeduli. Pernah aku laporkan kepada ketua jabatan, mereka dipanggil dan diberi amaran, tapi tak jalan. Mereka juga diugut, tapi aku tak percaya akan ugutan itu sebab sejarah menjadi bukti, semua di sini akan dilindungi walau bagaimana budi pekerti, akademik mahupun sikap kendiri.

Akhirnya, itu sajalah yang dapatku tolong, buat apa dibela. Kalau aku bagi markah tinggi demi aku nak 'play safe', akan berlaku 'domino effect'.

Camni, bayangkan kalau mereka dapat markah tinggi, gred pon 'so so' bagus, walau hakikatnya kita sendiri tahu tahap mereka, mereka pula ditawarkan ke universiti, membawa gred yang 'so so', juga membawa sikap acuh tak acuh belajar, juga membawa masalah konsep asas yang tak selesai sejak sekolah menengah, mereka sebenarnya telah memburukkan nama institusi dan sistem pendidikan yang telah mereka lalui sebelum ini.

Bukan itu sahaja, tempat yang mereka dapat sepatutnya diisi dengan orang yang lebih layak yakni orang yang mahu belajar dan berusaha, namun disebabkan 'play safe', mahukan ranking baik dan lain-lain bentuk pengharapan sementara, maka natijahnya amatlah buruk dan amat menjijikan dilakukan oleh golongan pendidik.

Sepatutnya, kita harus lebih amanah, jika mereka terang-terangan memilih untuk tidak mahu belajar lepaskan dengan cara baik, beritahulah ada jalan lain yang baik untuk mereka, dan dengan itu, kita tak perlu bazirkan duit kerajaan membiaya golongan minoriti ini.

Perjuangan ini dilihat tidak memberi impak pon, malah akan terus dikutuk kerana menentang arus dan menyusahkan orang-orang atasan. Akibatnya, diri sendiri juga akan terkena bahangnya, itu paling pasti. Bagaimana? Pencapaian cikgu dinilai berdasarkan pencapapaian pelajar, jadi salah satunya selain mengajar ialah berikan markah tinggi walaupun itu pelajar bermasalah, demi selamatkan diri. Itulah sifir mudah.

Aku tak menyentuh tindakan mana-mana pihak. Itu hak mereka, timbang tara mereka dan hujah mereka. Aku punya pendirian. Hanya pelajar yang berusaha dapat apa yang mereka impikan. Kita punya nilai kemanusiaan, nilai kemanusiaanku ialah mendidik mereka dari awal agar berusaha, memupuk semangat belajar dan menyampaikan ilmu. Bukan pada memberi markah pada yang tak mahu ditolong. Sekurang-kurangnya pelajar patut adalah sedikit rasa tanggungjawab pada diri atau ingatkan kesusahan ibu bapa. Namun itu tak terjadi.

Aku menyimpan tulisan ini untuk masa yang lama setelah peristiwa ini berlalu. Hari ini aku siarkan setelah membaca dan berdikir berulang kali agar tiada unsur emosi. 

Mestilah emosi mengajar, tapi aku pupuk emosi yang positif. Bahawa mereka insan yang datang dari jauh menimba ilmu. Semoga Allah berkati ilmu dan hidup. Aku turut merenung diri menginsafi kelemahan diri ketika mengajar. Kurangnya sabar, kurangnya ilmu pedagogi dan ilmu kimia..ya aku janji setiap hari aku perbaiki. Aku berusaha hari demi hari mencapai yang terbaik dan tertinggi.

Kenapa murder your darling.. Nanti aku kongsikan...bersambung jika aku rajin

Amal Harun
Jelebu

Tuesday, 28 July 2015

Meroyan Dalam Hati

Today is my first day class after a long mid semester break. This semester, i choose to challenge myself by teaching PDT students. They are weaker students compared to PST students. Sometimes weaker but most of the time weakest then others..

So today, what brings me to write on my blog? Meroyan!!!

Sudah tidak sanggup lagi meluahkan pada suami atau rakan. Masing-masing punya masalah tersendiri, dan alaaahh normallah kalau pelajar malas atau tak pandai, what do you expect??  kalau pandai dia tak masuk PDT. Betul jugalah. 

But still i want to burst my emotion, my anger and my frustration towards these peoples.

Geraaammmm tapi haruslah sabar, tak berbaloi sakit kepala kerana orang yang tak mahu belajar, tak mahu usaha, malah bodoh sombong pon ada.

Ok, back to my class. We have 2 hours lab today, since 3?experiments were complete for this sem, this 2 hours should not be wasted, they have to complete their tutorials.

Basically in tutorial, i give a short explaination regarding short topic to learn. So today, i decided to explain Galvanic Cell.

I ask students, have they try to answer or solve the question? I was shocked and frust until no limit huhuuuu.. When only 1 of them had tried, and all of them were still in thermochemistry!! 

It was unexpected when they;

1. still at thermochemistry, just stop where the tutorial lecturer stop during previous class about last 2 weeks.

2. Zero effort to solve electrochemistry when electrochemistry lecture was over almost last 2 weeks.

3. 3rd chapter lecture has started for 1 hour, but galvanic cell still zero, havent touch the question at All!

Kepada insan yang bakal masuk PDT matrikulasi, sedarlah... Pensyarah bermati-matian mengajar, menyuapkan segala yang boleh disuap, mengajar dari perkar basic tingkatan 4 kerana pensyarah percaya, jika basic tak kuat, maka bagaimana nak apply untuk konsep yang lebih kompleks.

Pensyarah di matrikulasi nampak saja relax, tapi mereka mengajar pelajar seperti tahap tingkatan dan pada masa yang sama nak menyediakan pelajar yang berdaya saing di universiti dalam tempoh setahun atau 2 tahun!

Dalam pada pensyarah bermati-matian ajar dalam kelas, emak dan ayah bekerja keras menyara pengajian di sini, kerajaan yang menyediakan prasarana kemudahan belajar dan membayar gaji pensyarah dan lain-lain, begitu juga dengan orang awam yang membayar cukai agar kerajaan dapat menyediakan fasiliti pendidikan, anda masih cuai. 

Berapa ramaikah orangbyang telah anda khianati disebabkan sikap tidak acuh belajar, sikap malas dan gemar berhibur sepanjang masa?

Jika orang lain anda khianati tidak mengapalah, tapi diri anda sendiri pon anda khianati dan zalimi, tiada siapa lagi yang dapat menolong anda.

Jika anda terbaca apa yang ditulis oleh saya hari ini di sini, dan anda tergoling sebagai pelajar PDT yang malas lagi lembap, bercita-cita untuk ponteng kelas dan merancang mahu 4.0 setiap semester, berdoalah agar Allah beri kekuatan kepada anda untuk bertaubat, insaf dan mahu berubah.

Berubahlah sebelum terlambat.

Sakit kepala dah kurang sikit, sebab dah menghamburkan kekesalan. Aku doa supaya aku terus kuat mengajar, tak harapkan pulangan apa pon, hanya pohon agar bersabar sebagai cikgu kimia forever.

Amekowww nak sangat ajar PDT kan...

Titik



Sunday, 28 June 2015

Selamat 2 Tahun Bercinta

"Untunglah hang dapat suami yang hang nak, aku belum jumpa laki yang aku nak" begitulah bunyi kata-kata kawan yang masih mencari calon hidup.

"Bukan aku nak pon kawin dengan dia" 

"Haaaa? Jangan kufur nikmat wehhh"

"Heheee maksud aku, bukan aku NAK kawen dengan dia, tapi memang aku perlu kawen dengan dia. Nak dan perlu tak sama." 

Kenapa makin rasa perlu kawen dengan dia? Sebab dia SABAR. Kadang sabar dia buat aku jeles, dia boleh dapat banyak pahala sebab sabar dengan perangai aku. Aku boleh hilang banyak pahala sebab tak bersabar. 

Begitulah dalam tempoh 2 tahun kawen ni, sangat banyaklah kekurangan aku dalam segenap aspek contohnya sudut ibadah khusus, banyak aku belajar. Bab masak-masak, letih macam mana pon tetap masak kerana kami lebih gembira makan seadanya di rumah....sesekali makan luar baru rasa sedap. Makin rajin google resepi, rajin mop lantai yang mana sepanjang hidup bujang dulu adalah 2 kali pegang mop. Bab akhlak, iaitu part nak mengumpat terus tak jadi sebab takdak respon, dan kemudian baru terperasan bahawa sedang mengumpat tapi tiada gang. Kiranya dia inhibitor mengumpat.

Sedang banyak khilaf tak disedari, banyak kata-kata menyakitkan hati, banyak kekurangan budi pekerti, dia terima, sebab aku isteri.

Selamat 2 tahun hidup bersama, bercinta dan berduka. Terima kasih untuk semua, semoga Allah balas untukmu syurga.

Selamat 2 tahun menikah in advance.

Amal Harun
Labuan


Thursday, 28 May 2015

From Jelebu to Jeddah

Bermulalah musafir mama dan baba dari Jelebu. Pak teh Yazid yang bawa kereta, atok di depan. Mama, Mus'ab, baba dan wan di belakang. Pakteh punya gaya pemanduan dan suasana melalui Bukit Tangga dan jalan Kuala Klawang menyebabkan mama muntah. Masa tu semua tidur termasuk Mus'ab. Mama cakap pada atok, mama nak muntah. Berhenti tepi jalan dan muntah semuanya.

Sehingga ke KLIA mama berterusan muntah. Mama gagahkan diri susukan Mus'ab Tapi Mus'ab pula tak mau menyusu. Mus'ab nak pandang keliling dan asik buka tudung mama sambil senyum-senyum. Mengalir air mata masa tu bahawa mama akan tinggalkan Mus'ab di Jelebu. Mus'ab boleh senyum sebab Mus'ab belum faham mama dan baba nak ke mana. Dan ketika tulis ni, mama sangat rindu Mus'ab tapi mama sedar ini untuk sementara. Inilah manifestasi cinta kita sesama manusia, Allah adalah sandaran kita. Tiap doa mama di Madinah, mama doakan Mus'ab. Keluar dari Nabawi, mama lihat mana-mana baby, mama ingat Mus'ab. Bukan mama saja, baba pon. Pendek kata, kitorang tak lupakan Mus'ab, ingatan mesti diiringi dengan doa, pesan baba.

Back to muntah, mama muntah sampai lembik, masa nak scan passport sampailah dalam kapal terbang. Nak cerita details tapi banyak sangat. Mama gagahkan semuanya. Jika ditakdir mati, matilah di tempat mulia. 

Setelah 3 jam penerbangan mama masih muntah berterusan. Mama hanya minum dan makan buah. Lepas muntah mama minum dan baring di paha baba. Mama pejam mata dan tidur. Tapi mama tak tidur, mama terdengar suara baba teresak-esak menangis. 

"Amal, awak tak patut pergi tadi..." Mama tahu baba tak sanggup lihat mama macam ni dan baba tak tahan berpisah Dengan Mus'ab di KLIA tadi. Mama lihat tadi baba peluk Mus'ab dan cium, baba nangis. Wan pon nangis. Mus'ab relax saja dalam dukungan atok, mama pula pulun muntah. Dan di situ berpisah, mama lihat Mus'ab pergi. 

That us our toughest decision we ever made!

Pukul 3 petang penerbangan berlepas, mama muntah dan minum segala air yang ada. Kemudian mama asek minta air milo ais sampai habis dan bisnes class pon habis milo ais. Mama rasakan Allah mula memberi kesembuhan kepada mama melalui air milo itu. Milo ais. Mama masih muntah, tapi bila muntah milo ok la, tak sakit sangat, rasa pon masih ok berbanding muntah jus oren yang memedihkan tekak mama... Jijik pula kalau imagine.

Sampailah air milo habis mama gagahkan makan toti dalm 2 cubitan. Muntah juga, begitulah buah dan apa saja... Lepas tu mama minta air kopi ais. Syukur alhamdulillah flight attandance (MAS) sangat sabar dan membantu. Muntah pon stop, masa tu dalam jam 10 waktu Malaysia, 7 jam penerbangan, lebih kurang dah 11 jam mama muntah. 

Kalau masih muntah, mama rela dimasukkan iv drip di Jeddah nanti. Tapi mama yakin nak pergi tempat barakah Allah pasti lindungi dan sembuhkan. 1225 waktu malaysia, 745 malam waktu jeddah, kami pon mendarat. Biasalah kena berbaring dan tunggu, mama jadi loya, bawa air sickness bag, tapi ada makcik hulurkan gula-gula hacks. Ohhh lega. 

Kami melepasi tapisan imigresen arab saudi. Dan solat di airport jeddah. Mama ambil kesempatan untuk tukar baju dan solat lepas tu pam susu, sebab dah bengkak sangat. Hampir 2 botol sempat pam dan mama hanya buangkan saja susu itu bersama linangan air mata. Mama fikir apa yang Mus'ab sedang buat, lapar atau kenyang, macam mana Mus'ab menyusu. Allah jualah sebaik penjaga.

Kami bergerak ke Madinah dengan bas selama 6 jam. Malam gelap, mama masih pam dan buang saja susu tersebut. Mama rasa semakin okay, rapid recovery bila ingat Mus'ab hihiii.

225 pagi waktu Madinah, mama tiba di mubarak silver hotel, selang 3 bangunan dari Nabawi. Mama mandi dan terus siap, jalan kaki dengan baba, masuk ke masjid Nabi, kekasih Allah.

Inilah Madinah, tanah yang menyimpan jasab manusia mulia kekasih Allah, bumi penuh barakah dan perjuangan menegakkan syiar Islam. 

Mama letih tapi rindu nabi,
Madinah al-Munawwarah

Wednesday, 29 April 2015

Mama sayang Mus'ab


Mus'ab anak mama yang soleh, 

3 mei 2015, mama dan baba akan ke tanah suci. Inilah pertama kali mama dan baba keluar dari malaysia. Sebab belajar di universiti tempatan katakan. Inilah pengalaman pertama melihat negara orang. Jadi eloklah dimulai dengan tempat ibadah, kota suci umat islam. Selama ni kan hanya belajar dan baca sejarah saja. Jadi inilah peluang melihat bumi perjuangan nabi Muhammad s.a.w mulakan dakwah.

Cadangnya hendak umrah selepas kahwin, tetapi baba sambung belajar, duit pula lepas kahwin tak begitu cukup, jadi tangguh dulu. Lepas tu mengandung dan kini menyusu... Pendek kata ada saja halangan. Sehinggalah februari lepas, baba kata jom pergi.... 

Berat hati mama nak tinggalkan. Di samping Mus'ab yang masih tak mahu botol. Mama juga risau, bila Mus'ab dah tak menyusu direct, nanti susu akan kering. Banyak sumgguh kerisauan, belom lagi risau bagaimana keadaan Mus'ab waktu malam sebagai clingy baby. Mus'ab hanya nak attach pada mama saja. Bukan itu saja, mama juga risau sebab Mus'ab tak mahu makan makanan baby. Maka menamgislah mama tatkala terpandang Mus'ab di waktu Mus'ab tidur dan selepas solat. Bagaimama kita jika berpisah nanti?

Tapi perginya mama adalah jemputan dari Allah. Mama tak harus risaukan semua itu. Allah sebaik-baik penjaga. Allah maha menjaga. Mama kata mama jaga bagus, tidak! Sekali lagi hanya Allah yamg maha menjaga, makan minum, kesihatan dan keselamatan Mus'ab. 

Betapa ramai yang ada duit dan masa tapi belum dijemput, atau tidak dapat visa.  Alhamdulillah segala urusan Allah mudahkan. Memang inilah jemputan Allah buat mama dan baba. 

Mus'ab, kamu adalah hadiah Allah buat mama dan baba. Apalah kiranya meninggalkan barang sebentar 'hadiah' untuk pergi mengabdikan diri menemui Sang Maha Pemberi hadiah. Inilah ujian untuk kita. Kita akan berpisah, seketika atau selamanya.

Andai Allah tak izinkan kita bertemu, mama dan baba tiada meninggalkan Mus'ab dengan harta dunia atau seumpamanya. Mama harap Mus'ab teruslah berjuang menjadi hamba Allah, tunaikan solat berjemaah, jadikan al-quran dan sunnah pegangan, berakhlak mulia dan terus mendoakan mama dan baba. 

Kehadiran Mus'ab dalam hidup mama dan baba sangat bermakna, kami sungguh bahagia dan gembira semenjak positif urine test lagi... Apatah lagi melihat Mus'ab lahir sebagai bayi yang sihat dan ceria. Semua itu adalah nikmat yang tak mampu dihitung atau dibalas. Bukan itu sahaja, wan dan atuk juga gembira sebab kamu cucu pertama mereka, jadi mereka mendapat priviledge menjaga Mus'ab. 

Untuk segala nikmat yang kita kecapi sekarang, apalah sangat berkorban sebentar meninggal cinta yang kecil untuk menemui cinta yang jauh lebih besar. Sebanyak mana pon sayang mama pada Mus'ab, ia tak tercapai malah tak terbanding dengan kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba.  Maka, mama mohon agar disampaikan hajat untuk pergi beribadah di sana dan semoga Mus'ab dalam peliharaan Allah sentiasa. 






Sekian
Mama sayangkan Mus'ab kerana Allah

Friday, 10 April 2015

Beg Baba

Mus'ab,

Ini kisah pasal beg baba. Baba sejak zaman bujangnya memiliki beg kecik yang sering dibawa ke mana saja, disilangkan di badan, jadi kita panggil beg itu sebagai sling bag. Dulu mama nampak baba pakai beg tu, nampak selekeh. Jadi, bila sudah dekat tarikh kami nak menikah, mama pon buat checklist, apa mama nak buat (apa nak ubah) setelah nikah. Antaranya mama mesti rajin cuci toilet dan dapur, rajin masak, solat awal waktu, push baba solat subuh berjemaah di masjid dan banyak lagi.

Tetapi salah satunya ialah menghalang baba dari memakai sling bag lagi selepas nikah. Rupa dah macam orang jual CD atau konduktor bas. Bila baba tahu hasrat mama nak mengekang beg itu dari baba, baba pon marah dan kata itu tak mungkin terjadi. Lama-kelamaan mama semakin melupakan hasrat tersebut dan rasa usaha mama takkan berjaya. Ok mama pon give up!

# Kisah 1: Hospital Seberang Jaya

Selepas mama dibedah, katil mama di kawasan dekat dengan pemerhatian jururawat. Selepas 1 malam di situ, mama dah boleh jalan ke tandas, mama dipindahkan ke katil dalam bilik. Waktu dipindahkan tu, mama hanya dapat jalan terbongkok-bongkok, Mus'ab di bawa oleh jururawat dan barang-barang lain dibawa oleh jururawat pelatih. Waktu tu baba pergi solat, dia tinggalkan sling beg di hujung katil mama.

Tak lama kemudian, baru baba perasan yang sling bag sudah tiada. Baba terus ke tempat katil lama mama, tiada! Habis baba tanya nurse, cleaners dan akhirnya semua pak Guard. Muka baba masa tu memang cemas. Dalam tu ada kad debit, kad kredit dan paling penting kad pengenalan mama. Macam mana nak buat surat beranak Mus'ab kan???

"Okay, relax-relax" kata mama cuba menenangkan padahal mama geram juga. Namun apakan daya, dalam suasana dan keadaan mama yang sungguh lemah tak mampu berbuat apa, mama hanya kata "bukan rezeki kita ini rezeki kita (merujuk kepada Mus'ab)"...duit boleh dicari. Kita google nombor bank dan block semua kad. Tak lama kemudian, semua kad telah dibatalkan.

Dalam sling bag juga ada kunci Viva (kereta mak mama) tapi baba yang pandu ke hospital. "hah cepat, nanti kereta tu orang bawa lari" mama pesan.

Namun kereta viva tetap di situ, tiada sebarang tanda. Baba pon telefon tok ayah agar bawa kunci pendua ke hospital. Petang tu, selepas sitti (mak mama) balik sekolah, mereka datang lawat mama dan Mus'ab. Tok ayah, nenek dan sitti (mak mama) dah maklum akan kehilangan beg baba tu.

Kami semua pasrah, sitti pesan apa ntah pada baba, istighfar dan selawat banyak-banyak. Sedang mama dalam tandas untuk mandi, jururawat heboh mencari "amal... Pesakit nama Puan Amal...". Nama mama dilaungkan. 

Bila mama keluar, sitti bagitahu beg baba dijumpai di tempat parking kereta oleh seorang lelaki. Tanpa hilang walau satu sen. Semuanya seperti sediakala.

"Allah jaga..Allah jaga" kata sitti. Tok ayah dan baba mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Beliau ialah suami kepada seorang pesakit di section pertama semasa hari pertama mama masuk wad. Dia kata dia perasan baba. 

Jadi, kisah tragis kehilangan sling bag baba selesai di situ. Kali ni mama kata, ini adalah satu keajaiban, rezeki jumpa balik tanpa hilang apa pon.

"This is the lesson, harap awak tak ulangi lagi kecuaian" kata mama.

# Kisah 2: Dompet

Dalam perjalanan balik dari Kk kerana menghadiri kelas, baba dan rakan singgah di stesen minyak. Baba yang keluar isikan minyak. Kata baba, dia letakkan dompet atas bumbung kereta dan akhirnya entah lupa... Dah lama baru ingat dan perasan, dompetnya sudah tiada. Syukur ada wang tunai dalam jumlah yang sedikit saja, kad-kad bank baba letak dalam tempat kad-kad di dalam sling bag. 

Jadi baba pon redha, baba pinjam duit kawannya untuk beli tiket feri.

Baba kata, dia tak mahu lagi ada dompet, biar tiada dompet lebih senang. Tapi mama tengok susah pula keadaan baba jika tanpa dompet. 

Mama pon belikan 1 dompet kulit berjenama supaya tahan lasak dan ringkas sikit bentuknya. Dompet ini sempena hari jadi baba yang ke 29. Baba pon terharu bila terima.

"Kenapa awak beli, risau kalau saya hilangkan" kata baba.

"Sebab saya belilah awak mesti berusaha agar tak hilangkan. Lebih berwaspada" pesan mama, tapi dalam hati mama, itu tak meyakinkan mama bahawa dompet itu akan dijaga dengan baik. Jika hilang tak mengapa, mama sudah arif dengan baba.

Adakah baba akan hilangkan dompet itu? Baca seterusnya.....

# Kisah 3: Jam hari jadi

Baba amat meminati satu jam tangan walaupun mama dapati banyak betul jam tangannya. Dah banyak masih nak beli. 

Mama kata, "belilah, saya bayarkan buat hadiah hari jadi awak" sempena hari jadi ke 28.

Kenapa mama begitu bermurah hati?

Sebab masa pergi masjid, baba kata dia nampak anak Pak Mustopa (suami ibu Nenden) seorang kenalan di masjid. Pak Mus dan Buk Nenden berasal dari Indonesia, mereka sering membawa anak-anak untuk solat berjemaah, jika hari cuti, subuh pon mereka sekeluarga pergi solat di masjid. 

"Saya nampak anak dia pakai jam xxxx" kata baba yang teringin lama dah dengan jam tu. Memanglah, Pak Mus kaya sebab dia kerja oil and gas, detik hati mama.

Tak lama kemudian mama pon kata pada baba "belilah jam tu, saya bayar sebagai hadiah birthday " baba pon terus beli.

Tak lama kemudian, dia ke tandas dan buka jam tersebut, kemudiam melaksanakan hajat dan terus keluar. Tandas tersebut di ofis baba. Dah lama baru dia sedar dan jam tersebut sudah tiada lagi di tandas dan di mana saja....hilang. 

# Kisah 3: Feri Kk-Labuan

Mama tak dapat ambil baba di terminal sebab Mus'ab sudah tak mahu duduk dalam car seat. Baba balik dari kelas dan mendarat di Labuan dengan rakan-rakan baba. Mujurlah Paklong kamu ada di bandar, dia jemput baba. 

Mama text baba dan pesan belikan makanan. Mama kelaparan sebab tak dapat masak, kerana memberi sepenuh perhatian pada Mus'ab. Mama sanggup lapar, dicampur dengan kemalasan. 

Text mama baba balas dengan mengatakan sling bag tertinggal dalam feri. Jadi perlu minta Paklong kamu bayarkan. 

Kali ini mama yakin, ia adalah pengajaran buat baba kesekian kalinya. Beg tersebut pasti hilang. Isinya apatah lagi. Dan dalam beg baba ada dompet yang mama belikan. 

Mujurla baba sedar dan terus telefon kawannya yang masih berada dalam feri. Kawan baba tolong ambil. 

Syukur, selamat semuanya.

# Kisah 4: urutan flashback

Dah tak berapa ingat, lebih kurang mac 2015, baba hantar sitti, maksu baby dan muhammad ke feri naknke memumbok.

Lepas tu baba balik rumah dan sedar beg dia dah tak ada. Dia cari di rumah, pejabat dan di masa destinasi yang disinggahi. Dia tak cakap kat mama.

Dia call sitti kot sitti terbawa, tapi sitti kata tak ada dan sitti doakan agar baba jumpa beg. 

Ikhtiar terakhir ialah baba pergi sekali lagi ke jeti dan cari, barulah baba ingat dia ada pergi tandas kastam, jadi beg baba dijumpai pegawai kastam. Kah kah kah...nasib la baba ada idea untuk membuat simulasi flashback agar bole trace beg.




Monday, 12 January 2015

Botol oh botol

ItuSelepas hampir 4 bulan cuti, saya balik ke Labuan dan mula kerja. Macam-macam rasa tau, takut dan nervous dengan pelajar, malas pon ada, nak kena menghadap pelajar yang malas. Ishh negatifnya otak. 

2 minggu pertama tiba di Labuan saya masih dalam cuti, saya tetap hantar Mus'ab kebrumah pengasuh. Nak biasakan dia dengan suasana baru dan kembali menggunakan puting susu. Semua pon nampaknya ok kecuali tak mahu hisap susu. Puting keras agaknya. 

Ia berlarutan sampai 2 minggu dan sebulan. Pelbagai puting dicuba. Mulanya Avent sebab teruja dengan promosi harga murah. Lansung tak kaji dan sedar tentang kewujudan masalah bayi tak mahu botol. Memang terlepas pandanglah akan perkara ini. Maka botol tu menjadi arca.

Masa sebulan, saya cuba bagi susu guna botol. Kalau nak keluar dan tinggalkan Mus'ab di rumah, boleh saja dia hisap guna puting avent tu. Dek kemalasan saya, saya hanya direct feed saja. Lagipon saya takut nipple confuse, nanti takut dia taknak hisap puting original dan nak puting susu botol pula. Ini boleh menyebabkan penghasilan susu badan terbantut. Jadi direct feed diteruskan. 

Ada banyak masa saya di rumah sementara menunggu hari mula kerja, saya pon merantau cari puting susu. Saya cuba MAM sebab boleh masuk botol avent. Reaksi Mus'ab ialah tatkala dimasukkan puting ke dalam mulut, dia akan UWWEKK!!!!

Kemudian cuba pegion peristaltic, pegion latex dan dr.baby. Mimijumi pon Mus'ab tak mahu. Malah makin teruk, dia menangis sangat kuat bila nak menyusu. Oh tidak!! Lepas tu cuba NUK latex pula tak mahu juga. Cuba lagi dengan Tommee Tippee pon tak mahu.  Saya doa siang malam huhuu... Siap lepas solat doa kuat-kuat sambil riba Mus'ab supaya nak minum susu botol. Stok EBM sangat banyak, tapi tak luak-luak. Saya dah mula skip jadual pam sebab agak kecewa dengan stok yang bertambah tapi sedikit pon tak luak. 

Kesudahannya, masih sama sehingga sekarang Mus'ab 8 bulan. Makan pon kadang nak kadang tak nak. Yang nak susu saja yang original. 

Oh mus'ab, kenapakah kamu cerewet?

Foto pertama: sebelum disuruh makan
Foto kedua: nak disuap makanan, beginilah adegannya.

Yang tak cerewet: Mama
Labuan