Padahal sebelum mengandung lansung tak selera dengan fast food ataupun minuman berais. Minum air masak saja banyak. Tapi sekarang semuanya berubah.
Amalan ini diinsafi menjelang 5 bulan mengandung. Sebab berat naik mendadak. Manakala suami lansung tidak respon, lagi dia nak makan sama ada la ( baca: dia menggalakkan).
Berikut ialah perkara yang diambil ketika mula berbadan 2, tetapi tidak konsisten. Kadang ponteng juga.
1. Iberet
Makan iberet sebab dia mengandungi vitamin c, folic acid, ferum dan B complex.
Kalau nak makan iberet, makanlah mengikut langkah yang disarankan dalam keterangan ubat. Senang makan ni, sebiji saja telan ada semua. Jangan makan telur, susu atau kafien sebelum atau selepas 3 jam pengambilan iberet. Langkah ini perlu supaya dapat meningkatkan penyerapan ferum.
Mula-mula dulu Hb saya rendah walaupun makan iberet, setelah diselidik penyerapan kurang dengan beberapa faktor pemakanan yang disebutkan sebelum ini. Saya tak mau anemic!!
Hemoglobin penting sebab dia yang bawa oksigen, kurang Hb kuranglah oksigen sedangkan keperluan oksigen semakin banyak diperlukan apabila fetus membesar.
2. Madu, kurma dan habbatus sauda'
Niat mahu mengamalkan makanan sunnah tetapi ini pon tak boleh istiqamah juga. Ada ketika saya makan, ada ketika ponteng. Malas!!!
3. Susu
Sejak bekerja, jarang saya minum susu setiap hari macam zaman belajar. Bila mengandung perlu banyak kalsium, 2 gelas susu sehari. Tapi saya tak minum pon. Rasa malas dan tak selera. Demi menjaga gigi dan tulang saya dan fetus, digagahi juga. Saya pilih minum susu hi goat sebab dia tak manis, murah, sedap dan senang dibawa ke mana saja.
4. Safron
Kak suhara bagi saya safron. Amalkan minum sebanyak 7 urat setiap pagi dibancuh bersama madu. Ini belum dicuba sebab pagi- pagi sibuk terkejar ke kelas.
5. Minyak ikan
Dengan harapan mendapat DHA untuk pertumbuhan otak. Ini pun sama, makan ikut suka. Syukur dia tak ada bau atau rasa meloyakan.
6. Kalsium
Beli saja tapi tak makan juga! Ini satu biji pon belom makan.
Yang saya suka ialah benda manis- manis. Aduhhh mujur keputusan MGTT normal tetapi tetap tak bagus dengan tabiat suka makan manis.
Ini suami belikan di LCCT masa dia mesyuarat di KL. Mujurlah kecil, jika besar, lagi banyak kena makan.
Itu saja, akan lebih berdisiplin menjaga makan. Makanan rohani pon jangan dilupa.
Sekian saja update menerusi telefon ketika mengawasi pelajar mengambil ujian.
Amal Harun
Labuan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..