Wanita memgandung mangsa kemalangan jalan raya melibatkan kereta yang mereka naiki dari universiti balik ke Mersing kerana mengikuti program ijazah jarak jauh pada hujung minggu. Wanita ini ialah kawan sekelas suami di matriks dulu. Sedih dengar.
Kemudian ada lagi wanita mengandung nahas jalan raya yang melibatkan bas 2 tingkat. Akibat kecuaian pemandu bas, terbabas. Lagi berita sedih.
Kawan saya di matrikulasi Pahang yang merupakan rakan sekelas di Irshad juga menerima berita sedih. Anak beliau lahir ketika usia kandungan 6 bulan. Hayat tak lama, dijemput Tuhan.
Manakala teman rapat di Labuan yang kini telah berpindah ke semenanjung turut diuji. Anak beliau meninggal beberapa hari selepas dilahirkan. Saya difahamkan, bayi beliau terkena jangkitan paru-paru, tertelan najis.
Ya Allah beratnya ujian buat mereka dan keluarga. Saya turut bersimpati dan berdoa kepada mereka. Allah menguji hambanya.
Dalam dunia ini banyak perkara yang kita harapkan berlaku, tetapi diuji sebaliknya. Ada yang mahu anak, dikurniakan anak tetapi hayat tak lama. Ada yang mahu tetapi belum lagi diizinkan Allah. Sahabat baik saya telah 3 kali gagal IUI dan kini mencuba IVF. Saya terharu melihat kegigihannya.
Astaghfirullahal 'adzim mari istighfar. Jika saya ditempat mereka, saya bertanya diri mampukah saya sekuat mereka menghadapi ujian? Mampukah saya segigih mereka berusaha mendapatkan apa yang dihajati?
Allahu akbar, saya malu dengan segala nikmat yang diberi, saya masih lalai. Degil dengan suami, culas bekerja, solat tidak khusyuk dan banyak buang masa.
Saya mahu kongsikan, amalan yang Allah pesan dalam suruh Nuh agar kita sentiasa mohon ampun kepada Allah.
"Sesungguhnya kami adalah milik Allah, kepadanyalah kami kembali" baqarah: 156.
Amal Harun
Labuan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..