Ini kisah pasal beg baba. Baba sejak zaman bujangnya memiliki beg kecik yang sering dibawa ke mana saja, disilangkan di badan, jadi kita panggil beg itu sebagai sling bag. Dulu mama nampak baba pakai beg tu, nampak selekeh. Jadi, bila sudah dekat tarikh kami nak menikah, mama pon buat checklist, apa mama nak buat (apa nak ubah) setelah nikah. Antaranya mama mesti rajin cuci toilet dan dapur, rajin masak, solat awal waktu, push baba solat subuh berjemaah di masjid dan banyak lagi.
Tetapi salah satunya ialah menghalang baba dari memakai sling bag lagi selepas nikah. Rupa dah macam orang jual CD atau konduktor bas. Bila baba tahu hasrat mama nak mengekang beg itu dari baba, baba pon marah dan kata itu tak mungkin terjadi. Lama-kelamaan mama semakin melupakan hasrat tersebut dan rasa usaha mama takkan berjaya. Ok mama pon give up!
# Kisah 1: Hospital Seberang Jaya
Selepas mama dibedah, katil mama di kawasan dekat dengan pemerhatian jururawat. Selepas 1 malam di situ, mama dah boleh jalan ke tandas, mama dipindahkan ke katil dalam bilik. Waktu dipindahkan tu, mama hanya dapat jalan terbongkok-bongkok, Mus'ab di bawa oleh jururawat dan barang-barang lain dibawa oleh jururawat pelatih. Waktu tu baba pergi solat, dia tinggalkan sling beg di hujung katil mama.
Tak lama kemudian, baru baba perasan yang sling bag sudah tiada. Baba terus ke tempat katil lama mama, tiada! Habis baba tanya nurse, cleaners dan akhirnya semua pak Guard. Muka baba masa tu memang cemas. Dalam tu ada kad debit, kad kredit dan paling penting kad pengenalan mama. Macam mana nak buat surat beranak Mus'ab kan???
"Okay, relax-relax" kata mama cuba menenangkan padahal mama geram juga. Namun apakan daya, dalam suasana dan keadaan mama yang sungguh lemah tak mampu berbuat apa, mama hanya kata "bukan rezeki kita ini rezeki kita (merujuk kepada Mus'ab)"...duit boleh dicari. Kita google nombor bank dan block semua kad. Tak lama kemudian, semua kad telah dibatalkan.
Dalam sling bag juga ada kunci Viva (kereta mak mama) tapi baba yang pandu ke hospital. "hah cepat, nanti kereta tu orang bawa lari" mama pesan.
Namun kereta viva tetap di situ, tiada sebarang tanda. Baba pon telefon tok ayah agar bawa kunci pendua ke hospital. Petang tu, selepas sitti (mak mama) balik sekolah, mereka datang lawat mama dan Mus'ab. Tok ayah, nenek dan sitti (mak mama) dah maklum akan kehilangan beg baba tu.
Kami semua pasrah, sitti pesan apa ntah pada baba, istighfar dan selawat banyak-banyak. Sedang mama dalam tandas untuk mandi, jururawat heboh mencari "amal... Pesakit nama Puan Amal...". Nama mama dilaungkan.
Bila mama keluar, sitti bagitahu beg baba dijumpai di tempat parking kereta oleh seorang lelaki. Tanpa hilang walau satu sen. Semuanya seperti sediakala.
"Allah jaga..Allah jaga" kata sitti. Tok ayah dan baba mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Beliau ialah suami kepada seorang pesakit di section pertama semasa hari pertama mama masuk wad. Dia kata dia perasan baba.
Jadi, kisah tragis kehilangan sling bag baba selesai di situ. Kali ni mama kata, ini adalah satu keajaiban, rezeki jumpa balik tanpa hilang apa pon.
"This is the lesson, harap awak tak ulangi lagi kecuaian" kata mama.
# Kisah 2: Dompet
Dalam perjalanan balik dari Kk kerana menghadiri kelas, baba dan rakan singgah di stesen minyak. Baba yang keluar isikan minyak. Kata baba, dia letakkan dompet atas bumbung kereta dan akhirnya entah lupa... Dah lama baru ingat dan perasan, dompetnya sudah tiada. Syukur ada wang tunai dalam jumlah yang sedikit saja, kad-kad bank baba letak dalam tempat kad-kad di dalam sling bag.
Jadi baba pon redha, baba pinjam duit kawannya untuk beli tiket feri.
Baba kata, dia tak mahu lagi ada dompet, biar tiada dompet lebih senang. Tapi mama tengok susah pula keadaan baba jika tanpa dompet.
Mama pon belikan 1 dompet kulit berjenama supaya tahan lasak dan ringkas sikit bentuknya. Dompet ini sempena hari jadi baba yang ke 29. Baba pon terharu bila terima.
"Kenapa awak beli, risau kalau saya hilangkan" kata baba.
"Sebab saya belilah awak mesti berusaha agar tak hilangkan. Lebih berwaspada" pesan mama, tapi dalam hati mama, itu tak meyakinkan mama bahawa dompet itu akan dijaga dengan baik. Jika hilang tak mengapa, mama sudah arif dengan baba.
Adakah baba akan hilangkan dompet itu? Baca seterusnya.....
# Kisah 3: Jam hari jadi
Baba amat meminati satu jam tangan walaupun mama dapati banyak betul jam tangannya. Dah banyak masih nak beli.
Mama kata, "belilah, saya bayarkan buat hadiah hari jadi awak" sempena hari jadi ke 28.
Kenapa mama begitu bermurah hati?
Sebab masa pergi masjid, baba kata dia nampak anak Pak Mustopa (suami ibu Nenden) seorang kenalan di masjid. Pak Mus dan Buk Nenden berasal dari Indonesia, mereka sering membawa anak-anak untuk solat berjemaah, jika hari cuti, subuh pon mereka sekeluarga pergi solat di masjid.
"Saya nampak anak dia pakai jam xxxx" kata baba yang teringin lama dah dengan jam tu. Memanglah, Pak Mus kaya sebab dia kerja oil and gas, detik hati mama.
Tak lama kemudian mama pon kata pada baba "belilah jam tu, saya bayar sebagai hadiah birthday " baba pon terus beli.
Tak lama kemudian, dia ke tandas dan buka jam tersebut, kemudiam melaksanakan hajat dan terus keluar. Tandas tersebut di ofis baba. Dah lama baru dia sedar dan jam tersebut sudah tiada lagi di tandas dan di mana saja....hilang.
# Kisah 3: Feri Kk-Labuan
Mama tak dapat ambil baba di terminal sebab Mus'ab sudah tak mahu duduk dalam car seat. Baba balik dari kelas dan mendarat di Labuan dengan rakan-rakan baba. Mujurlah Paklong kamu ada di bandar, dia jemput baba.
Mama text baba dan pesan belikan makanan. Mama kelaparan sebab tak dapat masak, kerana memberi sepenuh perhatian pada Mus'ab. Mama sanggup lapar, dicampur dengan kemalasan.
Text mama baba balas dengan mengatakan sling bag tertinggal dalam feri. Jadi perlu minta Paklong kamu bayarkan.
Kali ini mama yakin, ia adalah pengajaran buat baba kesekian kalinya. Beg tersebut pasti hilang. Isinya apatah lagi. Dan dalam beg baba ada dompet yang mama belikan.
Mujurla baba sedar dan terus telefon kawannya yang masih berada dalam feri. Kawan baba tolong ambil.
Syukur, selamat semuanya.
# Kisah 4: urutan flashback
Dah tak berapa ingat, lebih kurang mac 2015, baba hantar sitti, maksu baby dan muhammad ke feri naknke memumbok.
Lepas tu baba balik rumah dan sedar beg dia dah tak ada. Dia cari di rumah, pejabat dan di masa destinasi yang disinggahi. Dia tak cakap kat mama.
Dia call sitti kot sitti terbawa, tapi sitti kata tak ada dan sitti doakan agar baba jumpa beg.
Ikhtiar terakhir ialah baba pergi sekali lagi ke jeti dan cari, barulah baba ingat dia ada pergi tandas kastam, jadi beg baba dijumpai pegawai kastam. Kah kah kah...nasib la baba ada idea untuk membuat simulasi flashback agar bole trace beg.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..