Mus'ab anak mama yang soleh,
3 mei 2015, mama dan baba akan ke tanah suci. Inilah pertama kali mama dan baba keluar dari malaysia. Sebab belajar di universiti tempatan katakan. Inilah pengalaman pertama melihat negara orang. Jadi eloklah dimulai dengan tempat ibadah, kota suci umat islam. Selama ni kan hanya belajar dan baca sejarah saja. Jadi inilah peluang melihat bumi perjuangan nabi Muhammad s.a.w mulakan dakwah.
Cadangnya hendak umrah selepas kahwin, tetapi baba sambung belajar, duit pula lepas kahwin tak begitu cukup, jadi tangguh dulu. Lepas tu mengandung dan kini menyusu... Pendek kata ada saja halangan. Sehinggalah februari lepas, baba kata jom pergi....
Berat hati mama nak tinggalkan. Di samping Mus'ab yang masih tak mahu botol. Mama juga risau, bila Mus'ab dah tak menyusu direct, nanti susu akan kering. Banyak sumgguh kerisauan, belom lagi risau bagaimana keadaan Mus'ab waktu malam sebagai clingy baby. Mus'ab hanya nak attach pada mama saja. Bukan itu saja, mama juga risau sebab Mus'ab tak mahu makan makanan baby. Maka menamgislah mama tatkala terpandang Mus'ab di waktu Mus'ab tidur dan selepas solat. Bagaimama kita jika berpisah nanti?
Tapi perginya mama adalah jemputan dari Allah. Mama tak harus risaukan semua itu. Allah sebaik-baik penjaga. Allah maha menjaga. Mama kata mama jaga bagus, tidak! Sekali lagi hanya Allah yamg maha menjaga, makan minum, kesihatan dan keselamatan Mus'ab.
Betapa ramai yang ada duit dan masa tapi belum dijemput, atau tidak dapat visa. Alhamdulillah segala urusan Allah mudahkan. Memang inilah jemputan Allah buat mama dan baba.
Mus'ab, kamu adalah hadiah Allah buat mama dan baba. Apalah kiranya meninggalkan barang sebentar 'hadiah' untuk pergi mengabdikan diri menemui Sang Maha Pemberi hadiah. Inilah ujian untuk kita. Kita akan berpisah, seketika atau selamanya.
Andai Allah tak izinkan kita bertemu, mama dan baba tiada meninggalkan Mus'ab dengan harta dunia atau seumpamanya. Mama harap Mus'ab teruslah berjuang menjadi hamba Allah, tunaikan solat berjemaah, jadikan al-quran dan sunnah pegangan, berakhlak mulia dan terus mendoakan mama dan baba.
Kehadiran Mus'ab dalam hidup mama dan baba sangat bermakna, kami sungguh bahagia dan gembira semenjak positif urine test lagi... Apatah lagi melihat Mus'ab lahir sebagai bayi yang sihat dan ceria. Semua itu adalah nikmat yang tak mampu dihitung atau dibalas. Bukan itu sahaja, wan dan atuk juga gembira sebab kamu cucu pertama mereka, jadi mereka mendapat priviledge menjaga Mus'ab.
Untuk segala nikmat yang kita kecapi sekarang, apalah sangat berkorban sebentar meninggal cinta yang kecil untuk menemui cinta yang jauh lebih besar. Sebanyak mana pon sayang mama pada Mus'ab, ia tak tercapai malah tak terbanding dengan kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba. Maka, mama mohon agar disampaikan hajat untuk pergi beribadah di sana dan semoga Mus'ab dalam peliharaan Allah sentiasa.
Sekian
Mama sayangkan Mus'ab kerana Allah
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..